"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, April 8, 2015

Trip to Pangkor 2: bukan tragedi berdarah

Kemain tajuknya macam drama pukul 7 je, padahal cerita tergantung ditengah jalan. Ampun maap dipinta andai ada yang menanti penulisan diri ini. ahaks

Dalam hidup ini perkara yang paling best pernah aku buat ialah jalan seorang diri di shopping mall dan keduanya jadi leader untuk trip jalan jalan. hahaha. Sejak kecil aku memang kaki jalan, aku kuat berjalan tak boleh duduk diam la orang kata. Tapi apakan daya aku seorang perempuan yang hanya boleh keluar jalan pabila abah izinkan. huuu

It's okay! once your parents give you green light, why don't you try to travel by yourself or maybe in a group. I prefer both. =)

Last two years, yes ini cerita lapuk tapi tak lekang dek zaman. Kami segerombolan kawan telah pergi bercuti ke Pangkor. Boleh baca story lama aku di sini. Kiranya ini holiday bersamalah before we all grad. And yes memang itulah holiday last (maybe) kitorang keluar bersama after berhempas pulas susun jadual supaya semua dapat serta. I really hope there still a hope for us to travel together, again. InshaAllah.


Basically aku nak sambung story di Pangkor tempoh hari. So last time dah story pasal hari pertama, so now I write for the second day la ok.

We all holiday just for 2 days. Well nak ke Pangkor 2 hari is enough sebab pulaunya taklah sebesar Langkawi, nak round pulau pun memadai sehari. Nak datang melawat satu hari pun boleh. Datang pagi naik feri, mandi laut, naik bot pusing laut, seround pulau then pulang pun boleh. Takde masalah la aih.

Pagi hari kedua, kami keluar breakfast menghadap laut. Pepagi minum air kelapa pergh nikmat ketujuh dunia beb! Lepas tu pula sambil makan nasi lemak, angin sepoi sepoi menampar pipi yang mulus. Memang best la. Thats why I suggest you all better stay di hotel near by dengan Teluk Nipah sebab di situ memang banyak kedai makan mmg betul-betul tepi pantai.

Nak dipendekkan cerita minggu lepas aku ikut sedara aku pergi Pangkor. Yes again, Pangkor. This time, I sempat la bawa motor jalan tepi pantai. Seronok juga tau round Pangkor naik motor. Sempoi je nak bukit turun bukit dengan motor. Nampak view cantik boleh berhenti sesuka hati. Actually banyak pantai yang cantik di Pangkor ni. Cuma kena pandai survey dan redah la. Try and error ok. Macam hari tu, kami stay di pasir Bogak tapi sebab pantainya tak berapa nak meriah, so kami decide nak ke Teluk Nipah. But then pakcik teksi recommend pergi Coral Beach. Yes, Coral Beach memang best. Cantik, laut pun bersih je. And view of sunset totally superb la!

Nak naik boat trip pun I think this is the cheapest la. RM 50 seround pulau for 30 minutes. Ok la tu... naik bot terhentak-hentak untuk sejam mahu kematu bontot kome nanti. Kitorang naik time tu dah nak sunset, seriously cantik view nya.



Actually niat sebenar nak berkayak tapi masa tak sempat, kayak only RM 20 ( if not mistaken ) for 2 hours tau. Like what! Best kot dapat berkayak walaupun hakikatnya aku tak pernah cuba. Takpe, next time aku try kayak dengan jetski pulak. Jetski kalau naik di Pasir Bogak RM 120 untuk setengah jam. Mahal kot. Tapi kalau area Coral Beach aku tak pasti berapa, maybe nanti boleh survey.

Back to the story, pagi hari tu kitorang naik basikal RM 5 untuk 2 jam, motor RM 15 untuk 2 jam. Sewa sehari actually lagi untung dan murah. Kalau tak mampu nak kayuh basikal naik bukit, better la korang naik teksi. Dengan hanya RM75 satu teksi ataupun lebih mesra namanya 'van pink' boleh sangatlah korang round Pulau Pangkor sekaligus dapat tengok keluasan dan kecantikan pulau ini. Ye dok?

If nak beli makanan laut boleh beli di Pekan Pangkor, rasanya kat situ lagi murah dari Lumut. Maybe la, sebab tak ada cas pengangkutan. Jeti Pangkor sekarang dah lawa, better dari zaman dulu yang sayu je tengoknya. And korang semua boleh pilih nak naik feri dari Jeti Lumut ataupun Jeti Marina Island yang hanya mengambil masa 10 minit perjalanan. Feri dah sampai pun korang tak perasan feri dah gerak ke belum. Haa... takpun if nak merasa duduk dalam feri lelama naiklah dari Lumut, dalam 30 minit sampailah. Bayaran sama, RM 10 return ticket.

Untuk makluman semua, if you all cadang nak datang naik bas sangatlah convenient sebab jeti Lumut dekat dengan stesen bas Lumut. Jalan kaki sikit ke depan dah sampai jeti. Kedai souvenir, ikan kering, sotong gula merata jual benda alah ni.

So, harapnya dapatlah berguna info ini ye. Kalau bukan untuk semua, at least untuk aku yang mudah lupa ni. Hihi

Have a good plan and trip!

I will forever miss and love you girls (not in the photo, included). Lillahi taala.





LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad