"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Sunday, April 28, 2013

Bandung-Jakarta Part 1

Assalammualaikum


Bandung, kota raya yang penuh dengan manusia. Dengan kepadatan yang hampir satu negeri Perak membuatkan... membuatkan aku kaget sekejap. (Argh, fakta dibuat-buat, mohon jangan percaya) Setiap lereng gunung, (bukan bukit ye) mesti ada orang yang bina rumah punyalah. Haa dahsyat bukan! Tapi Malaysia lagi dahsyat, bawah jambatan pun ada  -.-

Cuti semester lepas aku dengan parents ke sana. Sengaja jalan-jalan, sambil tu bisa buang duit. Haha. Okay tidak, buang tenaga dan hirup udara baru di negara orang barangkali. Menikmati keindahan ciptaan Allah lah katakan. Di sana kami di bawa naik bas, dan di guide oleh seorang pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu. Katanya dia pernah ada gf dengan Malaysian. Hmmm apa-apa jelah pakcik oii.

Keesokannya dan keesokannya dan keesokannya (banyak betul esok, okay aku lupa sebenarnya hari apa pergi mana) barulah kami ke tempat-tempat yang dirancang. Alhamdulillah semuanya smooth. Happy!

1st place: Gunung Tangkuban Parahu

Ianya ialah gunung berapi yang masih kekal aktif di Bandung. Dan aku dapatlah merasa lava dia. Perggghhh lembut je, sejuk macam gamat. Nanti korang pergi try lah pegang, kalau melecur jangan salahkan aku! Haha. Pemandangan dia memang totally daebak! Subhanaallah cantik sangat. Kabus dia yang macam kapas. Sedapnya dapat makan gula kapas sekarang. Nak~~~

Dan puncak dia sedikit macam tak rata, normallah gunung. But still banyak deretan kedai tersusun teratur sampai hujung puncak pun gagah lagi buat business. Yang paling macam annoying ialah korang akan diikuti oleh 'peminat setia' korang. Mereka mengharapkan kita, pelancong beli souvenirs yang dijual. Tapi lumrahlah mereka pun nak cari rezeki. Makanya abah aku telah beli 2 bungkus keychain. Dikesempatan itu, keychain tu aku rembat bagi kawan-kawan aku. Hahahahhaa



Nampak tak bawah tu... berasap-asap seyh! Spek kabur terus

Sebelum turun ke dataran bawah puncak, bergambar itu wajib. Boleh tunjuk pada cucu cicit nanti. "Cu, nilah nenek dulu... cantik kan..." Heh


2nd place: Factory Outlet Dago


Source: Google image

Lagi satu Bandung ni memang famous dengan gelaran Kota Fesyen, kalau kota fesyen tu mesti Kota Bandung lah. Macam-macam boleh dapat, murah-murah pula tu. Sebab diorang ada sub-kilang di sana. Thats why even branded pun still murah. So sesiapa yang memang suka bershopping dan berfesyen anda wajib jelajah outlet-outlet di sini. Pasti rambang mata punyalah!

Tapi disebabkan that time hujan jadinya perjalanan kami untuk singgah ke setiap outlet di sepanjang sedikit terbantut. Pergilah dua tiga tempat je. Then the rest rehat dalam bas. Agak frust juga sebab tak dapat nak beli apa-apa. Alah, bukan suatu kemestiaan pun kan kena beli. Kan kan...

Seperti biasa jika mahu membeli-belah haruslah sentiasa aware dengan keadaan sekeliling. Kerana kita bukan di negara sendiri, tapi negara luar. So, barang-barang berharga haruslah di pegang rapi okay!

3rd place: Restoran Padang Sederhana



Gulai nangka. Macam Malaysia sikit...

Penat bershopping, (padahal tak shopping mana pun) kami di bawa ke Restoran Sederhana Padang untuk menjamu selera. Makan tengah hari. Yeay! Bagi aku perkara paling best kalau melancong ini adalah mencuba makanan mereka. Barulah kalau nak compare kesedapannya. Gituuu

Restoran antara yang terkenal di Bandung, kata si tourist guide lah. Aku Malaysian, ikut jelah kan. Walaupun rasa agak sama dengan lauk pauk orang kampung Malaysia. Dan mak aku pula cakap, paling sedap kat sini jus avocado. Terus dia order ayo tu... kemain mak ye! heee

Telur dadar bersambal. 

Tradisi makanan Padang ini, nasi mereka diletakkan di dalam bakul buluh (kot) alaa yang macam tikar tu. Ntah tak reti aku nak explain. Haha. Tapi nak tahu macam mana kedai Padang, korang kena tengok dari luar. Dan akan nampak tempat lauk-pauk mereka diletak bertingkat-tingkat. Unik betul. Bagus teruskan jaga tradisi.

4th place: Restoran Kampung Daun

Dari nama, aku dah dapat bayangkan keadaan dia. Agak macam hutan-hutan gitu. Dan tekaan ku tepat. 10 markah! Memang totally hutan seyh. Sejuk je rasanya. Best!!!!!!! Ada air terjun, meja makan pelanggan bertingkat-tingkat, jalan batu-batu sungai dan yang penting feel fresh! Senang kata, umpama restoran dalam taman lah. New concept we can apply in Malaysia kott.




Comelnya adik! Jadi adik angkat itew nak? LOL


Walaubagaimanapun, service dia agak teruk juga sebab apa yang kami order lain dari kami dihidangkan. Lambat hantar lauk sehingga menyebabkan abah aku pening sebab lapar. Boleh saman ni! Haaa. Tapi mungkin juga sebab kami dalam kumpulan yang ramai, jadinya makanan dibuat tergesa-gesa atau mungkin juga order jatuh. Erk? Apa-apa pun aku harap lepas ini, diorang ambil iktibar, supaya restoran ni tak dicop bad service.

Macam biasa, makanan adalah paling terbaik bila tengah hujan. Dan macam biasa aku akan makan dengan penuh gumbira. Dah lapar semua aku bedal. Sehingga tulang ikan pun aku telan, kau tahu! Haaa

Dek kerana hujan semakin lebat dan lebat, perjalanan tertangguh. But never mind, boleh feeling-feeling like in the heaven. Sejuk nyaman, sedapnya tidur waktu-waktu macam ni...


Gambar haruslah diedit supaya nampak waaah! hahaha


Jangan lupa singgah sini juga okay! (mungkin aku promoter restoran ni. mungkin mungkin...)


5th place: Pasar Baru

Okay, sekarang adalah masanya untuk shopping sakan kerana barang di sini jauh lagi murah dari Dago. Ya betul! Tak tipu. Barang-barang dia pun cantik kot. Seluar jeans pun boleh dapat 2 dalam RM 100. Okay sangat kan!!

Bangunan dia setinggi 7 tingkat kalau tak silap. Atas sekali food court. Tapi tak sempatlah nak singgah makan kat situ sebab tujuannya mahu beli dan kemudian belah. Pelbagai jenis fabrik, baju, seluar, kasut, beg, souvenirs pun boleh didapati di dalam satu bangunan. Semput aku naik turun level kat sini. Berjalan pun buatkan korang berpeluh ok.

Wearing skirt very look like Indonesian. Selekeh bebenor!

Disebabkan aku dengan mak aku perempuan (memanglah, takkan laki kut baq hang) makanya mata lebih tertumpu kepada fabrik. Boleh bikin baju kurung kan. Haa gitu. Dan pilihan aku kali ini aku lebih suka cotton sebab tidak perlu gosok jika terlewat ke kelas. Ahak! Bagus tak idea aku? =D

Akan tetapi, kain bercorak vintage itu agak mahal, dan menyebabkan mak aku refuse tak nak beli. Sob sob sob. Because of me, abah tried hard kat kedai-kedai lain untuk dapatkan kain sebegitu untuk aku. Wah iolls terharu lah! Tapi makesure harga tu kena murah baru boleh beli. Kita pelanggan ada hak untuk tawar-menawar. Kalau boleh minta discount 50% first tawar. Hahahaha mampus lepas ni owner tu cop kau haji baghil!

Oh ya, kat sini lebih baik jangan naik lif sebab dalam tempat macam inilah lagi senang maling mahu curi. (Maling=pencuri) So, better ride escalator saja.


6th: Kedai tepi jalan (Tak tahu apa nama tempat ni haa )

Orait now we move to last place. Alah! Kalau aktiviti beli-belah dah sudah maksudnya dah nak balik KL. Nak jalan-jalan lagi! '-.-

Di sini, katakan terkenal dengan jeans yang murah-murah. Tapi lagi murah di Pasar Baru. Adalah satu sempat aku beli. Kedai beg pun banyak. Banyak sangat pilihan membuatkan aku tak tahu nak pilih. Lalu aku pun buat solat istikharah. Ok tak! Ingat ni nak pilih calon ke apa. Haaa

Kasut dia gorgeous bak hang!

Kasut! Cantik. Tapi tak bernafsu pula nak beli. Sebab aku rasa, aku lebih pentingkan brand kot. (Ceyyy...) By brand we can know how well that products. Right? ^.^ Thats why kalau nak beli apa-apa aku mesti buat keputusan yang agak lama. Sebab takut nanti menyesal tak sudah. Tsk

6th place: Hotel Andelir 


Selamat tinggal Bandung! 

Tak tahulah berapa bintang hotel ni. Never mind, at least we can sleep comfortably and happy to awake for tomorrow. Kan ... Stay lah mana-mana hotel sekali pun, kalau dah mengantuk tidur juga. Dah tak ada dah komplen komplen. Reda je. Lainlah kalau korang travel guna budget yang banyak boleh stay hotel diraja Indonesia.

Kini hampir sudah perjalanan kami di Kota Raya Van Java. Penat dia berbaloi kerana keseronokan yang dialami. Cewah! Esoknya mahu pulang ke Kuala Lumpur. Before that singgah dulu di Jakarta. Di sana lain pula ceritanya. Next time I'll continue okay!

p/s: susunan tempat-tempat aku pergi tak teratur sebab dah lupa mana satu dulu. haha abaikan saja.


BTW, Selamat malam dan selamat menabung untuk melancong korang!

Salam.


LIKE it? Thanks for reading this entry.

1 100 gives support!!!:

Aqilah Ahmad said...

geram geram.

hahaha.
balik raya ni jalan jom! baru cantik gambar ade org jorden? :p

copyright@khainisa.ahmad