Assalammualaikum
Artis sekarang banyak dah berubah. Berubah yang mana dari tak pakai tudung hinggalah pakai tudung. Dari berpakaian seksi hinggalah pakai jubah berpurdah semua. Kalau artis orang pandang eloklah kalau dah berubah. Sama jugalah kalau kita orang biasa ni. Tapi...
Kita lain. Kita terbalik. Dari elok-elok tudung labuh tup tup bertudung pendek. Bukanlah nak judge tudung pendek tu haram apatah lagi berdosa kalau tudung cukup labuh untuk cover dada. Itu okay. Tapi kalau dah pendek bersilang siluk,macam mana tu. Ya Allah, rasanya semua tahu pasal ayat Quran ni.
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami merka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara mara lelaki dan perempuan mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak punya nafsu perempuan, atau kanak-kanak perempuan yang belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung." (An-Nur:31)
See! Dah termaktub dalam Quran.
Pakai baju pun sama kita perlu jaga. Bukan apa pakai ketat-ketat kalau awak tu berbadan besar. Kalau kecil pun bukan bermakna kita boleh berpakaian sesuka hati. Its should be cover all our body ok. Not wrap it! Allahuakbar.
Bendanya simple je. Pakai baju bersaiz longgar, bukannya baju gedabak. Moleklah kiranya labuh, tak singkat. Biar yang lelaki tak pandang dengan nafsu.
Janganlah kadang-kala elok sopan tutup je semua tiba-tiba bila keluar rumah, bersenam apa lah pakai pendek, free hair. Macamlah kawasan tu tak daq laki. No no no,jangan macam tu. Allah marah. Sebagai kawan sedara pun turut sedih. Kenape macam ni? T_T
Mungkin kita terlepas pandang.Mungkin juga kita fikir sekali sekala. Mungkin juga that time iman kita turun. Yelah iman kita macam air pasang surut. Kejap atas, kejap bawah. Tapi kalau boleh janganlah terus menjunam. At least paras tengah-tengah tak mengapalah.
Allah juga berfirman dalam Quran;
"Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan (tabarruj) dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:60)
Sama macam pakai tudung, biarlah kain tudung tu legap. Maksudnya tak nampak leher. Janganlah kasi orang nampak leher kita. Aurat kot. Mungkin kain kat luar jenis jarang, tapi cuba cari alas tudung. Banyak jual, cuma kita je samaada nak atau tidak. Takpun pakailah tudung bunga-bunga at least boleh cover our necks. Simple right?
Harapnya semua orang jual tudung tu, buatlah dan juallah tudung yang kain tak jarang. Kalau jarang tu buatlah jualan tudung bawal jarang, free gift alas tudung. Ha kan dapat duit, dapat pahala jugak. InshaAllah.
Sebenaqnya banyak lagi yang perlu kita jaga. Kaki kena pakai stokin, lengan at least tutup. Pakai handsock lagi senang. Ish memang nampak payah pun jadi perempuan. Tapi itulah, perempuanlah yang senang masuk syurga dan juga mudah jatuh ke neraka. Yang buat kan ianya jadi kenyataan kita sahaja. We choose, You choose.
Tiba-tiba update macam emotional. -.-
Moga Allah buka pintu hati kita semua untuk berubah ke arah kebaikan. InshaAllah. Moga Allah dengar, Moga Allah lihat, Moga Allah bantu.
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya" (Hadis riwayat Bazzar dan At-Termizi)
Dah kenape aku letak gambo Kak Ija ni, motip?
Nak pergi Korea-aaaah final year nanti! =)
0 100 gives support!!!:
Post a Comment