"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, September 3, 2014

Re: Precious Result

Assalammualaikum

Pernah tak rase macam nak buat semua benda tapi hati gusar. Tak tentu hala. Semua benda macam tak kena. Tambah lagi kalau malam tu penuh dengan drama. Bukan drama=cerita. Drama di sini diklasifikasikan sebagai situasi.

Dulu aku pernah tekad nak sesuatu benda. Dan aku akan try sedaya upaya nak capai. Tapi bila dah diizinkan untuk capai, aku mula goyah. Pendirian ini rasa macam di tipu ataupun rasa macam ni "Kau nak sangat nah ambik! Nak tengok sikit mampu ke tidak hadapi semua ni" Mulalah aku berfikir nak ubah segalanya, susahnya jadi manusia kena buat decision.

Aku tengok orang lain punya kejayaan, mulalah timbul hasrat dengki. Rasa macam nak juga macam orang lain dapat. Kadang-kala aku bagi semangat kat diri ni "Kau boleh! Kalau orang biasa boleh kenape kau tak boleh?" "Tapi diorang bukan biasa-biasa" Termenung.

Hairan tengok yang lain senang lenang je tanpa usaha. Apa mereka tak tahu yang kalau tidak menanam tidak akan dapat buahnya. Kembali berfikir menantikan saat itu tiba. Aku harap ini jalan yang terbaik buat aku. Dan bukan jalan yang aku kesali nanti. Mohon doa kalian agar aku tabah.

Detik 12 tengah malam menanti. Bismillah. LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad