Assalammualaikum
Okay kali ni aku nak habiskan cerita percutian di Sabah tempoh hari. Kalau entry sebelum ni pasal makanan, kali ni pasal tempat pulak. Harapnya adalah dua tiga ketul orang guna info yang aku kasi ni ye. ;')
Sesampai je aku di tanah negeri di bawah bayu tu, kitorang terus dibawa ke Restoran Sri Melaka untuk lunch. Then we went to hotel for rest about 2 hours gitu then went for dinner. Esoknya barulah nak berjalan-jalan sekitar Kota Kinabalu.
Untuk kengkawan yang mahukan intan permata berlian bak delima, di kedai ini memang tak ada juallah sebegitu rupa. Akan tetapi untuk mendapatkan mutiara Sabah yang ori haruslah ke mari. Iaitu Kedai Jamilah Jewellery!!! Mutiara kuttt susah nak carik kat Perak, ada pun yang manik konon-konon mutiara ori yang jual kat pasar malam. puuuiihh hahaha okay fine
Kedainya ada 2 tempat, satu untuk yang murah-murah punya like discount 50% gitu la. Ini kiranya souvenirs untuk kengkawan sanak sedara la kan. Bagi yang mahei-mahei pada anak buah mau deme campak, kite pulak sakit hati. Kannn... So, nak beli bundle ke ape ke kat kedai yang kedua ni harus di kunjungi ok!
Kepada pakcik-pakcik jangan gundah gulana, ade gerai makan kat depan kedai. Jadinya boleh lah berlepaking ye. Hehe
Mami Jarum uollss
Berjalan dalam 15 minit macam tu dah sampai ke Pasar Vietnam, ataupun nama lainnya pasar kraftangan. Haa lebih kurang la. And maybe all the sellers are Vietnamese kot. Di sini banyak jual barang-barang macam tshirt, keychain, kraftangan, and beruk bergantung dalam kereta. Abah aku beli satu sebab nak bagi kucing. Untunglah komeee kucing pun ade mainan. pfffttt
Haaa lupa pulak, sebelum sampai ke Pasar Vietnam tu ada pasar basah, jual-jual ikan macam tu. Tapi yang paling bestnya ade air kepala wehhh. Sedap gila! Fresh je... So, jangan lupa singgah ke kedai ayor nyior ni ye untuk kesegaran di pagi hari. Dan kat sini juga bolehlah nak beli keropok-keropok buat keluarga di kampung, sanak saudara di rumah, dan kengkawan di hostel.
Again, abah buat muke. Ngeeee
Yang paling kelakar sekali, ade pulak mat jalanan yang jual henpon murah. Like 250 ringgit gitu. Damn! S3 pun ade kot. But u know what its not a Samsung but SUMSANG!!! Hahaha sumpah mengekek aku dalam bas sebab pakcik-pakcik terpengaruh nak beli jugak
So a short message, be aware don't buy anything sell in cheap price. Karang tak pasal-pasal merana. -.-
Destinasi kedua kami ialah ke Klias River Cruise. Kat sini kata deme nak tengok spesis beruk, tapi tak ingatlah apa namanye dan tengok kunang-kunang pada waktu malam naik pakai bot ok. Okeyyy kita layan jelah ye
Aku pakai jaket ni dah macam yb lawat kawasan banjir haha
Adalah dalam 5-6 ekor je yang kami nampak beruknye. Tapi naik bot best! Gedebuk gedebuk bunyi bot terhentak kat air sungai. Seram pun ade, kot kot kalau korang suke adventure ini wajib kene pergi yo
FYI, dari Kota Kinabalu ke sini lebih atau kurang 3 jam macam tu lah sebab ini kawasan pedalaman kalau nak diikutkan. Jadinya kerja hanya tidur di dalam bas sahaja ye adik adik. Kalau boleh nak hangkut bantal peluk, hemo-hemo ke naik bas pun boleh nanti ye. Eh?
Now, its time to Gunung Kinabalu!!! Datang ke Sabah tak pergi sana memang tak sah. Kira percutian tu sedikit terbantut laa weh. Gunung ni sebenarnya aku tak lah berapa tahu sangat macam mana rupenye, tapi celik-celik je mata, waaaaahhhhhh ini ke Gunung Kinabalu??? Ya Allah tingginyeeeeeeeeeeeee! Terus rasa nak nyanyi... tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamuu
Jumpa segerombolan orang Korea dan aku pun gedik-gedik cakap "Can u take our picture?" Sambil hulur camera dan senyum. "Oh sure sure..." Jawab Korean tersebut. Kemudian dah bergambar bagai, aku pun balas " Kamsahamnidaaaa" Muka dia terus like "What u can speak Korean?" Mihmihmih
Padahal sepatah je kott hahaha
Tapi kenapa dalam gambar yang dia tangkap samar-samar je Gunung Kinabalu. Waeyo ajusshi??? Waeyoooo ;(
Dah singgah lama di View of Point Gunung Kinabalu, terus kami ke kaki gunung, Kundasang. Sejuknye macam kat Cameron Highlands laaa. Di Kundasang ada War of Memorial apa ntah, kira macam muzium Kundasang la. Luar nampak buruk, tapi jangan risau kat dalamnya cantik yang amat! Like a garden in Australia
Jangan masham-masham sama guwa okey, guwa anak taiko kat Kundasang. Ha ha ha
Gilalah canopy walk niiii, mangai tinggi dia kemain. Kalau tak silap 40 meter dari tanah. Tinggi laa tu kan. Bawah tu dah la macam gaung je, boleh pulak jambatan dia jaring-jaring macam nak koyak rabak. Mane tak sawan mat saleh yang dah separuh jalan naik patah balik ke tempat mula. Kesian pun ada.
Akan tetapi dengan semangat waja yang kami ada, akhirnya semua ahli rombongan kami yang naik ke atas selamat redah dengan baik. Alhamdulillah. Perasaan hanya Dia saja yang tahu
pfffttt penat
Sebelum pulang ke hotel di Kundasang, singga sebentar di tepi jalan. Ada gerai buah-buahan. Ermmm sedapnya. Warna yang mengancam membuatkan aku lapar sekarang!
Seriously its totally daebak la if we can hike the mountain. You know right the mountain is like berbatu-batu gitu, no trees or grass maybe. Unique! And only Allah can do that right
Esoknya dah nak balik KL. Macam biasa sebelum ke airport singgah dulu ke Cocoa Boutique dan Coffe Hills iaitu kedai chocolate dan kopi Sabah. Tiada di semenanjung. So haruslah beli uollsss. Sedap pun sedap. Banyak pilihan yang pasti mencuit hati. So pakcik makcik jangan khuatir pilih je mane yang berkenan. ihik ihik
Nah hadiah dari Sabah, poskad je bah kehkeh
Ok lah bai, Salam.
0 100 gives support!!!:
Post a Comment