It is a normal for me to take a long time to write my blog. Pffttt
Kalau dah malas memang selalu malas. Aku ade je idea tapi biaselah, lepas on laptop terus lupa niat asal nak menaip tapi pergi main facebook.
Hey anyway, this time I'm gonna be serious to write my journey to Thailand last month. You guys can check my Part 1 journey to know details what I did in Krabi Town.
So, after dah berjalan di Krabi Town tempoh hari kami berenam bercadang untuk teruskan perjalanan ke Hatyai. Dengar cerita dekat sana ada pasar terapung yang menarik untuk dilawati. And yes, we went there just for it. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. Duduk dalam van ni membuatkan anda hampir muntah ditengah jalan. Tapi alhamdulillah semua ok cumanya turun badan sakit sakit macam kena tumbuk. Bayangkanlah sudahlah dapat seat belakang sekali, van dipandu 120km/jam silap hari bulan, bahagian belakang terputus dua. Gila mencabar
Dalam van tu bukan kami je, foreigner pun ada. Diorang on the way ke Kuala Lumpur katanya. They took train to save budget maybe or to be adventure sambil menghayati permandangan indah di Kedah. Haha suka hati je buat hipotesis. Disebabkan banyak persinggahan di Stesen Keretapi Hatyai dan juga travel agency, perjalan menjadi panjang. Kalau tak 3 jam dah sampai.
Untuk sampai ke tempat kami di Legacy Guesthouse Hatyai agak susah sebab pemandu tu pada awalnya kurang faham dengan arahan kami. Last last faham juga lepas bagi bahasa isyarat. Pergh mencabar lagi, korang jangan ingat bahasa isyarat senang
Alhamdulillah akhirnya sampai juga di guesthouse! Huhu!!! Pemilik guesthouse ni orang Melayu Malaysia tau. Tapi yang menjaga di reception counter bukanlah Melayu seperti yang disangka. But don't worry google translate ada. Pergh ini pun mencabar juga sebab diorang kurang faham dan fasih English. Penat pong pang pong pang cakap orang puteh, diorang reply bahasa Thai. Memang dua-dua belah pihak mengalah. Haha last resort guna google translate to nego harga tuktuk dan dobi.
Facilities semua cenggini haaa. terbaik. Satu bilik THB850 untuk satu malam untuk 3 orang. So 6 orang 2 bilik. Kami stay satu malam je. Korang kalau nak ke Hatyai, stay sini ok. Boleh search diorang di Instagram: Legacyguesthouse_hatyai atau di facebook nama yang sama. Depan guesthouse ada kedai makan orang Islam. Jangan risau Hatyai ramai Muslim. InshaAllah everything is okay dan selamat. Dobi kitorang dapat sorang THB10. Haha hebat tak hebat jugalah kami nego memasing bagi baju kotor dari Krabi Town. "Peeshao thanks alot yaaa" Heee...
Rest, solat and take a nap for a while waiting for 3 pm to Floating Market. zzzzzzzzz
Aktiviti petang, kami ke pasar terapung seperti yang dirancang. Nama pasar tu Klonghae Floating Market. Kira-kira setengah jam perjalanan. Dapat jugalah merasa naik tuktuk di pekan Hatyai ni. Seorang kena bayar THB83. So satu tuktuk pergi balik THB500. Pakcik drebar sangat sempoi dan baik gile! Sanggup tunggu kami makan berjam-jam di pasar terapung. "Kapkhunka pakcik!"
Floating Market Klonghae, Hatyai
"Apa khabar pakcik?" "Khabar baik, nak."
Sampai je kat Klonghae, nampak dah la sampan-sampan terapung si atas sungai. Memang kreatif cara diorang mencari rezeki. Di Malaysia aku tak pasti ade ke tidak pasar macam ni. Kat sini majority peniaga Muslim. So so so makanan inshaAllah dijamin halal dan bersih. Harga pun berpatutan dan murah. Memang tak menang mulut la nak mengunyap. Semuaaaaaaaaaaaa sedap! Sebab menarik punya pasal, sampai je depan sampan keluar camera tangkap gambar makanan. lol
So this is what I bought at that evening. Air buah dalam bekas tembikar, air kekal sejuk sebab tembikar sifatnya menyejukkan air. Sebab aku tengok cerita-cerita lama, orang dulu simpan air tembikar airnya sentiasa nyaman. Alamak memandai je buat andaian haha. Ok air buah ni harganya THB35.
Sebelum tidur makan malam kejap di kedai makan depan guesthouse. Overall makanan oklah, affordable. Bolehlah buat tenaga untuk tidur. Malam di Hatyai memang meriah. And Alhamdulillah we survived!
Budget for 2nd part in Hatyai:
Tuktuk THB83
Laundry THB10
Foods THB150
Souvenir THB250
TOTAL: THB493
Part 3, Aonang dan pantai akan datang ok. InshaAllah.
Peace.
0 100 gives support!!!:
Post a Comment