"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, May 25, 2018

Conclusion: Mengejar Rinjani

Assalammualaikum


Untuk entry sebelum ini klik Rinjani D-2

Ya Allah betapa lamalah aku tinggalkan blog ni. Last entry adalah pasal pergi Kinabalu. It was in 2017 gais! Sekarang pun dah masuk mid-2018. Maaf gais, sis busy dengan kehidupan kerjaya. Kena kerja, demi duit untuk travel :p

So, kita jump into the last story di Rinjani pada 2 tahun yang lalu. Seperti yang sedia maklum, aku dan cousin aku bersama-sama temen-temen dari Indonesia telah berjaya menawan Gunung kedua tertinggi di kepulauan sana yang berketinggian 3726m dari paras laut. Alhamdulillah berkat usaha yang jitu kami berjaya sampai di puncak. Terima kasih rakyat Malaysia!

Perjalanan ke gunung rinjani mengambil masa 4 hari 3 malam. Tak terbayang pada mulainya macam mana kesanggupan nak meredah gunung yang hutan banat itu wujud. Biasalah zaman budak-budak baru nak up, habis final exam final year pulak tu haruslah ada something yang korang nak buat sebagai kenangan ye dok. So gais, please choose your graduation trip dengan bijaknya ya. ;)

Selama 4 hari 3 malam itulah beralaskan pakaian yang sama. Langsung tidak mandi, basuh muka gosok gigi kenalah kan demi menjaga appearance luar. Walaupun tak mandi, kitorang kekal segar tau sebab cuaca kat gunung boleh mencecah 2 darjah selsius okay. Sejuk gila! Menyesal tak bawa baju tebal yang lebih tebal.



Sebenarnya aku dah banyak lupa pasal rinjani especially nama-nama checkpoint yang kitorang stop utk rehat. basically selama trip ni kitorang tak la terus je berjalan tanpa henti. if not mistaken ada dalam 3 basecamp yang kitorang singgah. route kitorang juga berbeza. jalan pergi dan balik adalah berbeza. So korang dapatlah lihat gunung berlalang dan juga pokok-pokok. tapi yang paling azab adalah di laluan bukit penyesalan dan jalan ke puncak.

sampai di basecamp-2 kitorang dapat lihat puncak rinjani dengan jelas. masa tu, mashaAllah hebat sungguh kuasa tuhan. tak tercapai dek akal kau yang kau akan daki puncak tu, dengan lereng sangat sempit, jalan dalam gelap hanya sekadar lampu suluh dikepala untuk menunjuk jalan. Ya Allah, malam nak mendaki tu jangan cakaplah pasal nak makan ke ape ke... dengan cuaca sejuk banget, mulut pun tak lalu nak berkata weh. Bersyukur sangat tour guide kitorang sangat prihatin, sediakan unggul api utk panaskan badan dan biskut utk alas perut.

Jalan ke puncak sangatlah azab, semua orang wajib ada tongkat. Takda tongkat susah sikit nak stabilkan diri, tambah pulak ada liku yang semua orang panggil ape ntah lupe weh! huhu... tapi yang pasti memang azab, sebab jalannya berpasir kesan daripada gunung berapi, pastu kau menapak satu langkah, gelongsor dua tapak. Wehhhh azab weh serious tak tipu. Tapi permandangan malam tu hanya yang mendaki saja tau macam mana. Indahnya ciptaan Allah. Korang dapat tengok lahar gunung berapi dekat bawah, lereng-lereng yang sempit ni kalau jatuh memang takde siapa dapat selamatkan. selamat jasad abadi di gunung rinjani. Aku tengok kertas yang aku bawa ni melayang jatuh ke bawah pun aku dah seriau inikan pulak badan yang jatuh. Nauzubillah



Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tepat sekali pepatah ni, saat kau jejak kaki dipuncak baru terasa nikmatnya kepayahan, indahnya senyuman. Langsung terkedu semua sebab sampai di puncak yang kau tak pernah sangka kaki ini untuk melangkah. Alhamdulillah nikmat dunia mana lagi untuk aku dustakan. *slot muhasabah diri*

Diam tu sebenarnya ada makna lain. Sejuk atas puncak tu bukan main-main gais. 2 darjah selsius juga la, sikit lagi nak 0. Kalau tak merasa kitorang pegang salji atas gunung. Kitorang stay atas puncak adalah dalam 30-40 minit macam tu. Tak boleh lama-lama sangat, mulut kau pun tak lalu nak bercakap dah. Angin kuat, siapa badan ringan mau melayang. Bila kat puncak ni, kita akan nampak semua. Nampak danau segara anak, anak gunung berapi dan seluruh lombok. Tapi nampak macam semut jelah. But still you will never believe you made it even I can't believe I was there. It was incredible experience! Kitorang sampai jam 6 pagi, tapi stay dulu dekat lereng bukit sebab kalau sampai awal kat puncak memang sejuk nak mampus la. Kitorang tunggu matahari terbit, bagi panas dulu then baru naik ke puncak.





Alhamdulillah urusan kami sepanjang daki dan turun dari puncak dipermudahkan. Bila dah siang, baru kau nampak "ohh ini ke jalan yang kita lalu" takpun korang akan macam ni "ambil gambar sini, sini, sana, situ.." Haha dah terang baru nampak semua. Permandangan yang sangat mendamaikan. Yang sampai puncak lewat, mungkin akan terkilan sebab boleh naik ke puncak sampai jam 8 pagi mcm tu sebabnya last waktu turun adalah 10 pagi. Time ni matahari dah tegak, satgi ada yang turun dengan badan terbakar sebab pancaran matahari.

Kitorang cepat-cepat turun ke basecamp untuk breakfast. Lepas tu dah kena gerak ke Danau Segara Anak. Ini satu hal lagi weh, nak turun ke bawah gunung, azab lagi. Beg berat 8 kg, gendong sepanjang 3 jam jalan. Huhu rasa nak muntah, nangis semua ada. Berjalan harus dalam team, bahaya jalan sorang, tambah ini hutan yang kita tak biasa (even biasa sekalipun still kena berkawan). Ada waktu tu tengah jalan dalam semak, tiba-tiba dengar bunyi dengusan. Waktu tu hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya. Kitorang risau kot kot harimau ke... singa ke... matilah weh kalau betul. Rakyat Malaysia dibaham harimau di Rinjani. Surat khabar berita muka depan. T.T semua senyap, jangan bergerak langsung. Nafas pun kena slow jangan ada bunyi. Lepas haiwan tu blah kitorang still terdiam. Ngintai-ngintai itu anjing hutan! Omg anjing pun menakutkan okay! So gais, pls be careful k.

Sampai di danau dah nak senja. Kalau tak silap jam 5 petang. Tapi cuaca mendung. Sebabkan sumber air hanya ada di danau, semua orang pakat mandi dekat kolam air panas. Best memang best tapi macam tak selesa la pula nak mandi, tapi geng trip ni ramai laki. So not nice la kan... but if you all nak tahu, kolam ni nak banyak ambil nyawa orang, maksud aku kolam ni ramai orang mati lemas. Bahaya okay, jaga-jaga bila berendam tu. Jangan terlalu leka dan lagho. Ini hutan, gunung pula tu, banyak kepercayaan karut dan kuasa alam yang etnik lain percaya. Dulu ada kes, 2 orang Malaysia mati lemas dalam kolam ni. syukur group kitorang okay.

Satu malam saja stay di danau. Masing-masing dah rindu rumah, nak mandi, nak makan sedap. Sepanjang kat gunung, kitorang makan maggi dan nasi je. ada la lauk ikan bilis sikit. Haha okay bukan tak bersyukur tapi saja nak inform. Orait it's time to go back to real life. Nak keluar sangatlah mencabar, dari danau tu korang kena mendaki balik. Pendakian sangat mencanak, ada tu 80 darjah tau. Aku join team yang jalan belakang, 2nd group last. Jalan pun slow je sebab memasing dah melecek kaki. Disebabkan terlampau santai makanya jalan nak turun ke kaki gunung mengambil masa hampir 10 jam tau tak. Tidak ku sangka akan jadi begini. Tapi yang aku nak highlightkan aku adalah kitorang sepanjang berada di sana, tak pula tau menahu ada tempat yang kau tak boleh berhenti. Haaa perlu ke aku bagitau ni haha. Yang pasti ada tempat yang tak patut korang singgah sebab tempat tu dah jadi kepunyaan makhluk alam lain. No wonder la time kitorang lalu tu, macam lain maciammm je firasat ni. Hmm dah la kitorang waktu maghrib, weh dah gelap tau tak. Memang kitorang berlari la waktu nak turun tu, kena lajukan pace if tidak kesian member-member yang dah sampai tunggu lama group kitorang.

And finally after all the barriers, hard works, struggles kitorang selamat tiba di Pintu Gerbang Senaru. Sesampai je terus melantak nasi goreng. dah tak kisah sedap ke tidak, janji makan nasi. Dekat pukul 9 juga la team akhir sampai. Semua selamat kecuali sorang tu kaki terpeleot. Ohh btw, aku lupa nak mention ada laluan azab juga waktu turun, dimana kitorang terpaksa menggelongsor tau tak! hahaha oh tidak akan aku lupakan keadaan waktu tu. pewai gile

Nasihat aku preparelah mental dan fizikal serta rohani korang if ada niat nak mendaki rinjani. Rinjani okay kalau nak dibandingkan dengan Kinabalu. Bagi aku Kinabalu penat lagi sebab banyak tangga, and langkah korang akan terhad. Tapi rinjani langkauan korang tidak terhad dan view sepanjang pendakian sangatlah cantik! Kena datang sendiri baru tau maksud aku ni. :)

Selepas turun Rinjani, aku dan cousin sambung jalan lagi ke Gili Trawangan. Kalau ada mood lagi nanti aku cerita pula pasal pulau lombok. Habis sudah cerita rinjani ni, finally lepas setahun baru ada mood nak menaip. Cannot believe aku masih ingat penceritaan di Rinjani sana. Rasa macam baru je bulan lepas naik, tengok-tengok eh dah nak masuk 2 tahun kot. Yang paling sedih bila kena berpisah dengan member-member trip. We go thru thin and thick. Of course la sedih bila berpisah, ntah bila lagi dapat jumpa. I think I chose a best trip ever, open trip is the boom! You can know new people and discover new things along the journey. To all yang ada merancang untuk mendaki Rinjani, wishing all the best and enjoy the trip k. Nikmat hidup paling bahagia sekali dapat bernafas dan melihat. Salam.


Salam Ramadhan Kareem untuk semua.

P/S: sorry gais, details budget or itinerary aku dah lupa. so inilah hasilnya... LIKE it? Thanks for reading this entry.
copyright@khainisa.ahmad