"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, March 22, 2013

Kalaulah boleh ubah


Sedih. Kecewa. Seronok. Teruja.

Semua ada. Bercampur dalam satu adunan. Semalam keputusan SPM keluar. Dan hatiku turut berdebar menantikan keputusan adik-adik sekolah aku dahulu. Begitu juga saudara mara aku yang seusia mereka.

Subhanaallah keputusan mereka sangatlah mengagumkan. Aku kaget. Hampir menitiskan air mata aku yang mahal ini.

Mereka sangat hebat, bijaksana, bijaksini. Senang kata, pandai belaka. Fikirku, “Kamu semua tak masuk U lagi, agak-agak dapat tak kekalkan A tu?”. Mungkin soalan ini, terbias pada aku juga. Aduh!

Aku terfikir sejenak, seandainya aku di kembalikan ke waktu yang lepas. Apakah aku mampu jadi seperti mereka?

Diam.

Mahu saja ku katakan. “Ya!” Namun apakan daya kita kena pandang ke hadapan walaupun belakang masih pahit. Dan aku mahu betulkan ianya menjadi sempurna. Manis. Biarpun tanpa dibubuh gula.
Mahu saja aku keluarkan perkataan ‘Kalaulah…’

‘Kalaulah aku belajar lebih sedikit dari apa yang aku lakukan pada tahun 2009 yang lalu, pasti aku dapat semua A. Pasti aku dapat isi borang JPA, MARA ke Australia sambung pengajian yang ku impikan selama ini. Perakaunan di Universiti Adelaide.’

Tapi pastikah aku? Aku bukannya Nabi, yang sifatnya maksum. Aku hanyalah hambaNya. Hamba yang hanya layak menurut kata dan perintah-Nya.

Hampir saja aku malu mengaku berapa A yang aku dapat, walaupun hakikatnya ianya suatu kebanggaan buat diriku dan orang sekelilingku. Padahal mereka telah banyak doakan kejayaan aku. Aku sepatutnya bangga. Bangga kerana ini adalah hasil usaha aku selama persediaan sebelum peperiksaan besar itu.

Jadinya aku pasrah, bukan bermaksud parah. Aku menyerah diri kepada-Nya selepas ku berusaha. Dan akhirnya Tuhanku kembalikan senyuman aku dengan beriku kegembiraan buat ibu bapa ku. Ditawarkan masuk UIA merupakan salah satu impianku. Mungkin kalau ibu bapa kita gembira, kita secara automatik turut gembira juga bukan? Sebab memang itu tanggungjawab kita. Bagi aku ini bukan mungkin lagi. Ini benar!

Dan sekarang, aku kembali belajar erti syukur. Syukur atas nikmat hidup, berjalan, berkata, mendengar, menyentuh dan merasa. Alhamdulillah Tuhanku, Allah s.w.t.

Alhamdulillah juga buat saudara-maraku dan juniors sekolah aku dulu atas kejayaan mereka. Aku tumpang gembira.

Syukur juga kerana telah gagalkan aku pada mulanya, dan jayakan aku dengan cara ini.

Jadinya adik-adik, termasuklah kawan-kawanku (termasuklah aku) yang hampir putus asa, selalulah kata, "Terima kasih, Allah." kerana kalimah ini sangat hebat. Ada kimia (chemistry) yang kuat. Banyakkan berdoa, mohon dipermudahkan.

InshaAllah.




Allah itu hebat, hanya dia saja yang layak buatkan kita hebat. 
Jia you!! (Chayok!!)

Hey, Assalammualaikum.



LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad