"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Saturday, October 31, 2015

Travel: Krabi Town - Hatyai - Aonang (Part 3)

Assalammualaikum.

Dalam kekalutan hari yang semakin hampir ke penghujung semester, assignment semakin menggunung dan semakin kuat meronta untuk meyiapkan aku cuba ambil masa sejam untuk taip perjalanan aku ke Krabi tiga bulan lepas. Ye aku cuba...

Ok bila last aku cerita pasal Krabi, oh iye pasal Hatyai kan. Orait...

After Hatyai tempoh hari, kami berenam telah berpatah semula ke Krabi untuk melihat keindahan laut di sana pula. Kata diorang lawa, so kita lihat betul ke salah tafsiran diorang. Ended up, yes they are correct! Memang super duper cantik laut Krabi weh. Subhanaallah

Btw, kami stay di J Hotel, Aonang. Hotel yang selesa dan dekat dengan pantai. Tapi malangnya receptionist tak berapa nak ramah, berlagak sikit, rasa nak tumbok je. Lulz

Sampai je petang tu dari Hatyai di Aonang, kami terus bersiar-siar tepi pantai sambil makan (?) air kelapa dan pancake femes di situ. Yumss! Sedap hokey dahlah murah. Hari-hari aku beli tiap kali makan malam. Petang tu jugak kami pergi survey ke kedai-kedai tourist untuk book slot snorkelling esok hari. Terjumpa la pulak kedai orang Islam, pandai cakap melayu pulak tu memang habis kami tawar-menawar. Sampai la budak perempuan ngaku kalah bagi harga nyawa-nyawa ikan dah. Kesian pulak tengok, tapi nak buat cemane dalam blog yg aku bace range harga snorkelling sekitar gitu. Haha. Yes! Dapat pakej snorkelling ke Phi Phi Islands pada harga THB 500 untuk satu hari.Plus, lunch provided.

Alhamdulillah nasib kami baik, cuaca tak hujan sepanjang satu hari kami ber-snorkelling. Alhamdulillah sangat sebab risaulah kan kalau hujan memang tak dapat la nak bersuka ria tengok ikan kat laut.

Pukul 8 ke 9 gitu dah kene berkumpul untuk naik bot. Kami ambik pakej yang biasa duduklah beramai-ramai dalam bot sepanjang 30-40 minit ke Phi Phi Island. First pulau kami ke pulau poda kot. Yang ada kedai makan atas bot. tapi sayang tak boleh beli makanan situ sebab tak halal dan diorang jual ba alif ba ya. So, lapar aku tahan jelah sampai tengah hari. Nasib adik aku beli nasi goreng before naik bot, dapatlah pau dia sikit. Wuhahahaa


Pulau yang jual makanan...Poda kut namanya
Lepas 45 minit di Poda Island kami gerak ke Chicken Island untuk bersnorkelling. Gigih la kan pakai snorkelling, jaket keselamatan bagai tapi nak turun ke laut pun takut. Like daaa~ Actually tak dalam pun tapi sebab bila pakai jaket ni kita rasa terapung plus kalau jaket ko tak kemas ia akan naik keatas dan menyebabkan kepala ko ke bawah, dan time tu mula la ko cemas. Hahaa memang menggelabah la kan!



Tak sempat nak tengok ikan warna biru, tour guide dah ajak naik bot. Frust okay, beria la bawak gopro kekonon nak snapshot dalam air. Nak snorkel pun tak lepas. Kah kah gelak jelah. Mungkin aku patut belajar berenang lepas ni. Ye mungkin...

Lepas tu pulak kami dibawa ke pulau ketiga yang mana ko dapat berjalan di antara dua pulau. Serious ini memang lawa! Paling win sekali antara semua pulau. Sebab apa... sebab laut yang bersih, air yang jernih ko boleh terapung or berenang sesuka hati. And we had lunch here. I think we stop for 1 and half here, cannot remember dah

Pulau terakhir
So after that bergeraklah kami ke pulau terakhir, time ni hujan renyai-renyai membasahi bumi Aonang. This place we settle down, relaks-relaks dulu mencari ketenangan. Haha

Lepas sejam kami pun bergeraklah pulang ke hotel. Overall Phi Phi Island best tapi kalau lagi best tak ramai orang. Perhaps you guys can explore Hong Island or James Bond Island sebab kat situ tak ramai tourist. Kan seronok tak ramai, boleh bermandi-manda dengan aman.

Bila malam menjelma, maka keluarlah jelmaan kami mencari makanan. He he he. Malam first cadangnya nak carik la restoran halal kat masjid jalan punya jalan tengok-tengok jauh lagi nak jumpa masjid. Last-last ternampak kedai motor abang telen ni ha...pakai kopiah isterinya bertudung, so cop orang muslim la kan. Diorang jual kuewtiaw, bihun, mee goreng. Sedap dan pedassss gile! Hargapun tak mahal, murah je. Malam kedua di Aonang kami decide untuk naik tuk tuk ke masjid, ingatkan jauh la rupanya semalam yang kami jalan tu dah dekat dah pun dengan masjid. Itulah pakar motivasi pernah berkata "diwaktu kita berputus asa sebenarnya jalan kejayaan telahpun hampir"




Sampai je kat kawasan masjid... wahhhhh banyaknya makanan!!! Semua nampak sedappppp. apalagi keluar duit beli banyak-banyak then share dengan member. Barulah terasa nikmat berbackpacker kan? Ada fruit milkshake, roti bakar, tomyam, pancake ape lagi ntah tak ingat dah awaaaa

Puas makan, senang hati maka baliklah pulang ke hotel berjalan kaki. Cerita di Aonang panjang lagi so, To be continued... LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad