Terkenang aku akan kisah dahulu yang mana diri ini punya bakat terpendam. Bakat yang aku gilap dari tingkatan satu lagi. Namun jadi kenyataan pabila di tingkatan lima. Jauuuuuuuuh jaraknya untuk capai. Tapi aku gigihkan jua demi cita-cita. Membara sungguh waktu itu. Aku cuba masuk syarahan, aku cuba bertanya pada senior macam mana nak masuk pidato. Mungkin faktornya disebabkan abah aku selalu ajak tonton pertandingan pidato di tv1. Mungkinlah...
Dan kini aku sendiri tengok betapa ramainya adik-adik yang maha hebat dari aku dulu. Terasa macam teruk betul aku dulu-dulu. Langsung tak sharp dalam membidas. Aku syak aku kurang latihan la. Takpun memang tak daq bakat pun sebenaqnya. Hermmm...
Tapi tak mengapa, itu cerita dulu. Cerita yang aku boleh bagitau kat anak cucu cicit aku, "dulu-dulu nenda pernah masuk pertandingan ni... tapi malangnya menang sekali jer" Terase loser sangat. Aku pun kembali termenung kisah duka di tepi jendela.
Tak, ini bukan kisah duka pun sebenarnya yang nak aku ceritakan. Tapi ini cerita paling gembira sepanjang aku jadi komiti pertandingan. Hehe. Ditakdirkan aku jadi komiti welfare yang mane kerjanye berkaitan dengan welfare contohnya macam usher budak, bawak budak pergi klinik kalau sakit. Ye, itu yang aku pikirkan mase aku dapat tahu aku dicampakkan dalam biro ni. Sadis. Tapi rupanya, kitorang komiti ni tugasnya jaga masa persidangan dan PIC sekolah. Kau hingat sekolahnya sekadar peringkat daerah kew? Ini tahap kebangsaan boleh, nak nak ko kena jage Alam Shah. Haaaa... suke lettew. Eh
Dan ditakdirkan pula lagi, aku kena jage sekolah KISAS dengan Asrama Yayasan Selangor, Klang. Errrmm kisas aku biase dengo, tapi hat yg asrama tu macam tak pernah dengaq la kan. Takpe nanti kita berkenalan dengan adik-adik ni. Mulalah aku nak pikir ayat bile jumpe diorang ni. "Assalammualaikum muslimin muslimat, dulu akak ade adik dgn adik sedare sekolah KISAS. Kenal tak bla bla bla..." "Heyyy korang sekolah ape kat Klang?" Nampak permainan ayat di situ, kemain bagi salam kat adik-adik kisas, kat budak asrama taknak. Assobiyah.
Mulalah tugasan aku pada hari kedua petandingan, sebab hari pertama tu aku exam final so memang aku diberi pengecualian untuk jawab exam berbanding keje welfare. So yep, mula-mula lagi aku dah ke sidang 4 yang mane pada hari kedua ni, round 3 sampai 7. Jammed otak aku dengaq depa ni bercakap. pong pang pong pang. Nasib dalam BM, kalau arab mungkin aku tido dan jage pada minit ke 7.
Debat antara sekolah anjuran UIAM ni memang sangat bagus aku cakap. First sekali, budak-budak ni akan lawan 7 round preliminary. Then baru ikut ranking untuk layak ke peringkat seterusnya. Bagi aku, this competition was totally amazing bcs adik-adik ni dapat develop skill diorang sebanyak 7 round. Dahsyat kan, dengan kesannya memang sangat baiklah. Tak kisahlah ko menang or kalah berape kali, janji knowledge yang kau gain tu penting. Haa nampak ilmu tu penting ye adik-adik.
Sepanjang aku jaga sidang aku tertarik dengan sekolah MCKK dengan SMAP Kajang. MashaAllah diiiiiik MashaAllah hebat sungguh kalian berdebat, kakak rase macam best pulak. Hihihihi. Tahun depan masuk lagi please. P/S: Mohon orang yang same masuk lagi. Heh dalam diam cari adik angkat, tahu dah niat kau tuuuu...
MCKK in pink suit. Aww..
Actually semua sekolah hebat-hebat, sempatlah aku merase jaga sekolah MRSM Kuching. MRSM Tun Mustapha Tawau, Smap Labu, Smap Kajang, MCKK, Saina, STAR dan lain-lain yang aku tak ingat. Tajuk debat diorang sangat matang sampaikan yang tajuk humor pun diorang bawa dengan serius.
Apa yang pasti semua yang aku harapkan menang semua kalah. Ape la malang tekaan aku ni yek. Haha. Kisas yang aku jage dapat rank 2 pada mulanya pun tak dapat masuk quarter. Ape nak jadi? Heh. Melepas la nak jadi time keeper kat peringkat akhir. Takpalah at least ade ranking yang terbaik. Tahniah juga buat adik AYS dapat ranking ke-16. Hebat tuuuu...
Sepanjang 4 hari pertandingan, cuma satu hari je aku dapat beramah mesra dengan mereka. Nasib ade aktiviti keliling uia before diorang balik, ade la kenangan sikit ye dak? Kelakar sangat diorang ni, macam-macam karenah. Tanya itulah, inilah, nasib la kau macam adik akak, aku jawabkan aje. Haha. Dan yang paling penting, sempatlah tahu ade juga junior sekolah lame aku. I'm proud to be KASAS. ;)
Tempat paling utama untuk bergambar. Rectory building.
Adik-adik AYS yang sempoi. Btw goodluck SPM!!
Dua dari kiri tu junior KASAS di KISAS. Hebat komeee
Okay biar aku senaraikan nama sekolah yang menang final hari tu.
Kategori Arab: SMI Hidayah
English Catergory: Sekolah Alam Shah
Kategori BM: SMI Al-Islah
Bagi aku adik-adik yang petah berkata inilah yang patut kita train supaya nanti mereka lebih berfikiran optimis, matang dan tidak anti-sosial. Dan sememangnya patut sekolah hantar wakil ke pertandingan debat macam ni. Especially yang pihak universiti anjurkan. Sebagai contoh UIA. Hee... so if uia ade buat lagi tahun depan jangan lupe register okay! Google saja "Interschool Debating Championship IIUM" keluarlah segala salah silah perdebatan uia. Gittew
Akhir kata, tahniah buat semua. Tahniah buat diri ini. =)
Maka saya mohon untuk terus mencadang!
0 100 gives support!!!:
Post a Comment