"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, March 28, 2016

Travel: Krabi Town - Hatyai - Aonang (Part 4)

Aigooo...sudah bersarang lagi berkulat blog ini. Apakan daya hujung tahun lepas sibuk exam woi. Laptop meletop. Kau rase macam mana, memang hilang mood nak menaip. aptb -.- So kali ini, aku cuba untuk habiskan travelog 3 tempat ni ok. Kalau ayat aku tak menarik jiwa nak baca, dinasihatkan tutup laptop dan tengok running man k.



Hari pertama kitorang dekat Aonang dah macam-macam hal jadi. Check in hotel, receptionist muka kerek. Memang bersabar je kitorang time tu. Saja la kan jalan-jalan tepi pantai, nampak la sekumpulan 'orang-orang cantik' pakai costum warna-warni. Ingatkan betul-betul wanita tulen sekali, daaaa "makkkkhayam" apakan daya kitorang dah bergambar bagai, terpaksa bayar cas perkhidmatan sebab bergambar. maka jejaga la kalau nampak perempuan cantik tinggi semacam, takpayah la datang dekat. dowhhh diorang kejar kot kalau tak bayar "twenty baht, twenty baht..."

Kalau entry lepas aku dah cerita pasal pulau-pulau dekat krabi. Sumpah memang cantik, kalah Pangkor. Memang tak boleh argue la kecantikannya. So kali ni aku nak story pasal emerald pool yang memang antara tempat wajib mesti dilawati.


Balik dari mandi laut, petang tu terus pergi jalan-jalan survey harga untuk pakej emerald pool. Guys, aku cadangkan korang banyakkan survey dekat kedai tepi tepi jalan. Dekat situ memang berlambak pakej trip macam ni. Kitorang dapat nego harga 750baht. Bukan sekadar ke emerald pool jelah, kitorang siap pergi naik gajah, hotspring yang tak berapa nak hot dan satu lagi kolam ape ntah, Phu Tara.

Ok first, pergi naik gajah. Kemain syok dapat naik gajah padahal cuak ok bila dah naik. Tambah pulak time tu hujan, trek lecah so takut la gajah tu tergelincir ke ape kan. Tapi kesian pulak tengok gajah-gajah ni, macam dibuli oleh manusia. Kena pikul manusia yang berat untuk hanya jalan-jalan dalam trek. Ada anak gajah ni comel tau, jalan dengan mak gajah. Praktis nak pikul orang lettew.

Lepas dah naik gajah, sesi bagi makan kepada gajah. Boleh la nak bagi pisang ke ape ke...dengan syarat beli dulu. Kitorang pun share la sesikat pisang tu nak bagi gajah makan. Sharing is caring orang putih kata. Tengah syok syok bagi anak gajah makan sekali dengan baju hujan aku dia telan. Ha nampak tak yang koyak tu, anak gajah tu punya kerja laaaa


Gajah dah kenyang, kitorang pulak lapar. Dalam pakej memang takde lunch, so nak tak nak kena juga berlapar sampai ke emerald pool. Driver terus bawak kitorang ke emerald pool lepas main anak gajah. Oh yeahhh dekat sini barulah nak beli jagung ke hotdog ke untuk alas perut.

Dekat emerald pool memang best! seriously best. air yang warna hijau emerald, jernih dan bersih. Berendam dalam kolam sampai ke malam pun takpe. Air kolam agak dalam adalah takat bahu kalau korang setinggi 167cm ke atas. Kat sini jugaklah first time aku boleh celik mata dalam air. haha gile kau tak seronok! Sebab air tak pedih boleh la gitu ce try celik kat air masin mau tak celik celik. Kitorang boleh bergembira dekat emerald pool ni untuk sejam setengah je then terus ke hotspring.


Fyi, ade dua laluan nak ke emerald pool. satu melalui jalan tanah, satu lagi jalan jambatan. Kitorang lalu jambatan, lama sikit la berjalan. tapi ko dapat lihat pokok-pokok dan kolam-kolam air yang cantik. In the same time a little bit scary sebab sunyi dan sepi. But yeah at the end jumpa emerald pool jugak. heee... tapi satu je aku tak sempat explore, kolam yang airnya warna biru. serious rugi je rase. Nanti if korang datang sini, explore kolam air biru tu ye.

Lepas je berendam dekat pool, driver bawak kitorang pergi Hot Stream. Dengar macam panas teruk je kan. Padahal time tu hujan lebat, air deras, dari warna jernih jadi keruh air kolam air panas ni. Takda rezeki. And tempat tu sebenarnya pun aku rasa dah tak berpenghuni sebab takde orang yang datang dan tak terurus. Adalah satu keluarga ni datang bawa anak anak diorang. Cuba teka diorang dari mana... thailand? salah. malaysia? pun salah. jeng jeng jeng... diorang orang israel. ko rase? haa time tu agak menggelabah sikit sebab first jumpa orang israel. but then diorang punya anak-anak cecomel semuaaaaaaaa. Pandai dia bawa anak dia nak distract kitorang. okbai


Last sekali kitorang ke kolam Phu Tara. Kat sini, aku tak berapa nak seronok sangat sebab first, time tu hujan agak lebat. air kolam yang sangat dalam. dan yang paling penting malas nak basah-basah lagi. Ada la dalam 20 minit je dekat situ. Habis je semua aktiviti petang tu balik hotel tidur sampai esok pagi. pffftttt

Ok tak, kami terjaga juga malam tu sebab lapar. Keluarlah bertatih sekitar pekan Aonang. Kalau semalamnya kami tak sempat merasa makanan dekat gerai tepi Masjid Aonang, maka misi malam terakhir tinjau kawasan tepi masijd. Jarak dari hotel ke masijd ada la dalam 15 minit. Tak la jauh mana, beriya je time pergi naik tuktuk. Balik jalan kaki. nak jimat duit sebenarnya -.-

Jujur cakap, makanan dekat sini memang sedap dan rare. Takkan dapat dekat Malaysia. Sedap dan murahhhh. Oh tetiba rindu pancake Krabi. Banana pancake with chocolate. ;)


Diingatkan kalau nak makanan halal bukan setakat tengok penjualnya pakai tudung, tapi tengok juga kawasannya, peniaganya solat tak, bersih ke idok, jangan terus judge from our naked eyes. nampak pakai tudung je, halal. ada sejadah gantung, halal. ada nama Allah dan Muhammad, halal. Oh no no... jangan tertipu k. Nak makan pastikan berish, halal dan murah. Tips ikhlas dari bakal halal researcher. haa ni baru sikit tips belum aku sambung, darah daging kita terhasil dari makanan kita. kalau kalau makanan tak halal, maka rosaklah diri. eh over pulak

Nak dijadikan cerita, rezeki kami malam tu sangat murah sebab dapat sembang semeja dengan local dalam bahasa Melayu. Ada seorang pakcik ni keluar dari masjid singgah dekat meja kami, dia gelar diri dia Cikgu Rawsali. Katanya dia teringin sangat nak sembang dengan orang Malaysia sebab boleh sembang dalam BM. Mula-mula kitorang nak blah, tapi macam kesian pulak sebab dia eksaited dan ni pulak malam terakhir dekat Krabi. Bila lagi nak merasa macam traveller tegar yedok. Sembang punya sembang, tak sedar dah tengah malam. Sempat la minta dia ajar bahasa Thailand. Katanya lagi nak buka kedai nasi kerabu, kut la nanti datang lagi ke Krabi boleh la pau nasi kerabu free. Ada kitorang bergambar sekali tapi gambar dalam phone so malas nak transfer. Lagi satu malas nak tayang sini takut korang salah guna gambar kitorang. nanti korang pulak claim nasi kerabu free haha

Flight AirAsia at 7.30 am. Before subuh dah gerak. Alhamdulillah dah selamat sampai dan tengah menyudahkan cerita di Krabi.


"Khun tang lai jai di khap pom. Khapkhunkaa..."
You're very kind to me. Thank you.

LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad