"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, October 16, 2013

Trip to Pangkor 1: Tragedi Pangkor Berdarah

Assalammualaikum


Seriously aku memang suka berjalan. Tak kisah la ke mana. Janji berjalan or in other word travel. Best woo tambah lagi dapat vacation dengan friends. Lagi gila la kau jem!

Disebabkan weollss (i mean my friends and I la kan) tak pernah vacation bersama-sama, so we plan to go to an island in Perak. Cadang punya cadang, finally decided on this midbreak. So yeah, we went to there on 11 Oct. Rancangan haruslah kena rapi. Kalau tak mahu kau terkial-kial nak urus semua itu ini. Penat wooo nak cari hotel murah lagi, budget trip berapa. Pfffttt but sokay semua had fun! =)



Weolllss stay rumah aku dulu memandang feri di Lumut tak ada waktu malam. Oh yeah lupe nak kabo kami ke Pulau Pangkor. Huhu! Esoknya baru gerak ke sana. Kg. Gajah-Lumut adalah dalam 1 jam. Kalau bawa macam nak drift 45 minit boleh la kot.

Mak aku sakan beli makanan untuk kawan-kawan aku. Terima kasih mak!

Nasi kerabu, satay nasi impit, otak-otak, om nom nom

Kami gerak ke sana like pukul 10 macam tu. Sampai terus beli tiket feri sebab lagi cepat lagi bagus. Tak payah nak bersesak-sesak beratur naik. Abah aku sempat borak lagi dengan pakcik agensi boat + snorkelling kat situ. Mintak murah punya mintak. Dapatlah pakej bot, snorkelling semua lengkap dengan round pulau RM 150. Kira affordable jugaklah. Kitorang pergi dalam 8 orang. So, around RM 19 person. So cheap right!

Impian menggunung tinggi bilamana dah sampai pulau.Ok yang lain semua jakun dan teruja. Aku orang tempatan, muka biasa je walaupun dah lama tak jejak Pangkor. Nak gerak ke hotel lebih kurang 10 minit macam tu sebabnya driver dia bawa laju dan cekap bior pun jalan bengkang bengkok. Dah pro dude nak heran ape! Kena charge RM 20 satu feri.  Tapi kami sampai hujan turun dengan lebat woo

Suria Beach Resort jadi pilihan kami. Lokasi di Pantai Telok Nipah. FYI, Pangkor ni ada banyak pantai tapi yang paling common Telok Nipah dan Pasir Bogak. Mostly Telok Nipah is the best one la sebab dekat dengan pulau nak snorkelling. Okay mungkin hotel ni bukan pilihan asal, sebab banyak cabaran dan dugaan berlaku time tu. Bilik dia just so-so. Nak stay takat 1 malam just nice lah. Tapi kalau nak bermalam-malam tu, better pergi tempat lain. Ini serious suggestion!!!

Pukul 3 gerak ke pantai sebab dah janji dengan pakcik bot. Again semua teruja tengok pantai depan mata. Ciptaan Tuhan tak sesekali diendahkan. SubhanaAllah angin pantai yang sepoi-sepoi dengan kami yang sempoi memang kena sekali. Hewhew.



Semua pakat berebut nak pakai goggle dengan jaket keselamatan. Bajet safety habis padahal dah pergi berendam bersnorkelling bagai baru kau tahu berapa tajamnya batu karang. "Jahhh, habis tangan i berbirat-birat dah macam kena deraaa" Sumpah naik je ke darat semua tangan kaki berdarah sebab kena tolak dek ombak badai yang besar menghentak kami. Sakit tu Allah saja yang tahu T____T

Tak kira dah sakit ke ape ke, redah je mandi laut. Bukan selalu, sekali sekala. Lepas habis snorkelling, bagi ikan laut makan roti expired, kitorang sambung berendam kat tepi pantai. Dengan ombak yang tinggi dan besar, terasa selamat dengan adanye jaket keselamatan. Haha kalau tak mau kitorang tenggelam tak timbul-timbul.



Untuk lagi extreme, aku dipaksa malah dikerah oleh Paten Eila dengan Suhey untuk naik Great Big Mable. Omg! Aku dah pernah merasa dan memang aku dah padam niat nak naik kali kedua. Tapi alang-alang dah sampai laut, try jelah. InshaAllah tak ada ape-ape. And end up, best gile!!!!!!! Takut tu well itu lumrah, jerit pun di kire lumrah jugak la kan? ^_^

Ok penat dah. Esok aku taip sambungan trip kitorang.

The best picture before the tragedy. LOL.


Peace! Btw, Selamat hari raye eidul adha. Moga terus banyakkan pengorbanan.


LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad