Omg Malaysia is so hot! If compared to Thailand, there was raining every morning. Ok fine, meluat pula aku nak menaip ni. Acah-acah oversea sangat tau.
Last week, I went to South Thailand just for fun in other hand to appreciate and tadabbur alam yang Allah cipta ini. It was great and really enjoy the scenery along the way to that place. Basically, it was a trip that we had planned 6 months ago. Lama tak lama juga la plan trip ni. I went there with my friends and lil sister. It's kinda big actually. She can walk and eat by herself. Total 6 girls in a group.
At first, my parents disallowed me to go there by ourselves. But yeah, gunakan adikmu sebagai umpan. And yes it works! wkwkwkwk
So, after long discussion in Whatsapp group, we decided on 6th August until 12th August 2015. We booked the lowest tickets, cozy guesthouses, searching for the best price for package and so forth. And yep, kitorang pergi after practical training dah settle, report submitted. Hati tenang dan gumbira.
Here we go!!!
Okay, we went to Krabi Town first for 2 nights. Then, Hatyai and last stop Aonang. ;)
Flight from KLIA2 at 4.15 pm. And we safely arrived at Krabi International Airport an hour and half after that. Local time, 4.45 pm. Alhamdulillah. fyi,Malaysia and Thailand beza satu jam. So, Malaysia yang dahulu terbenam matahari jadinya cepat satu jam berbanding Thailand.
Sebenarnya senang je nak travel backpacker ke Krabi ni. Book tiket, book hotel, search yg paling murah and google will help you. a lot. simple rite?
Sampai je airport, beli simkad Thailand sebab senang nak guna data untuk update terkini dengan family dan of course media social. Tapi janganlah over sangat tiap saat nak update. Agak-agak pagi sekali, malam sekali cukup dah tu. Nanti orang menyampah, sumpah seranah kat korang baru tahu. Haaa kan dah kurang followers korang haha
Lepas dah beli simkad THB 200 coverage dtac, kitorang pergi kaunter servis minivan mane yang paling murah. Well backpacker trip concept haruslah murah dan selesa. We dont aim for the luxury things kan. At least it cozy, comfortable and affordable then proceed. We took private minivan to Krabi Town exactly to our guesthouse only for THB 600. Lebih kurang RM 10 lebih la seorang sebab mata wang Malaysia waktu tu tengah jatuh. What a sad life
Service minivan sangat bagus, tapi macam biasa as expected from other bloggers bfr this yang pernah mengalami macam ni, usually driver van akan stop di kaunter pelancongan mereka sendiri untuk offer pada kita pakej-pakej yang mereka tawarkan. Lucky us, ada tripmate yang sangat semangat dalam mengatakan TIDAK kepada tauke tersebut haha
Then driver sent us to the guest-house. We stay for 2 nights at P. N. Guesthouse since sampai Krabi dah lewat senja. Satu malam, kami bayar THB 800 untuk satu bilik kongsi 3 manusia. I would to recommend to everyone, guesthouse ni sangat bagus dan staff sangatlah baik!! They really helpful and negotiable. Serious tak tipu. Then, check in, settle payment, dapat kunci bilik, supsapsupsap siap untuk keluar makan. Haa gitu. Maka berjalanlah kami di waktu malam mencari rejeki. Alhamdulillah jumpa juga gerai orang Islam dan pekena pancake yang femes di Krabi ini. nomnomnom
Aku booking hotel thru booking.com very good and best service ever. Khidmat pelanggan boleh cakap Melayu. Itu yg aku mahu. hehe Korang bolehlah survey harga hotel dan book terus guna website mereka. Harga sangatlah murah especially in Krabi. I dunno why but the price nak compare dengan sini memang sangatlah berbeza. If at Krabi one night for a superior room can get THB 550, in Malaysia you can't. Here at least nak bilik superior nak nak paling koman RM 100 satu malam.
Untuk hari pertama kitorang di Krabi Town ni, kami ambil pakej half day dengan pihak guesthouse untuk berkayak dalam gua di Kaorang Cave. Sejam lebih jugak perjalanan dari Krabi Town. Tawar punya tawar sampai lebam akhirnya dapatlah sorang THB 850 utk kayak, makan tengah hari, dan mandi di Phra Ta (ntah cemane spelling lupa dah) dalam keadaan hujan yang agak lebat . Mak aih, air kolamnya mashaallah dalam bebeno. Mat saleh yang tinggi dari kami pun gayat nak mandi apatah lagi kami yang tinggi takat paras dada diorang. Jadilah main kocak-kocak di gigi air. lol
Habis berkayak kitorang lunch, and please dont worry sebab catering situ orang Islam, so diorang serve halal foods for everyone. Lauk pun sedap ok yummehhh. Balik je terus collapse dalam van. Sedar-sedar dah sampai guesthouse. Btw thanks pee bao for the trip!
Nasib kami agak baik sebab dapat guesthouse yang boleh dikatakan dekat jugalah untuk ke pasar malam yang tepi sungai. Adalah dalam 15 minit berjalan kaki. I dont talk abt Night Market yang femes di Krabi ni tau. If nak ke Night Market and Walking Street diorang boleh je nak berjalan, maybe ambil masa dalam 20 minit atau lebih sebab agak jauh. Oh you know kelebihan jalan kaki ni, korang dapat tengok pekan diorang dan tempat menarik yang perlu korang stop untuk tangkap gambar huhu.
Sebagai contoh, ini... i think this is temple utk buddhist. Bfr pergi Krabi tak sempat nak google pasal tempat ni.
So guys, this is Walking Night Street. Banyak jual souvenir, makanan dan juga persembahan dari golongan yang tak kemampuan. You know what, spjg aku peratikan disini mereka bukan jenis mengemis sekadar menunjukkan kesusahan yang dialami tetapi mereka cuba untuk berusaha utk diri sendiri dan memanfaatkan orang lain. Macam pakcik ni, tangan dia kudung tapi masih gagah lagi untuk buat belon badut semata nak menggembirakan orang lain. Pakcik, u're totally awesome bcs u made everyone smile bcs of that balloon.
Makanan halal banyak, senang je nak cam. Nampak peniaga bertudung, boleh cakap Melayu kita boleh anggap itu halal. But please ensure the cleanliness first bfr buy their foods. Dari segi harga, dont worry semua berpatutan dan murah. Makanan semua mengiurkan wehhhh tak tipu. Ada pulut mangga, ketupat, serunding, pancake, sushi, takoyaki, jagung dan buah manggissss. Omnomnom
Waktu kami dtg sana, hujan memang suka membasahi bumi Krabi. Lupa pulak, time tu musim monsun kt selatan thailand. Memang baju hujan adalah kegemaran kami sepanjang berada di sini. Nasib baju hujan murah pfttt
Kan aku dah cakap skrg musim hujan, korang tengoklah hujan lebat gila. Habis melayang kedai makcik sorang ni dah la jaga gerai sorang-sorang. Habis payung terbang, makanan basah kena air hujan. Kalaulah ianya halal dah lama aku pergi beli. Hmph apa boleh buat saia ta kuad
Bila dah reda sikit hujan, kitorang redah pulak ke Night Market yang orang popular di Krabi Town and only open in weekends. So nak taknak kitorang kena redah jugak sebab esok dah nak gerak ke Hatyai. I would like to suggest, better beli barang like tshirt, keychain or any souvenir di sini sbb Aonang mahal sikit. Memang malam kedua di Krabi Town kami shopping habis. Waktu tu tak tahu lagi yang Hatyai pun murahhhh T.T haha
Korang faham-faham jelah bila dah hujan lebat mencurah-curah ni ramailah peniaga tutup kedai. habis lencun kami walaupun pakai bj hujan. Gigih ke Night Market sebab nak makan makanan orang Islam. Sempatlah beramah mesra dengan orang Pattani cakap BM. Katanya ada kedai makan di Meru, Ipoh. ok boleh pegi nanti dan mintak diskaun!
Habis je makan, pergi walking street balik shopping sat. Then ambik tuktuk untuk pulang ke guesthouse. Our nights in Krabi Town like extremely great and best. Get ready for tomorrow, heading to Hatyai!! wuhuuu
Bajet (Hari 1 & 2)
Simkad dtac: THB 200
Minivan (airport-guesthouse): THB100
Dinner (1st night): THB70
Pakej kayaking: THB850
Guesthouse: THB 267
Tuktuk: THB 30
Souvenirs: THB 480
Dinner (2nd night): THB 100
Minivan (Krabi Town-Hatyai): THB 300
Total: THB 2,397
0 100 gives support!!!:
Post a Comment