Finally sampai juga kerajinan nak menaip cerita waktu solo trip ke Kinabalu tempoh hari. Ya kisah 8 hari 8 malam di Lombok aku masih belum selesaikan. Ada sedikit kemalasan dihati. Nanti aku kembali rajin aku tapi pasal Lombok dan pulau-pulaunya.
Berbalik kepada cerita di Sabah, ni merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Sabah selepas aku pergi dengan rombongan ofis bapa aku. Paham paham jelah, trip ofis haruslah mengikut jadual perjalanan yang sangat padat dan tepat. Aku jenis tak suka terikat dengan mana-mana jadual so, datanglah aku ke mari buat kali kedua. Melawat ke tempat yang belum dilawati. Alhamdulillah semua selamat spjg pergi dan balik dari Sabah.
To be true, aku plan nak ke sini pun sebulan sebelum. Dari beli tiket sampailah preparation jogging tiap hari seminggu sebelum pergi. Yelah nak travel sorang-sorang la katakan. Panjat gunung pula tu, mana bapa aku tak bising. hewhew
Sebab nak panjat Gunung Kinabalu dan aku seorang saja takda sape yang sudi nak panjat sesama, makanya aku booking direct dengan Sutera Sanctuary Lodge (SLL) - pengurusan Kinabalu Park. Senang je contact dengan meraka ni, guna emel je berhubung. And bcs of aku solo dan nak pakej 2d1n jadinya, kena booking 1 month bfr. Harga pakej waktu tu cuma RM550. Ini harga 2016, kalau utk tahun ni ada sedikit rombakan kalau tak silap. Perlu diingatkan harga tu hanya untuk penginapan di Laban Rata je tak termasuk permit, insurance, guider, dan lain-lain.
Nasib aku sedikit baik sebab harga tiket flight tak mahal melambung-lambung. Ok la, affordable. Naik Malindo Air kira ok sangatlah. Beg berat yg aku gendong sepanjang jalan bolehlah sumbat dalam kargo. Kamera, beg sling bawa naik atas. Makanan pun dapat. Ish ape lagi nak complain ye dok. Tiket return waktu tu RM250. Kalau dpt murah lagi rezeki kome le tu.
Flight pukul 7 pagi dari KL, sampai KK pukul 10. Naik bas airport ke pekan KK, bayar RM5 je turun dekat Central ape ntah nama yang pasti mall. Depan tempat ni yang ada pasar filipina dan kedai gelang Jameelah. Berjalanlah sorang diri dengan beg besar gabak pergi sana pergi sini sambil tunggu kawan aku, Aisyah datang jemput. Sempatlah aku lunch nasi ayam dekat kedai area situ sambil dipandang pelik oleh warga tempatan. Hmm tak heran
Jalan punya jalan akhirnya Aisyah datang bawa aku ke stesen keretapi. Dalam tentatif aku, memang dah pasang niat nak naik tren lama dari Tg Aru ke Beaufort. Fefeeling nak merasa tren lama, yang takde aircond macam zaman British dulu. Senang kata macam dalam cerita Ola Bola itu lah. Kan ada scene seorang perempuan Cina ni naik tren nak pergi jumpa bekas pemain bola sepak Malaysia. Tahu tak? Tak tengok lettewww hmmm
Mungkin bukan rezeki aku, tren takda time tu. Sedih gila, sebab 1 agenda dalam tentatif tak dapat dilaksanakan. So, tukar plan kitorang ke Muzium Sabah. Boleh bha kalau kau
Nak masuk muzium bayar RM2 je dapat jalan luar dan dalam kawasan muzium. Tengok rumah-rumah suku kaum Sabah, cantik. Penuh dengan kesenian dan ketelitian dalam pembinaan rumah diorang. Kalau nak tengok rumah orang kaya, rumah diorang besar dan ada ruang legar yang besar, serta banyak bilik.
Esoknya naik van dari Stesen Merdeka terus ke hotel yang terletak tak jauh dari Kinabalu Park. Tambang cuma RM20 + RM5 sebab bag aku besar, kata driver. Eleh nak duit lebih le tuuuu
Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah juga nak sampai ke Kinabalu Park. Aku dah cakap siap-siap denga driver nak berenti dekat hotel aku. Nama hotel, Mile 36 Lodge. 1 malam untuk bilik single cuma RM70. Booking thru booking.com seriously simple sebab tak payah auto deduct from our savings. Kita boleh bayar cash bila dah sampai. Dan free cancellation in case tak jadi datang. But with term and condition la.
Sampai je dekat hotel, aku sedikit terpinga-pinga sebab first time kan travel solo. Terus ke meja receptionist tunjuk resit booking, pastu dia pandang pelik. "Eh kamu sorang saja?" soalnya dalam loghat Sabah. Aku cuba balas dalam loghat yang sama "Iya miss, sorang saja huhu" tapi tulah dah bunyi Indon pulak wahaha. #siscuba
Masuk je bilik, tv takda, aircond takda, kipas takda. Yang ada cuma katil dan meja katil. First, hotel diorang memang tak de semua tu sebab mmg dah semulajadi sejuk. Malam jangan katalah sejuk dia selimut tebal pun tak cukup. Jujur cakap, bila travel sorang-sorang ni rasa kesepian sangat. Yelah nak cakap sorang macam ape la pulak kan. Jadinya, aku keluar dari bilik duduk dekat lobby hotel, kejap-kejap pusing kawasan hotel. Nampak pekerja hotel tanya, "Bang mahu ndak pergi Desa Cattle, aku mahu ke sana tapi takda transport." Dia balas mahu tapi mau siapkan kerja dulu. Masalahnya disini dia settle kerja pukul 5, Desa Cattle tutup jam 4. Hmmmm plan nak tumpang tak berhasil. Makanya aku termenung lagi sambil selfie, sengih sorang-sorang. Terasa gila kejap T.T
Nampak seorang kakak ni balik dari tempat kerja dia aku terus approach. "Kak, dari sini ke Kinabalu Park jauh tak" Katanya tak jauh adalah dalam 10-15 minit jalan kaki. Ok la tu bunyi macam tak jauh. So dia teman aku jalan sampai ke rumah dia, lepas tu dia bagi pinjam payung sebab dah mula hujan rintik-rintik. Aku teruskan berjalan sampai ke KP. Weh tahu takkkkk bukan 10 minit jalan, tapi 20 minit lebih berjalan weh!!! Rasa nak mengamuk pun ada sebab tak nak naik teksi kekonon nak jimat duit. Trip jimat pada asalnya. Sepanjang jalan aku tawakal je sebab kiri kanan hutan banat yang ada kereta van je lalu dekat jalanraya. Itupun kejap-kejap je lalu. Yang pasti diorang semua dalam kereta pandang pelik kat aku. Takpalah lepas ni diorang komfem tak ingat aku dah. Bukan selalu buat kerja gila macam ni. Pujuk hati
Nampak je signboard KP, "hoora horreyy!" fuh lega sampai juga. Syukur
Pusing-pusing kejap, pastu tanya pakcik teksi harga pergi balik ke Desa Cattle. Ya ampun mahal bangatttt nak dekat RM100 harganya. Aku pun batalkan niat dan terus naik teksi nak balik hotel sebab tak larat jalan kaki dah, tambah pulak hujan time tu. Dalam teksi, aku sesaja la tanya, "Pakcik, nak ke Desa Cattle berapa minit?" "Pakcik ambil berapa ringgit tambang?" Pakcik Justin namanya, dia pun cuba tawar menawar dengan aku. "Kat sini saja hujan, dekat bawah sana (Kundasang) tak hujan. Kalau nak pergi, pakcik boleh hantarkan" Aku punyalah fikir kalau hujan sampai bawah tak ke rugi. Last-last aku kawtime baik punya, dapatlah RM50 pergi balik daripada asalnya RM100 pergi balik. Kekekke maksih Pakcik Justin. ;)
Kinabalu Park - Desa Cattle mengambil masa dalam 20-25 minit juga. Penat dah sembang dengan pakcik sampai dedua diam sambil tengok view kiri kanan. Sedikit perkongsian dari Pakcik Justin, kebanyakan orang sini jadi guider Kinabalu (malim gunung) sebelum melakukan pekerjaan yang seterusnya. Selalunya bila dah tua jadi pemandu teksi pulak takpun berkebun. Menarik tau bila dapat sembang dengan orang tempatan. Baru betul tujuan travel, memahami adat dan budaya tempatan.
Ni gambar before naik van ke Kundasang singgah pasar tani dekat area Stesen Merdeka. Gambar oleh mamarazi, Aisyah. Ok Sya boleh bha kalau kau
To Aisyah's family, thank you for the best hospitality in KK! Kalau ada kenduri jangan lupa jemput. Eh hehehe
Haha dah macam tengok travel show pula ade sambungan...
To be continued ...
0 100 gives support!!!:
Post a Comment