Kanak-kanak sudah pasti.
Dewasa? Lagilah, kalau boleh tiap-tiap hari update jadual peribadi di Twitter.
Penat lihat semua ini.
Manusia kalau namanya "Pelajar"
Tambah-tambah yang bergelar "Undergraduate".
Jangan cakap susah ke senang.
Dua-dua resam mereka. Ada yang mengalami tekanan yang melampau-lampau.
Adakala sampai jiwa kosong.
Tiada arah tuju, apabila peperiksaan.
Baca nota, mata berpinar-pinar. Nampak tilam katil bantal busuk.
Tidur.
Rutinnya.
Aduh terasa!
Biarpun onak-berliku banyak cabang.
Biarlah dihadapi dengan tenang.
Jangan sesekali buat perkara bodoh.
Nanti diri juga terkena padah.
Dan dua minggu ini, berturut-turut hidup aku tidak teratur.
Malam saja bersengkang.
Kadang-kala tak terlawan juga.
Tidur. Jadi rutinku bilamana mahu semangat belajar.
Haha.
Konon-konon, bolehlah kot nak ulangkaji.'
Tapi!
Syaitan, makhluk kejam.
Tidak mudah melihat kita mudah.
Adakala, aku hanya berserah pada takdir.
Tiba waktu sebenar peperiksaan, baru pulun buat solat sunat.
Erk
Semoga ada cahaya terang di depan mataku.
Tunjuk jalan orang-orang yang rajin.
Lampu study pun boleh. =D
0 100 gives support!!!:
Post a Comment