"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Thursday, June 19, 2014

Recipe Spaghetti Bolognese 2 Minit

Assalammualaikum peeps

(Awas: Isi kandungan entri jauh terpesong dengan tajuk)

Setiap kali musim cuti sekolah (baca=sem break) mesti aku banyak je idea nak buat ape kalau dah sampai rumah. Siap tulis dalam diari bagai konon tak nak bagi lupe. Nak bake la, jahit la, masak la, main kucing la, end up aku tengok movie sambil baring atas carpet merah. Heh. Sangat tak effective cuti aku kali ni.

Jadinya, since kakak aku dari Sarawak pulang ke tanah tumpahnya darah kelahirannya, dia telah mnecadangkan nak masak spaghetti bolognese. Dan aku hanya mengadu nak kek coklat moist. Haha baik punye adik *peace* Eh jangan tak percaye kakak aku dah masakkan kek coklat kukus lagi hokay! Haa

Yummy!!!

Tiba-tiba Debab datang jegil nak spaghetti. anyonyonyo

Aku kalau balik rumah mesti malas nak makan. Sebab, malas nak masak. (bertuah punye anak) Lagipun parents kerja so tak balik lunch. Makanya, abah akan call tiap kali lunch hour untuk memastikan anaknya makan tengah hari. "Pergi beli lauk kat kedai kat Taman Suci tu..." Dan jawapan aku mestilah "Abah balik ke?" Yes jawapan dengan soalan balik. Sebab kalau abah balik baru aku pergi beli lauk. Kalau tak alamatnya hanya minum dan makan ape yang ade. Hahahaha mohon tak siapa tiru gaya kini nisak.

Bagi menaikkan kembali semangat kerajinan aku untuk memasak, aku telah memaksa abang aku pergi beli air jus. Ayo Jus Mempelam F&N siap. Well kampong aku moden sangat, yang ade hanye Tropicana Twisterrr. Jadilah. Sementara tunggu ayo sampei aku pun belek ape yang ade dalam freezer. Oh yeah ade daging burger. Okay sos prego pun ade. Spaghetti keras pun dah ade. Aku pun dengan yakin google recipe spaghetti bolognese. Bace penuh details bak hang.Demi memastikan masakanku saling tak tumpah dengan gambo google. Kekekeke

So here the ingredients yang perlu ada:

*Sebungkus spaghetti
*Sos Prego (aku guna yang original)
*Daging kisar (yep, tapi aku gune daging burger sebab itu je yang ade hehe)
*Carrot
*Kentang (potong dadu)
*Cabai burung (nak kasi pedas tapi tak pedas pun sebab sikit beno letaknye)

Yesss itu je bahan-bahannya. Mudahkan? Mudah gileeeee guwa cakap. So, berikut cara-cara aku masak. Cewah macam chef pulak!

*Mula-mula, panaskan minyak.
*Then masukkan daging yang dilenyek sampai masak.
*Kemudian masukkan sos Prego. Gaul punya gaul. Masukkan kentang pula sebab kentang agak lambat nak lembut.
*Last sekali campak je cabai dengan carrot dalam kuali.
*Gaul gaul gaul. Siap!
*Dalam mase yang same, rebus spaghetti so that tak buat mase banyak.

Tadaaaa, inilah hasilnya. Ohoooi ambe rase macam di awan awangan pulak sebab mempu buat makanan orang Italy (yeke?) ni. Dan siap masak haruslah kasi decorate baik punye. Letak jus orange di sisi supaya tampak mewah. Selongkar almari carik pinggan putih. Gigih kau! Well hello korang patut cube sendiri tau sebab spaghetti rupe ini kat hotel 5  bintang regenye RM 25.90. Heh! Mahei bebeno. Ntah ntah sos Prego jugak diorang gune. Hihi.




Well itu jelah recipenye. Harap berguna dan dapat digunakanlah ye. Kalau sedap bagitahu kawan, kalau tak sedap diam-diam sajo. Hehehe.

Okay la have good try! Peace.



LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad