"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, May 15, 2013

Two Dinners in One Night

Assalammualaikum

Hampir 3 minggu yang lalu aku attended 2 dinners. Ya ini cerita yang dah lapuk dan aku cuba untuk nampakkan ia seperti baru berlaku semalam. Hey come on lah, ianya normal bagi seorang blogger yang kerja tetapnya pelajar, hanya update bila free dan ada idea saja. Macam aku!

First dinner yang aku pergi, seperti yang aku cerita last entry. Boleh check sini.

IAC (Islamic Accounting Conference). Ianya hanyalah seperti final presentation bagi setiap subjek. Jadinya kami sekelaslah yang organize nya. Setiap seorang diminta bayar RM17 after added all extra value. Kutip-kutip duit ni kerja akulah. Ceti kelas yo!  Lu tak bayar, gua blacklist nama luuuu. Hehe. Rezeki kami sekelas sangatlah murah pada hari tu. Alhamdulillah. Ada yang nak sponsor kek coklat ber-moisturizer lah, air teh limau pudina lah, dadih lah, muffin coklat cip lah, Nachos with salsa sauce pun ada kau tahu! Haaa bertapa banyaknya makanan pada hari itu. Tambah pula dengan main food, Nasi Briyani with Ayam Masak Merah @ Gulai Daging semua ntah ke mana. Kalau boleh semua nak sumbat dalam satu pinggan. Sedap sesangat bak hang


Muffin & Nachos with salsa sauce plus cheeseee you all!!


Nasi yang berani adalah Nasi Briyani. Haa gulp gulp


Moist yang biro catering buat sendiri okay. Good job guys!

Disebabkan semalamnya aku tak tidur sampai ke subuh, dan hanya tidur selepas solat. Gara-gara IAC ni selera makan gua hilang broh! Hilang satu nikmat dunia. Tapi nikmat dunia yang lain masih ada. Iaitu nikmat bergambar sambil tunjuk 'peace'. Haa. Well perempuan ke lelaki ke sama je perangai, bergambar semua nak! Siapa yang taknak tu psycho.


Le girls le forrrzz

Makanan terlampau banyak menyebabkan masa ter'drag' sampai 10 malam. Membuatkan semua orang rasa bersalah dengan Mdm Ros. Ialah dia punya family, kita apa ada. Haa kan. Jadinya, kami agak rush juga nak perabiskan majlis tu. After dah tutp majlis semua, sambung makan balik. Barulah selera nak maaaii. Baru gua gumbira! Muffin chocolate chips gua ambil dua, dadih gua rembat dua, cuma nachos ja gua tak sempat nak ambil, tuan sponsor dah ambil simpan bawa masuk kereta. Hehe.

Totally malam tu semua pakat letih. Pandai organize pandailah kemas semula ye dak. Akan tetapi aku ada satu lagi dinner, maka aku pepandai la lari kan diri dari situ ke sana. Eh sebagai ceti terhormat aku kemas dulu before blah, baru orang tak caci maki kan. Haha tapi hanya stay for 15 minit jelah. Maaf tak tolong banyak geng!

2nd dinner PGG (Personal Growth Group Club), pukul 9.30 patutnya. Dengan berblazer bagai, 10.30 baru nak datang. Dah macam lawyer baru balik court je. Muka sememeh. Makanan pula, jangan haraplah nak tinggalkan untuk kau kalau datang lewat sejam kan. Yang hanya ada air sirap oren dan doorgift yang tak seberapa gempak macam orang lain. Dengar cerita, main foodnya Nasi Tomato. Arrghh! Redha jelah nak buat macam mana. Nasib baik, duit bayaran dinner ni dapat claim semula. But then I'm happy again!

Mata tercari-cari, manalah group aku ni semua. Tak daq ka. Dengan muka blur, tiba-tiba aku nampka kelibat seorang perempuan bertudung biru baju merah. Kemain lagi bergaya. Rupanya kawan aku boh! I'm glad to see you Yunte. I'm excited! Eceyyy macam baru jejak kasih padahal baru je lepas jumpa. Bila makanan tak ada, hanya bertemankan Yunte dan segelas air. Maka Yunte keluarkan barang hikmat dia dan Pija dengan bendalah yang berat lagi canggih. Tadaaa


Apa yang cuba buat tu, mata kuyu habis nak tiru Kpop sepet ke apa haaa


Again perempuan kan. =D


LIKE it? Thanks for reading this entry.

1 100 gives support!!!:

eyriqazz said...

Nasi biryani nampak menggiurkan...nyam2

copyright@khainisa.ahmad