"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, October 10, 2012

Lawatan kami ke Convest 2012

Assalammualaikum.



Sekarang bulan Oktober. Orang putih sebut Octo-berrrrrr. (lidah bergetar getar banyak kali) Dan bulan ini banyak konvokesyen dijalankan. Tak kisah, UM ke...UKM ke... hatta UIA sendiri. Tengok kakak abang berjubah turqouise bergumbira memang menjeleskan hati. Bergambar apatah lagi, semua ceria. Apakah aku nanti begini ataupun lagi havoc. Hehe. Namun ku sematkan jua dalam hati, lagi 3 tahun aku pulak. Sambil-sambil makan aiskrim berangan~

Sempena konvokesyen UIA ni, ataupun kitorang di sini panggil Convest (Convocation Fiesta) glamour bukan nama scientific dia. Haha. Pelbagai booth disediakan. Untuk kanak-kanak sehinggalah yang paling makan garam lebiih dulu dari kami. Kedai bunga bukan main banyak. Kalau boleh nak letak harga paling murah supaya ramai orang datang. Tapi, biasalah adat berniaga mesti ada yang lebih untung. Harap-harap diorang berniaga dengan bersih. ;)



Korang tak pelik ke, kenapa tiap kali konvo mesti kasi hadiah berupa jambangan bunga dan teddy bear. Kenapa bukan jambangan coklat ataupun gula-gula? Aku musykil lagi ni... At least boleh makan gula-gula tu.

Di sebelah tempat graduan terima scroll ataupun CAC (dewan konvo), ada Wonderworld salah satu tarikan sempena convest ni. Ada flying fox, abseiling, bouncing playground (apatah nama game tu) tapi ini hanya untuk manusia kurang 10 kg. Haha. Rasa-rasa 9.9kg tu boleh lagi lah. Ada memanah tapi dek tidak secured, tiket aku di refund semula. YES! Dapat balik rm2 aku. ;D Upin ipin pun ada bak hang.

Oh tidak dilupakan, sepanjang Convest ada Chocolate Fair & Pastry di Kaed. Masuk-masuk je galeri tu, dengar lagu macam bukan kat UIA. Laaa rupanya ada Zamarul Hisham tengah menceriakan kanak-kanak dengan permainan kat stage. Herm, gua layan jelah broh. Retis mai sini. Kita kenalah buat-buat tengok. Kehkeh. And and, he promoted his chocolate brand. No wonder lah dia mai sini.





Dah penat berjalan, rehat sekejap. UIA kawasan luas nak mampus, satu hari kau rasa macam berlari 10 kali padang. Dah macam latihan ketenteraan kot. Nasib baik, sempena konvo ni banyak pokok bunga di tanam nampak meriah sikit. Alhamdulillah.




Disebabkan muka kanak-kanak 20 tahun ini asyik di kamera, makanya gambar dia aku kecilkan saiznya. Kekeke. Makin banyak,makin kecik.



Flying fox. kanak-kanak pun join kot. muka relax je.


"Cantik tak kak?" tanya si gemuk comel.

Badut cino.


Sebelah malamnya ada talk yang sangat best. Malam tu jugak ada talk by Dr Zaker Naik di PWTC. Jadinya aku rasa serba salah nak ke mana. Sebab Dr ZN ni seriously ohsem nak mampus. Dia mampu mengislamkan wanita Hindu dengan hanya menjawab soalan dari wanita tu. Hebat bukan??? Oh Allah, hopefully there is a lot of people like him.

Apa-apa pun, aku puji sangat-sangat kelancaran Convest ni. Bukan mudah untuk conduct program yang hebat macam ni. Syabas committee CONVEST! Dengan harapan, Semoga convest utk aku grad nnt lagi gempak. Hehe. Itu kewajipan okey. ;)



Cuba teka siapakah yang bertudung pink itu?? Hehe. Itu tetamu khas.... tunggu next entry ya!





LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad