"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, August 26, 2011

No more card Raya

Assalammualaikum.

kad raya yang semakin pupus.

Tahun ini tiada istilah kad raya bagi aku. Kalau dulu mesti bersaing dengan kakak atau adik aku. Abang aku tak payah join pun tak ape. Haha. Korang semua? Jangan cakap masa itu korang dah hantar kad raya just guna phone. Tipu! Mesti sama macam aku kan. Sep,sep kita serupa tapi BERBEZA.

Tapi itu dulu, sekarang dah semakin advance. Kalau boleh semua nak advance, maju ke hadapanlah katakan. Now, just play-play text message, received and then forward message yang same. Takpun, edit sikit-sikit then taip, nama kita yang message. Betul tak? Alaa dah common kut. Aku pun kadang-kadang buat perkara yang sama untuk parents aku. Mereka pun nak merasa juga ke hadapan. So, akulah tukang mangsa membalas message 'sahabat-sahabat' mereka. Cewah! Haha.

Kadang-kala rasa macam nak kumpul pula kad raya semula. Kawan-kawan lama pos kad-kad raya. Banyaaaaak!! So suuwwweeett! Sometimes not enough time to read. Ceit! Auta semata-mata. Berebut nak ambil dari posman, kunun-kunun kad kitalah kan. Padahal kad raya jek. Tahu tak itu bukan untuk aku mahupun kakak aku. Rupanya untuk mak or abah aku. Aiiissshh, deme pula dapat. Tahu tak erti letih termenung tunggu posman. Haha. Serius tak berbaloi menunggu. Tapi itu dulu. Tinggal kenangan saja. LOL.


Bagi aku kad raya tu just nak menunjukkan yang membersss kita ingat pada kita. At least diorang sudi nak bagi. Betul tak? Diorang tak minta dibalas pun. Semua itu ikhlas. Kan,kan...Yeke? HAHA. Cuba tanya aku. Dulu, setiap kali aku pos kad raya mesti ada ayat 'please see' kat bottom card. 

"pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas"

takpun, ayat macam ni...

"pen merah pen biru, you marah I love you"

okey,tengkorak pun pandai buat LOVE


Okey, ini tiada kaitan. Musykil aku pantun yang kedua tu. Haha. Macam sengal je kan?? Tapi, paling tak boleh bla "....lepas baca harap balas." Nampak sangat tak ikhlas woii. Macam ape jek. Nak kumpul kad raya laa katakan. Thats why kena bagi arahan kat orang yang kita pos supaya dia reply balik pada kita. Haha. Standardlah budak-budak era 2000. Tapi tetap aku kalah dengan kakak aku, yang kononnya ramai kawan! Ntah-ntah dia pun bagi warning kat membersss dia tu. Haha. Okey, think positive! Kawan-kawan dia baik. Memberss aku?? Off course baik. Doakan aku setiap kali habis doa mungkin. Alhamdulillah. ;)

Oh ooo, apakata kita mulakan kembali zaman pos-pos kad raya. Baru meriah. Terasa kehangatan hari raya. Kalau tunggu message, jawabnya malam raya baru nak mula rasa raya. Kad raya, seminggu awal. Okey, ikutkan pengiraan minggu ni patut aku dapat kad. Haha. Tapi...siapalah aku. Jom, jom pakat beli kad raya. Kesian kilang yang produce kad raya sebab demand dah semakin kurang. Or in Economics law, when demand decrease, supply will be increase. Ceyy, mentang-mentang belajar economics. Okey, niat nak share ilmu saja. Tak minta bagi kad raya pun. HAHA.


Semoga dapat malam Lailatul qadar semua. InsyaAllah.
LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad