"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, January 21, 2013

Travel to Singapore D-1


Tak sabarnye tak sabarnye nak cerita. Sebab kitew seronok sangat. Hati berbunge-bunge dah ni. Ihik. Kitew suke shangat. Ihikihik. (hodoh gile gelak macam ni) Jalan jalan makan hangin (perut jelah kembung dengan angin) Pakai skirt kain terbang-terbang, baju kotak-kotak, kasut converse, ayu gittew. Suke shangat. Ihik. Euwwwwwww, NISA!! Stop it.

Assalammualaikum... kum kum kum... Haaa macam tak percaya pula yang aku telah menjejakkan kaki ke Singapura ni. Auww! *bahu henjut-henjut tangan diangkat ulang tiga kali* Disebabkan travel kali ini (ceyyy kali ini, ada kali sebelum ini ke?) aku guna yang paling save cost sekali so, perjalanan kitorang just naik keretapi sajo. Nak naik flight bagai tunggu dah dapat scholarship nanti ke. Takpun emas turun dari langit ke. (melampau!) So, we chose KTM train to Singapore. Return ticket around RM 68 gitu. Murah apa. WE?? Yep, aku pergi dengan Suhey. Kawan rapat sejak foundation lagi. Sengaja aku ajak dia sebab dia dulu kunun-kunun kata nak ke Indonesia, siap buat pasport bagai. Tapi tak jadi. Kekeke. So, alang-alang dia dah ber passport, aku pun pelawa dia. Dan kami hanya pergi berdua. Huhu. Bajet travellers tegar. (kawan-kawan lain kita kumpul duit ke KOREAAAAAH pula okey! Time winter. Wow! Janji.)

Bertolak pukul 11 malam dari KL Sentral sampai Woodlands pukul 6.30 pagi. Macam pergi Korea pula 7 jam perjalanan ni. Hehe. Sampai je, Ya Allah benarkah aku disini? Wow! akhirnya ku berdiri tanpa rasa gegaran seperti di dalam tren. Dan lihatlah betapa sukanya sampai gambar nak poyoss. After check passport semua, kitorang terus ke hentian bas sebab nak ke MRT Woodlands bagi meneruskan lagi perjalanan. Terasa benar-benar travellers. WOW! sekali lagi, WOW!




Seperti yang aku cakap tadi, kitorang berdua saja yang travel ni. And seghiously excited gila. Terasa macam jadi Mat Saleh yang selalu kita nampak bawa backpack sambil baca map dengan berselipar kat KLCC je. Kitorang stay kat rumah kawan aku. Dia Singaporean. Tanpa dia, mungkin kami tidak dapat merasai hidup indah di Singapura. Thanks Nisa!  (nama kami same tau, ade chemistry gittew) Sayang kau lebih. Ihik!

First empression aku waktu sampai, benarkah ini Singapore ataupun negara China yang terletak sebelah Malaysia? Ommo ommo betullah tu ini Singapura, neighbour next door. Mana taknya, merata-rata cino sajo Melayu tak mandang. Ada la dua tiga kerat je kitorang nampak. So, nak tanya soalan ke minta jawapan ke kenalah berspeaking. Tapi tak mengapa berbekalkan directions yang Nisa kasi before exam habis, (haha nampak sangat time exam asyik dok ingat Singapore, Singapore, Singapore) kitorang selamat sampai di depan rumah dia selepas 2 jam sampai di Woodlands Checkpoint. Agak lama juga take time, yelah travellers yang first time merantau la katakan. Naik turun keluar train tukar train naik bas turun bas, tukar duit syiling Sg. Pffftttt. Penat. -.-

Before nak keluar rehat rehat dulu sebab baru sampai. Mak dia masak lauk kari ayam dan sayur brocoli kot (yg pasti sayur tu warna hijau) Sedap! Mak Nisa panggil aku 'thenisa', comel betul. Bukan aku laa, aiishh tapi mak dia. Kalau aku pun boleh jugak. Ihik! After makan, solat Asar semua barulah kitorang mulakan langkah dengan semangat! Hu-Hu.



Let's check down bebeh!


Amboi kain tak boleh kembang lagi ke cik kak oii? Haha angin sepoi sepoi bahasa membuatkan kain aku macam gaun princess pula. Ayu gittew. Auww! Di Singapura ni semuanya naik public transport tau, berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Bagus kan diorang thats why la negara diorang bebas asap kereta. Tengok la jalan pun lengang je. Berangin je, mungkin sebab negara dia berteluk kot. Sembang punya sembang punya sembang bas nak ke MRT pun datang, dan kitorang pun berlari bagai di kejar anjing. (ayat tak berapa nak kena mungkin) 


Dalam bas pun nak bergambar. Bagai rusa masuk kampung. Rusa pun ada masalah. Listen listen listen... kehkeh. Subtle.



1st destination: Gardens by the Bay

Pergi ke sini kena naik MRT turun di stesen Bayfront tapi sebelum tu kena tukar di stesen Promenade. Ioolllss dah tahu jalan ke sini ok. Setibanya kitorang kat stesen Bayfront, Ya Allah ramainya manusia. Ada cermin panjaaaaaaang. Cantik. Ada gambar flower-flower. Macam bunga sakura. Ioollssss suka tau! Belum sampai ke destinasi dah bergambar bagai nak rak. 




Naik saja eskalator, wow!!! Tower hotel Marina Bay Sands okay. Wow!!! Amazing, how come la architectures ni can think like this haa. Speechless iolllss bcoz too beautiful. Especially at night. Nampak lampu bernyala saja. 




Nampak tak atas sekali tu bentuk macam kapal. Gile. Seriously gile. Hebatlah arkitek dengan jurutera dia boleh pikir begini. Tapi Allah tetap hebat. SubhanaAllah.



Permandangan dari Skyway. Tinggi juga jambatan dia. Seram aku dibuatnya. Sengaja tau Nisa dengan Suhey kenakan aku pergi ulang alik lalu jambatan tu kunun-kunun nak turun ikut lift yang mula-mula kitorang naik, sekali one way only one way only. Grrrr. (dalam hati memang aku saje yg tahu betapa....gulp) Iollss bukan penakut ok, tapi gayat sajo. Ayat cover.



View waktu siang. Nampak pelik tapi malam dia cantik...



Biarpun gayat, muka masih tetap mampu bergambar. Hewhew. Belakang tu sebuah tiang yang menyerupai pokok. Alah macam i-city kat Shah Alam tu, tapi yang ini mewah lagi la. Lampu menyala ikut rentak lagu. Romantik gittew tau. This kind of pokokss tinggi-tinggi, thats why la ada jambatan. Boleh tengok permandangan Singapore waktu malam. 

Before kitorang naik skyway, tengok lampu-lampu pokokss ni menyala ikut rentak lagu romantik. Kitorang masuk dulu ke Cloud Dome. Dalam tu macam keadaan kita di awan lah. Lembap je. Berair. Tiketnya berharga 16 SD, mak Nisa yang support. Thanks makcik! Nanti datang Perak, saya belanja makan durian. Teehee... Oh ya, ticket for OCBC Skyway is 5 SD. So, nak datang sini kena ada dalam 30 SD. Campur makan lagi kan. And inside the dome, has air terjun buatan. Lawa okay. Macam magic portion.

Tak boleh romantik lagi ke? LOL
Suhey excited lebih.

inilah kristal purple tu. 

I like this picture the most. Beauty... 

Macam biasa ada bunga-bunga segar, warna warni. Menariklah. Then ada show pasal when the earth become under +5 Degrees. Sth like that la. Tak ingat tajuk dia apa. Ada pasal bumi. Crystal yang cantik berwarna ungu. And a girl that denied to take picture with us. Haha. Maybe kitorang nampak weird dan stranger sangat kut. Apa-apalah dik oii.

After that, penat jalan semua makan di Texas Chicken satu-satunya kedai food yang halal. Rasanya sama macam KFC juga. Ada ayam, ada burger, ada coslaw (tak tahu ejaan sebenar), ada kentang, ada air gas, macam-macamlah. Nak cari kedai halal agak susah juga kat sini, tapi yang halal diorang akan tampal sebesar alam cop Halal Singapura. Haa so, senang sikitlah nak carik. And and and, surau sangatlah payah nak jumpa. So kalau boleh bawa siap-siap kompas sejadah nipis yang senang dibawa. Memang takkan ada la dalam mall ke, apa ke. Thats why kitorang solat kat sudut yang tak orang lalu lalang. Lagi sekali, terasa macam travellers tegar! ;)


Keluar dari garden ni malam jugalah sebab bertolak dari rumah pun dalam pukul 5 petang. Memang berjimba sampai ke malam la kitorang. Hewhew. Put ur hands up! Put ur hands up! *berjimba*
Nisa cakap ada bubble bubble show kat tepi pantai. Depan Marina Shoppes Mall katanya. So, kitorang pun decide ambil jalan ke sana. Pergi sana tengok apsal la ramai sangat orang tengah duduk. Macam ada event je. We're in the perfect timing okay! Tiba-tiba ada bubble bubble keluar dari corong-corong tiang mana ntah. Shantek! Ihik ihik ihik. Main tangkap-tangkap bubble. Itu Nisa dengan Suhey laa aku tak. Ermm aku tak... ermm tak... tak... hehe. 



Kalau bergambar kena buat muka macam tourist so that orang tak pandang pelik. HAHA. Tiru macam kami.

Show bermula! Berasap-asap, berapi-api laa semua cantik tahu. Kalau datang Singapura jangan lupa singgah sini ok. 






Kagum lagi sekali, boleh pula ada projecter dalam air. Pancarkan slide show about using water and light. Ada gambar budak-budak, dan koir yang penyanyinya hensem. Ahak! Habis saja show, kitorang terus pulang ke rumah. Agak lewat juga, tapi dimaafkan. Syukur Alhamdulillah kitorang gembira di hari pertama di Singapura yang indah ini.


Sambung nanti D-2 cerita pasal USS aku datang!! Penat seyh nak menghapdate belog ni. Pffffttt. -.-

Salam N, 
#MarinaBaySands #Singapore2013




LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad