"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, March 1, 2013

Cuti sem: Bandung

Assalammualaikum!

Cuti semester yang lalu hampir semua negara aku jajah. Vietnam, Hongkong, Shanghai, Tokyo, Seoul, Singapore. Sampai jadual pack dengan aktiviti yang disponsor orang besar. Macam duta Malaysia pula i ni uollsss. 'Berlagak siot tahu la hari tu pi Singapore. Boooooooooooo kasi boo kat dia. Cakap kemain kencang. Boooo...' (suara syaiton cuba jadi batu api)

Haha.

Actually aku tak lah sekaya sampai semua tempat nak pi. Bahkan bukan kaya pun, hanya berlandaskan rezeki yang Maha Kaya kasi saja.. Orang kaya pun tak segila nak perabis duit buat jalan ja. depa pun nak sedekah juga. =)

Because of i never naik flight, so parents daftarlah nama aku pergi melancong sama. Sob sob. kesian kan umur 21 baru dapat merasa. nanti ada anak, aku akan pastikan nasib sama dengan aku. Hahahaak kejam! Tak tak aku mak yang baik. Hahahahah.

So, where we go? We went to Bandung, Indoneshia (Indonesia). Huhu. Bcs of i have friend from Indoneshia, Pija namanya lalunya aku pantas mesej ke dia. Tapi sayang, rumahnya di Jakarta tapi aku ke Bandung. Nggak apa-apa sih, lagian bisa ketemu di uni nanti sambil bertanya result. Wait.

#Peringatan: sila baca dengan slang Indon.


 Mode: Excited sambil tunjuk passport. Ewah. Tapi abah macam terpaksa layan aku je? 


Perjalanan dari KL ke Jakarta Airport lebih kurang 2jam setengah kot. Mula-mula naik tu agak gelabah juga sebab betulkah aku bakal diawangan? Apakah aku bakal terus diawangan? Istighfar. Duduk tepi tingkap sambil melihat ciptaan-Nya yang indah luas. Ya Allah, best!

Gaya macam insaf ja kan, lepas dah stabil tu terus dengar Taylor Swift menyanyi. Like daaa~

Alhamdulillah akhirnya tiba di Soekarno Hatta (nama airport diorang glemer seyh!) KLIA pun KLIA je kot, tak ada nama khas yang grand. Aku rasa mungkin patut tukar 'Khairun Nisa Airport'. Oh nama tak glemer langsung! Tak boleh jadi retis lagu ni.

'Dude, itu bukan retis drama Mesia (Malaysia) ke?'
'Awat seksa tengoknya'

Hatiku berkata-kata. Haha. Takkan aku sembang dengan mak aku panggil 'dude'. Biaq betui. Kami pun datang dekat kepada mereka, buat-buat tak tahu. Buat macam tak kenai. Eksyen.

'Nak bergambar cakap jelah'. Sambil betul-betul dressing. Oh mungkin kali itu hati mereka pula berbisik. Kehkeh. Pandai aku interpret, maybe aku boleh jadi Psychist lepas ni.

Aktiviti kami rupa ini la kome oi. Its normal for traveller kot. --> Makan-Tidur-Shopping-Shopping-Shopping-Tidur-Makan-Shopping-Shopping-Shoooooooppping.


Nama adik comel ni, Zaid. Fortunately, dia ada dan aku jadikan dia bahan buli. Haha.

Nasib baik ada adik Zaid ni, hilang sikit kebosanan aku. Hehe.

Biasalah Bandung van Java la katakan.Kota shopping yang penuh dengan keasyikan dan kemewahan. Buat orang -ve money adalah. Haha.

Sampai kedai kat Bandung pun bisa jadi juta juta jutawan agaknya. Dahsyat tau diorang ni, rumah buruk je pun dah boleh jadi jutawan. Mana taknya dok duit ada 000 kat belakang. Nak kira mashaAllah susah, tambah-tambah kalau nak convert. Tapi mak aku lagi advance, siap bawa kertas 'exchange rate' kemana-mana sahaja, bila-bila waktu. Thumb ups.

And, as we knew Indoneshia kan luas. So, kepadatan penduduk dia maha ramai. Even at Bandung pun u'll see every single house right and left ur side. Dengan puncak gunung pun ada rumah apatah lagi di lereng-lereng bukit. Rumah diorang tiada diskriminasi, bercampur. Kiranya kaya-miskin rumah sebelah-sebelah ja. Kira saling bermuafakatan la tu. Haha.


                                 Diorang suka bercucuk tanam. Padi pun tanam berteres-teres.

U know what, kitorang pergi naik bas. Diorang panggil bas--> bis. That time nak ke one of gunung berapi kat situ. Kunun-kunun nak feeling suasana pinggir kota Bandung la kan but driver kitorang pula Ya Allah bawa macam pelesit. Nasib baik dia seorang yang pro. Selamba je tepi tepi lereng bukit bawa macam Ferrari. Perrggh daebak! Naik bas, satu hal lagi. Istighfar banyak-banyak.

I dont know how much to say whether it best to jalan-jalan or not. Sebab pergi ikut rombongan pejabat, so kawan pun tak ada, siblings pun kena tinggal. Jadinya aku ini ibarat anak yang to'at ikut parents. Haha. Mak pergi sana, ikut. Abah panjat bukit, ikut. Dan aku jurukamera. Dan bila suruh abah tangkap gambar kita, ekspresi mata hilang sebab gigi dan badan saja kelihatan.


Thats the lavassss. Nampak macam dangerous gila. 

Haha, Yes great great! So i thought pergi dengan family yang ada siblings baru best, dan boleh buli.

So aku terpaksalah merelakan diri jadi jurukamera setia mak dan abah.


Aww, sho shweeeete!


First place, we went to Gunung Tangkuban Parahu yang terletak di latitud 134, longitud 678 (okay sesuka hati ja nak letak coordinate), thats one of gunung berapi di Indonesia and ianya masih aktif aktif. Menggigil! Kalau bercakap, ada asap kepul-kepul keluar dari mulut. Totally feeling like Seoul in winter~ Bla bla bla... Bawah gunung tu ada kawah gunung berapi. Lava tengah masak that time. Asap tersejat ke atas. Perggh! Perggh! Syukuq tak daq letupan.

Done, daki gunung pergi shopping at Dago after that. Orang kata seronok, tapi bagi pandangan aku ianya biasa saja. Jaya Jusco lagi heaven rasanya. For ur information they called shops branded ni as Factory Outlet. Sepanjang jalan di daerah Dago tu, sepanjang itulah kedai berderet sebuah sebuah. That time, we arrived there, hujan. So, mata sahaja yang melilau. @_@

Esoknya pula, macam biasa shopping. Kali ini ke tempat yang ramai manusia. Sesak tak terkata.

Next entry aku cerita. Kalau sudi baca lagi la. #touching sekejap
Kekeke.

Salam. =D



LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad