Yes it's raining outside, and I'm start thinking to continue my journal. Hmmm mood baik bila hujan turun. Tandanya kau semakin dimamah usia sebab kau suka keadaan yang tenang dan aman. Kan orang tua-tua macam tu hmmm dah tua rupanya
Back to the story, we recalled on the day-2. Bangun pagi, mandi, solat, kemas bag, asingkan mana nak angkut naik atas, mana nak tinggal. Barang boleh ditinggal sama owner rumah. Kita just bawa mana yang penting je. Tapi bila aku tengok bag aku semua macam penting je. Daaaannn benda paling penting dalam hidup aku tinggalkan. Damn! Lens camera dan bateri extra aku tinggalkan. Hilang mood sepanjang jalan ke sana. Pertengahan jalan baru aku teringat aku cuma pakai lens portrait je. What the heck i am doing. Aku maghah weh maghahhhh nasib baik ada sedara yg cool dia bawa gopro. Pffffttt lega. Tenang sikit jiwa.
Bukit Pergasingan |
Bukit Pergasingan ni pun tempat wajib lawat kalau ke Lombok. Korang akan nampak view sawah petak-petak yang penuh dengan pelbagai tanaman. Setiap satu kotak itu berbeza tanaman. Amazing wehhh. Warna-warni je semuanya. Dekat sini juga ada kawasan perumahan orang Sasak yang masih berjaga utk tujuan pelancongan. Rumah diperbuat dari tanah liat, eh silap dari tahi lembu. Kau ghase? mampu ke idok duduk rumah gitu? haaa ce cube nanti
Kampung apa ntah, lupa tak tulis dalam diary |
Dari sini korang juga dapat lihat puncak Rinjani dari jauh. Dari jauh jelah...itupun dah seriau. Apa bener kita mampu daki sampai puncak? Satu persoalan yang sangat susah nak jawab.
Selepas tu baru kami naik truck menuju ke Gate Sembalun. Breakfast dulu baru gerak ok.
Foto barenggg |
Atas truck dengan jalan yang penuh dusta |
Nak menuju ke gate pun dah azab wehhh, jalan tanah banyak yang berbatu. Nak duduk dalam truck pun tak selesa. Mencabar betul pagi tu.
Stretching. Warming up. Minum air. Betulkan bag dekat bahu bagi selesa, kalau idok sakit le kome sepanjang jalan. Aku siap pakai span baju kurung lagi nak tahan sakit. Haha padah kurus sangat. Mohon badan kasi sado dulu baru pergi Rinjani kalau tak, cabutlah span baju kurung korang letak dekat bahu haha. #tipsberguna Serious weh sebab bag kau akan beratttt
muka masih fresh |
Tak ingat pulak exact time start hiking. Aku anggarkan jam 10 kami start gerak ke Post 1. Sebelum gerak pastikan baca doa ok. Aduhhhh tetiba aja aku kangen ayat ini "doa dimulai...moga kita bisa sampai dengan aman..."
On the way to Post 3. Belakang tu guysss, puncak Rinjani! |
Untuk permulaan semua berjalan dalam group. Sorang penat semua berhenti. Rehat, minum air, makan manisan. Best kan semangat sepasukan macam ni. Halamak dah kenape ayat skema pulok
Di post 1, kitorang berhenti rehat untuk lunch. Dalam pukul 1 macam tu dah sampai. Oh lupa pula nak bagitau, trip ni ada 4 orang porter. Tapi porter untuk angkut makanan sepanjang di atas gunung, khemah dan barang-barang nak setup tempat istirehat. Kalau nak suruh deme angkat barang kau, kisahnya bayar upah lain la. Aku yakin, bila ko dalam group ni ko akan rasa tercabar nak bawa beg sendiri sebab memasing galas beg sendiri. Kemon jangan jadi lembik please... Haha ehhh kalau awak tu tak larat angkat, janganlah dipaksa, kita jalan jauh ke negeri jangan cari nahas, kena jaga diri. Datang dalam keadaan baik, balik mesti baik juga. Untuk tambahan porter aku tak pasti berapa. Boleh la nanti korang survey ok...
Lunch kami, nasi putih sama maggi sup cap Indomie. Ha nampak... makanannya ikut taste local. If you all tak biasa, bawa la bekal lain. Lain orang lain selera. Yang penting makan tau, sebab perjalanan masih jauh. Stop at post 1 for about 1 hour, then we continued our journey to Post 3 where we will sleepover for one night. We will sleep in a tent with the witness of the blinking stars. How sweeettttt we were
Dari Post 1 ke Post 3 mengambil masa 2 jam setengah. Alhamdulillah kami selamat sampai di Post 3 before senja. Bapak-bapak porter sampai dulu, so sesampai je tenda udah siap dipasang. Asikkkk
Post 3 |
Malam tu solat jemaah tau. Sejuk hati ini. eh tetibe... apa lagi habis je baca doa terus memasing ambik pinggan, mau makan la. Gw udah lapar donggg. Sambal ikan bilis sama nasi putih, digaul pula dengan kicap manis. Aduh duh sedaapppppnya. Ini pun dah cukup nikmat weh hidup atas gunung makan macam ni.
Malam semakin gelap, memasing lelah dengan perjalanan seharian, berjenaka, berbagi cerita travel masing-masing. Ahh semua indah belaka. Mana mahu jumpa temen baru tapi punya minat yang sama. Betapa Allah itu maha segalanya, dia atur cantik je kisah kita.
Trip aku ni santai-santai je, tak rushing pun. fuuuhhh selamat la tambah pula aku bukanlah kaki hiking yang tegar mampu climbathon 2 jam sampai puncak. Jadinya perjalanan kami tenang je, mungkin aku patut tukar nama trip ni, trip santai ke Rinjani. So memana yang nak naik gunung Rinjani ni better la ambik pakej 4 hari 3 malam supaya mental korang tak struggle sepanjang mendaki. Well bukan setakat badan je kena kental, mental pun wehhhh. Banyak je trip agent lain, search je mana yang elok dan banyak advantages. After all, it depends on your budget.
Diingatkan juga nak membuang segala hajat, kau carilah cecelah semak. Bawalah apa yang patut untuk beristinjak. Haiiihh takkan itupun nak ajar. -.-
Okay ah nanti sambung. Tempat aku masih hujan, dan aku harus gunakan peluang ni untuk tidur yang nyaman. Ngehngeh...
Annyeong, jumpa lagi di cerita D-3. Pergi 8 hari, ada 8 entry la gamaknyaaaaa
Salam.
0 100 gives support!!!:
Post a Comment