"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Thursday, May 16, 2013

Cerita Pasal Cikgu

Assalammualaikum


Kelmarin hari ibu, hari ini hari guru. Untung cikgu-cikgu perempuan yang sudah kahwin, di sambut dua kali. Macam mak saya! Di rumah dialah mak, di sekolah dia juga guru untuk anak-anak orang lain. Aku rasa gembira sebab mak aku buat dua kerja dalam satu masa. Mak hebat! Mak kuat! Mak cantik! Ehhh puji lelebih ada niat lain ke? =P


Mak suka lettew murid dia puji dia shantek. Ihik.


Kalau dulu, aku ditengking cikgu tadika sebab sembang ketika baca doa makan. Katanya aku tidak beradab. Dan aku masih ingat lagi ketika itu, aku baru saja berumur 5 tahun. Jadinya aku akur dan terus mogok tak nak makan pagi. Cikgu datang pujuk. Tapi aku buat tak heran. Yelah malulah gua broh kena marah depan rakan-rakan sekelas. Hehe. Bukan apa, sebenarnya aku terkejut sebab cikgu tiba-tiba jadi garang, sebelum ni cikgu baik je dengan aku. Sampaikan bila mana cikgu tanya "Siapa disini mahu pindah dari tadika ini angkat tangan". Kemudian aku dengan pantasnya mengangkat tangan dan buat muka tak bersalah. Namun aku tahu cikgu mesti menyesalkan tak daq saya nanti. Kan kan kan... =D

Biarpun cikgu mungkin tidak mengenali saya lagi tapi saya ingat muka cikgu lagi teehee, saya pasti ada benarnya cikgu marah saya ketika itu. Dengan memarahi saya itulah yang telah mengajar saya cara beradab. Terima kasih cikgu!

Sama juga kisahnya di sekolah rendah. Sejak dari sekolah lagi, aku sudah dikenali. Glamour kan aku kecik kecik dulu. Glamour dengan ketinggian luar biasa. Bolehlah aku katakan darjah 1 dah macam darjah 3. Haaa boleh imagine tak, betapa luar biasanya ketinggian ketika itu. Sebab tulah, kawan-kawan aku panggil aku KLCC. Ceit! Memang kena kejar dengan batang penyapu la kau siapa berani sakat aku! Gengster seyh. Tapi tu dulu, sekarang dah ayu sopan baik pendiam kut! Hahahahahhaktuuih.

Yang paling aku suka ketika sekolah rendah kelas muzik. Aku suka gila sebab boleh belajar main rekoder, apa tu yang ketuk ketuk guna kayu ntah aku pun dah lupa apa namanya, drum, base, angklung, dan macam-macamlah. Dan yang paling best sekali, gua jadi drum major kot! Jangan main-main, darjah 5 jadi conductor pancaragam yang rata-ratanya terdiri dari budak-budak darjah 6. Hengkau hado? Kehkeh. Cikgu kelas muzik aku sangat sayang kat akulah senang cerita. Cewah! Sebab tu la kot dia bagi nama anak di Nisa juga. Terima kasih cikgu sebab sayang saya lebih. Eh

Kalau nak ikutkan banyak sangat cikgu-cikgu sekolah rendah aku mengajar aku. Mengajar bagaimana mahu melangkah ke hadapan. Mengajar aku nilai-nilai kepimpinan meskipun aku hanya jadi pengawas untuk satu tahun saja. Darjah 6 baru dilantik, itupun serkap jarang je cikgu ambil aku. Malah mengajar aku untuk jadi seorang yang berbakat besar dalam mengetuai sesuatu. Terima kasih sekali lagi cikgu!

Cerita sekolah menengah lain pula ceritanya. Pakai baju putih kain biru laut. Terasa sangat asinglah pada awalnya. Namun ku cuba yang terbaik sebab aku sudah berada di sekolah terbaik daerah. Haaa gitu. So kenalah bersemangat waja. Betul tak? *wink wink* Cara pendekatan cikgu-cikgu sekolah menengah juga lain. Disebabkan kami agak besar dan cikgu-cikgu juga besar, jadinya kita harus matured juga. Wow sound like you're big enough okay!

Cikgu-cikgu kat sek.men mereka banyak memberikan kata-kata motivasi. Especially kelas Bahasa Melayu. Ialah, BM adalah paling senang sekali nak faham pepatahnya. Kalau English tu aku agak lampi (lambat pick-up) sikit nak faham. Kau cakap banyak kali pun, aku buat dek jek. Harapanlah nak tunggu aku angguk paham. Ini kalau dengan kawanlah, kalau dengan guru aku akan cakap "Yesssss, understood teacher..." Maaf cikgu kadang-kala saya kena jugalah berkata begitu meskipun tak faham sebenarnya. Orang tua-tua cakap, kita jaga hati. Ye dak? Hehe alasan.

As I said just now, I'm too weak in English. Totally bad lah! Until my teacher show her frustrated to me. And I felt so sorry teacher. Even I entered the choral speaking competition pun still not recovered my bad in english. But dont worry teachersss, today I can speak English fluently in front of a number of student kot teacher. Hehe. Look at my sentences now la teacher. I wrote in English you know! Now I know what the reasons you push me for this. I feel in love English right now teacher. Cewah! Again teacher thank you for your sacrifices to me.

Today last class in semester 1, 2nd year. Yeaaaaay!! Happy. But final exam is coming soon. Arrrgggghh (scream lah kau tak daq sapa nak mai tolong hang) Di sekolah dulu, hari guru di sambut meriah, tapiii bila universiti jauh berbeda! Umpama bagai langit dan bumi, bagai anjing dengan kucing, bagai kau dan aku. Eh

Berbezalah senang kata. Mungkin sebab panggilan itu yang menyebabkan adanya jurang antara students dengan lecturers. Tapi tujuan mereka tetap sama. Mengajar dan memberi ilmu yang berguna. Jadinya kita haruslah mengekalkan apa yang telah kita diajar di sekolah dulu dan praktiskan di universiti. Barulah senang nak dapat Dean's List. Ceeeey

Bagi akulah kan, tak kiralah cara mengajarnya agak membosankan sampai membuatkan kita tertidur di dalam kelas, ataupun kau pot pet pot pet dalam kelas tak dengaq pun dia cakap apa. Kita tetap kena hormat mereka. Dengar teguran mereka. Malah lebih afdhal lagi kita cakap kepada mereka terima kasih prof dan ucapkan Selamat Hari Pensyarah di hari terakhir ini! Cemtu lah murid yang baik. Gituuuuuu



Buat semua cikgu, pensyarah, rakan-rakan yang belajar sesama dan mak abah saya

TERIMA KASIH SEMUA


LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad