"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Saturday, October 20, 2012

Nak jadi macam dia

Assalammualaikum.


Ini adalah kesinambungan entry bertarikh 10 Oktober 2012. 

Punyalah lama baru ada semangat nak update. padahal terlupa. Kehkeh.

Time Convest hari ada Talk by Hilal Asyraf bersama Yatt Hamzah. Ini adalah pertama kali aku dengar Hilal bercakap. Sebelum just tengok-tengok kat Fb je. Itupun sebab adik aku selalu update pasal dia. Hehe.

Ada satu novel yang Hilal buat yang aku sempat baca. Menarik. Best. Dramatik banyak disamping selit unsur-unsur Islamik. Bagus untuk remaja. Its better la dari korang baca novel tak senoh-noh.

Kak yatt pun sampaikan pengalaman dia yang hanya dia saja dapat merasa. Dia kata, cerita pasal dia sujud kepala melekat kat sejadah tu tak benar. Biasalah propaganda surat khabar. Mestilah nak buat tagline yang mampu buat orang beli. Macam-macam.

Yang sebenarnya ialah dia sujud lama sebab terasa banyak sangat dosa dia dah buat. Pada dirinya, suaminya, keluarganya, dan paling utama pada Penciptanya. Sampai dapat lihat azab yang dia akan rasa if dia still tak tutup aurat. Allahuakbar. Hanya Allah dengan dia saja tahu bagaimana keadaannya. Kalaulah kita di tempat dia, mesti kita akan berubah cepat-cepat.

Selagi matahari tak timbul sebelah barat, maka segeralah bertaubat.

Subhanallah. May Allah bless her always. And show the right path.

Banyak sangat info2 menarik sepanjang talk tu. Seriously tak rugi. Malahan tambah ilmu lagi. Alhamdulillah.

And and and time Kak Yatt cakap Heliza on the way datang UIA. Hati aku gembira. rasa eksaited. Seronoknya!!!!!!!!!

Gambar dari sumber Hilal Asyraf Official



Suka tengok perempuan yang bertudung sopan-jaga auratnya-jaga batas pergaulannya-macam dia
Doakan aku jadi macam dia tau. Jadi pengacara untuk Rasa Halal Antarabangsa pun boleh. Ihiks manalah tahu kan.



8 tahun lagi...


"Nantikan kemunculan saya dalam Rasa Halal Africa akan datang. Pastikan siaran anda betul. Hanya di Astro Oasis inspirasi sanubari..." 



Cecececececey... berangan!


LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad