"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Saturday, October 6, 2012

Aku ke Korea, Adik ke Jordan

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama menahan idea idea bernas dalam otak ni untuk mengarang esei jalanan akhirnya keluar juga. Minda kalau tak bertulis tepulah kau broh. Keras je. Kalau malas menulis, bacalah buku ke majalah ke asalkan otak sentiasa berfikir. Baca pasal Koreaaaahh pun boleh~

Sebulan yang lepas, aku telah jejakkan kaki ni ke KLIA. Bukan untuk menyambut LCW menang pingat perak mahupun, bersorak sebab kedatangan retis-retis Koreaaaah ni. Tetapi, untuk menghantar seorang remaja ni ke Korea. Katanya nak ke sana. Katanya lah kan.

"Anyyeongaeseyo Malaysia!!!" *gelabah je*

Sesampai je di airport tolak troli dengan riak muka yang tak boleh blah, kemudian beratur punya beratur tiket habis der. Habis! Otteoke (macam mana ni) otteoke. Maka alamatnya, terpaksa batalkan niat terbang ke sana. Sob sob sob.

menangis dan terus menangis.

*cerita berhenti takat sini*



Berangan memang mudah, untuk mencapainya perlukan usaha yang gigih. Kadang-kadang kita lihat senang saja someone tu dapat yang dia nak. Ceyy tiba-tiba serious. hehe. (sambung semula keseriusan) Akan tetapi tanpa usaha yang gigih dan tanpa diiringi dengan doa,nescaya kita takkan dapat. Actually, bulan lepas adik aku telah berangkat ke Jordan. Tempat yang dia nak sangat punya sangat belajar. Amboi tengok fb dia sekarang penuh gambar di Jordan je. Gua jeles broh! Sebab lu dapat naik flight banyak kali. Haha.

Before hantar dia di KLIA. Kami sambut birthday mak dulu. Fortunately, on the same date; 13th Sept with her birthday. So, ke secret recipe lah kami celebratenya.

Selamat Hari Lahir Mak!!


Perjalanan dari Nilai ke KLIA tak jauh mana. Dalam 20minit pun dah sampai. So near rite. Memang orang sana dah muak tengok flight la jawabnya. Kalau budak-budak kat kampung memang peghak la nengoknye. Jakun sepuluh saat. Lepas tu buat kapal terbang guna kertas. Main.

Disebabkan nak hantar the only one my lil sis, gua terpaksa skip class. Rasa bersalah sangat. Rasa macam nak emel pada lecturer, hantar surat tak datang kelas. Orang kata, kalau kita rasa bersalah pada sesuatu maksudnya hati kita suci mulus. Apakah aku begini?  Kekeke. Nasib baik, UIA kasi 3 hari ponteng kelas. Kalau lebih dah kena warning letter.

Departure on 3.30 am, Friday.

Jalan-jalan la kau selama beberapa jam di airport. Dah tak ada kerja sangat, bergambar adalah inisiatif yang terbaik. Sebab apabila bergambar mulut dan badan akan kaku, supaya gambar tak blurrrrr. Hehe.

Sekitar waktu terluang.





  Impact from hard die fan RUNNING MAN!!!! lol


Disebabkan ada complaint dari Yop aku ni, katanya nampak macam auuwww ja. Jadinya....aku taruk gambor yang ni pulak. Macam tak daq beza ja. Ngehehehhee. Maka gumbirelah sebab dah nak konvo kan. HEH! 





The crucial part is when part of ur family left u here. Alhamdulillah her journey has been running smoothly. Kuala Lumpur-Dubai-Irbid.


Semoga kejayaan kamu di sana senang dikecapi. Doakan untuk aku juga ye Qilah!!!
Doa supaya aku grad lagi awal dari kau. ngehehehe.




LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad