"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, August 17, 2015

Hari 2: Kamek Kitak Kamuk

Assalammualaikum! Tak jawab dosa tauuu

Pffftttt punyalah berabad baru terdetik nak update blog cerita pasal Sibu yang telah aku jelajah tahun lepas. Boleh dikatakan hampir setahun juga la aku tinggalkan cerita part 1 yang lalu. Harap-harap memori masih kuat pasal Sibu. Hashtag denganharapan.

Pada hari kedua kami telah bergerak menuju ke Mukah yang terletak hampir 2 jam dari daerah Sibu. Jangan risau ye teman-teman, jalanrayanya sangatlah elok dan hanya berlubang pada satu dua tempat sahaja. Dari pinggir jalan, kalian semua bisa melihat permandangan hutan banat yang tebal dan juga dua tiga buah rumah panjang yang saya kira panjang 1400 meter persegi. iye iye je kiraan kau

Kakak aku drive sepanjang perjalanan, oleh yang demikian adik-adiknya mengambil kesempatan untuk tidur di belakang. Jetlag katanye


Tadaa inilah Mukah, for your information Mukah ni dekat dengan laut. So memang akan menjadi kebiasaan semua stok-stok ikan segar terdapat disini. Cakap je nak ape, semua ada. Lobster, fillet o fish, crab.. holly crap semua mengiurkan!



Kita kalau nak berjalan tempat orang kenalah macam kita penduduk di situ. Tapi kalau dah tergantung camera kat leher memang sah-sah la bukan orang tempatan. pfft.

Pagi-pagi keluar rumah terus ke paso. Name paso ni aku lupe dah tapi ala-ala pekan sari la. Pakcik-pakcik tu semua jual betul-betul lepas dibawa naik dari laut. Ada juga jual buah dan kerepek orang situ. Boleh tahan sedap juga la. And bagi yg berkunjung ke Sarawak ni kan, you guys shud try umai. Sejenis makanan tradisional kat sini. Diperbuat dari ikan ape-aku-lupe-dah dicincang halus disirami dengan air limau kemudian di makan tanpa masak bercicahkan kuah asam orang Sarawak. Pergh nak muntah. Haha maybe sebab rasanya sedikit mentah dan tak kena tekak aku yg suka pedas ni weh.


Then after dah lawat kawasan pasar Mukah, we departed to rumah tradisional kaum Melanau. Fyi, Melanaua actually is not from kaum Melayu or whatsoever. Tapi ianya sebuah masyarakt berbeza daripada kaum Melayu. Ok ni based on cerita yang disampaikan oleh waris kaum Melanau di Mukah ni. He said that, Melanau is from Brunei. Then merantau ke Sarawak dan membiak-biak la generasinya sehingga kini. 

The heritage still preserve. Kampung orang Melanau ni pun masih kukuh dan cantik. Rumah warisan ni juga mereka buat tempat penginapan bagi sesiapa yang mahu merasai kehidupan suku kaum Melanau. Siap ada pakej semua segala bagai la. Dari segi harga aku tak pasti. Mungkin korang boleh google untuk lebih lanjut.



Dah berjalan di Lamin Dana, kami gerak ke rumah muzium masyarakat Melanau. Okay kat sini, korang akan tengok tradisi masyarakat ni. Ianya diceritakan oleh pewaris kaum Melanau yang semangat jati dirinya. Memang utuh la jiwa dan raga dia sampai sanggup buat muzium untuk pengetahuan umum. well encouragement!

Habis dengar orang tu bercerita perut terus kosong. Berbunyi tanda protes. Jadinya kami gerai ke gerai makan orang Islam yg terdapat di Mukah. Mana yg jumpa itulah jadi tempat persinggahannya. Padahal aku dah lupa apa nama kedai makan tuuu

Jalan dah, kenyang dah. So now untuk pulang ke Sibu. Sebelum sampai simpang ke Sibu kami disajikan dengan Laut China Selatan yang sangat luas ya rabbi. Ni kalau kapal tenggelam mati macam tu je. So kami singgah la kejap tengok tengok laut yang jauhnya tiada limit ni.


Puas jalan satu hari ni, kami pun pulanglah dengan tenangnya. And yep esoknya kami pulang ke Perak semula. sat ja kat sini
Dahhhh...







LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad