"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, December 14, 2011

Puisi buat S.A.H.A.B.A.T

Assalammualaikum.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabatnya. Bersyukur kepada Allah kerana aku diberi peluang masa untuk menaip belog kesayangan ni.



Duhai sahabat,
Jangan cepat melatah,
Jangan cepat menuduh,
Takut nanti termakan diri sendiri.

Terlajak perahu boleh berundur,
Terlajak kata buruk padahnya.

Kita bukan Tuhan nak menilai sesuatu,
Tapi kita hamba-Nya,
Selalulah beringat kepada-Nya juga,
Jangan cepat menilai sesuatu,
Yang kita sendiri tidak hukumnya.

Sahabat,
Andai dirimu sendiri lemah,
Punyai kelemahan,
Berubahlah ke arah yang membuat kekuatan.

Andai dirimu sendiri lakukan yang buruk,
Jangan cepat membidas perkara yang kamu sendiri tidak tahu kesahihannya.

Aku bukanlah bijak,
Tapi aku cuba jadi seorang bijak pandai,
Aku bukanlah alim ulama',
Yang boleh menyifatkan kamu itu apa mahupun siapa,
Tapi aku hanyalah sahabat yang inginkan sahabatnya...
Mengetahui perkara yang sebenar.

Duhai sahabat,
Ingatlah!
Kamu hamba Allah,
Hamba yang kerdil lagi hina,
Mintalah keampunan dari yang Maha Pengasih,
Kerana Allah jualah kita kembali.




P/S: Sekadar renungan buat sahabat yang tidak menyedari kesalahannya. Aku hanya sahabatmu.


Manusia cuba untuk jimat WANG, namun tidak pernah untuk jimat MASA!!!
Fikir-fikirkanlah dan selamat bermuhasabah diri. 


LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad