"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Sunday, February 12, 2012

Official in IIUM | 2nd edition

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokaaaatuh !

UIA yang aku cintai !! Hehe.


Hey, hey, hey.... semuaa!!! Hari ini saya bersemangat macam nak lompat je. Ok fine ! Ko hari-hari semangat tambah lagi bab makanan. Kahkah. Ok, tabiat itu sudah berkurang kut. Hmmm, 30% jelah boleh percaya. Hehe.

Mulai sekarang aku sudah menanam azam aku nak jadi ahli sukan. Ahli sukan yang badan berotot-otot. Haha. Bukan lagi netball mahupun football ataupun basketball yang tidak pernah aku masuk pun. Tapi, aku mahu jadi player volleyball. Percaya atau tidak. Its up to you ollssss. Hehe. Seriously tanpa diduga aku terus dapat masuk team volleyball ni. Yelah, masa tu aku tengah bosan so aku keluarlah jalan-jalan tarik nafas dalam-dalam. Berpakaian sukan sambil dengar MP3. Pakai topi macam panas sangat. Kemudian terperasan ade member tengah tampar-tampar bola. Alang-alang dah berpakaian sukan join jelah. Tanpa segan silu join main tampar-tampar dengan diorang. Coooool kut! Tampar orang memang best. HAHA. Lantas, mereka nampak akan kesungguhan aku dalam bermain so, diorang pun tanpa ragu-ragu pilih aku sebagai teammates!

YO!!! Aku dapat wakil team ni kut. Tanpa dirancang. Cewah!!! Actually, aku patut masuk hoki. Tapi.......kakakssss (plural) kat sini tak turun pulak main. Aku kalau bab sukan ni memang nak join. Tak boleh kalau tak turut serta. Mesti, wajib dalam hidup aku. Barulah boleh digelar pelajar berminda cerdas cergas bergas kan !!! Tapi sayang, 2 kali aku terskip training. Mbahahahahaha. ( Gelak berterabur gigi )

Ohh yeah, lepas je kitorang Taaruf Week hari tu kami terus pergi jalan-jalan sekitar UIA ni dulu. Yelah, biaq jalan dalam dulu kita geledah baru laa jalan-jalan kat luar sana pula. Ye dak? Walking here made me tired and loose every skrew in my leg. HAHA. Letih sangat-sangat-sangat weh. Kalau korang nak jalan sini mesti kena bawa peta kalau tidak mau sesat tak tau jalan keluar.

Keesokan harinya, cadang nak merayap pergi Mahallah Aminah ikut jalan shortcut habis, rupanya ada laaa sorang kawan yang 'baik hati gile' bawak ikut jalannnn yang memang pendek habis. Tensyen gile weh !!! Mengamuk kawan aku yang sorang lagi ni haaa. Lalu Female Sport Complex kau tahu. Rupanya motip dia ikut jalan jauh tu sebab nak tunjuk dia training Karate Do kat situ. Ceeeiit! Patah seribu hati aku. Kehkeh. Ok fine !

Mahallah Aminah yang terbaik kat situ ialah kafe dia. Memang nampak laa kafe dia 'hidup'. Kalau nak di bandingkan dengan mahallah aku yang bersebelahan dengan mahallah brothers. Hmmmmmmmm...bunyi burung berkicauan bak buluh perindu je dengar. Haha terlebih sudah! Oppppsss tapi itu dulu laa waktu awal-awal masuk sekarang dengan adanya kehadiran aku dan roomate aku mai selalu ke cafe ni jadi ceria laaa dowh!!! Mbahahahaha. Padahal bilik aku tak dapat internet. Sabor jelah~

Kami jalan...jalan punya jalan, akhirnya surrender jugak. Yelah mana taknye, penat berjalan sampai tak payah nak masuk lumba lari pass baton ke whatever sekali pun tetap akan kurus kalau dah tiap hari berjalan. Makan banyak tak guna jugak. Ngehngeh. Akhirnya kami pulang dari mahallah Aminah tu menaiki teksi yang tambangnya 3.60 ringgit Malaysia. Dalam kampus pun dah berringgit. Mahal-mahal ! Abah nak MOTOR kak wan !!!! Kehkeh.

Walaupun mahallah aku dengan mahallah sisterssss yang lain jauh. Tapi itulah keunikan UIA sebab dapat ronda-ronda kampus ni dengan ohsem and ceria gile. Haha. Ohsem kut ! Kau ade??? Mbabhahahahaha. ( Gelak sampai nampak gusi ) Alhamdulillah laa mahallah aku dekat dengan kuliyyah. Yehaaaaaa ! Tak payah susah nak struggle bangun pagi-pagi awal. Maksud aku get ready awal-awal. Hehe. At least lagi, 5 minit nak ke kelas kire okay laa tu nak take time ke kelas.

Next entry, aku cerita mengenai makanan-makanan yang menarik di sini. OK ! Penat sudah mengarang ayat yang entah paper. Sori laaa, I'm not a good story teller. ;)))))




p/s : Menyesal aku ambil kelas pagi-pagi buta. Ohhhhh tidaaakkk!!! 8.30 pagi adalah waktu yang sangaaattt cooll dan mungkin zzzzzz. Hmmmmm...

Doakanlah aku berjaya di sini. InshaAllah.





LIKE it? Thanks for reading this entry.

2 100 gives support!!!:

Sue . said...

female sports complex dy sy0k !! siap ada swimming pool lagi . . . taknak belajar brenang ke ???? HAHA nih bila nak tunjuk baju taaruf nih ?? =='

khainisa said...

@cappuccino hehehehe, mmg la best sport complex tu. alaah, x payah msk club swimming pn x pe. mandi jek. baju taaruf ek... kehkeh. bru perasan x tgkap gmbar.

copyright@khainisa.ahmad