"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, August 22, 2011

Yakin saja

Assalammualaikum

jadilah macam penguin ni sentiasa yakin. yeke?


Pernah tak korang terfikir nak bercakap depan khalayak ramai dengan penuh konfiden? Aku rasa aku sendiri pun tak pernah terfikir sebegitu. Tapi, disebabkan aku nak juga mencuba nasib yang tak tahu lucky or not. Ok, fine. Aku buat juga. Degil. Haha. But its really work. I got a lot of best experience during the situation.


Last two days, we (aku dengan kawan-kawan aku la) went to main campus for cfs la at Petaling Jaya. So far so good. Everything is going smooth and maybe enjoy. (sikitlah) Haha. Sebab,pertama hari pertama, Jumaat makanan tak disediakan. So, tak best. Nak free!!! Haha. Tapi, selepas hari Jumaat terus diberikan makanan berbuka dengan percuma. Yahooo!! Ok, aku suka part itu. Dua hari berturut-turut tu.


Yang paling menariknya, dapat stay kat level 8 (menarik kah?), then sahur dengan santapan McD. Ok ini memang dan sangatlah menarik sebab pagi-pagi buta order McD tapi tak tahu menu apa yang ada pada restoran tu. Menu semua aku serahkan pada junior aku. Haha. Aku kan jarang ke McD. Wow, jangan kata kau baik! Kemudian, jalan diwaktu subuh yang sangatlah indah. Tatkala semua orang tidur. Cewah!


Santap sentap McD





Bulan Ramadhan ni kena tahan nafsu makan




Siang tak makan. Puasalah. Tapi masih teruskan membawa diri untuk pergi bersidang. Menggagahkan usul yang bakal kami bentangkan. Cey, bunyi macam aku seorang lawyer yang membawa kes yang berat untuk menang. Haha. Berangan jelah nak jadi peguam. Cakap pun gagap. Gagagaga. Aku memang tak pakar dalam selok belok kat campus Pj tu. Banyak benor bloknya. Pelbagai! Pening. Haha. Nasib baik ada peneman bilik aku kat sana sebagai petunjuk jalan. Ok, nama dia Tina dan aku baru tahu dia belog. Dan just kami berdua saja senioooorrr yang hebat pergi league ni. Cey, nak gelak. HAHA.


Ouhh, aku ada kumpulan baru lah. Aku di'golongkan' dengan mereka-mereka yang advance. Wah gitu! Diva-diva debatlah katakan. Mereka ni sangat best, even aku baru kenal tak sampai sehari. Walaupun pendapat aku tak dilayan. Okey, agak simpati pada aku di situ. Tapi aku tak kesah. Haha. Aku pun masih baru dalam arena umpama di parlimen ni. Cewah! So, memang aku layak diam sahaja. Ok, tak touching pun. Hehe.


Kalau debat je mesti budak Law kan. Itu suatu yang sangat similar la. Maksud aku familiar la.. Haha. Pernah aku minta Law tapi bukan rezeki aku. Masa itu perasan bagus lagi. HAHA. Okey, pertama kali kami bersidang kalah. Yelah, seperti yang aku cakap tadi aku tak DIVA mana pun dalam berbicara bermadah-madah ni. But then, we won for 2 session. Yihaaa! Alhamdulillah. At least, we did the improvement. Selepas itu, kami masuk quarter final. Ingatkan dah kalah masa kumpulan dan takkan masuk quarter, tapi masuk juga. Niat baru nak pulang awal ke Nilai sebab banyak perkara kena buat. Presentation Econs+quiz comp+quiz math= GILA!!. Dan menyebabkan aku ambil keputusan tak tidur malam semata-mata semua ni dan akhirnya ia berhasil. Syukur. 


Okey, sambung balik. Gaya memang nak ambil perhatian saja. Aku memang nak korang baca apa yang aku tulis pun. Hehe. Kemudian, kami menentang kumpulan kuih bangkit (group Tina) lagi selepas kalah dengan mereka masa dalam kumpulan. Tetapi, kami berjaya merampas balik akhirnya dengan adanya junior baru yang advance ganti rakan kami di perwakilan kerajaan. Ok, nama group aku, kuih kacang. Sepatutnya kueh tiaw, tapi di reject. HAHA. Senior Gombak cakap itu bukan kuih. So, tukarlah. 


Tanpa diduga,masuklah kami ke separuh akhir dimana menentang kumpulan yang lagi super diva. Memang tahu kalah before umum lagi keputusannya. Haha. Kami menggalas usul 'PRU 13 perlu diadakan segera'. Aku akui bab politik memang aku tak pandang sangat. Tapi, kalau nak menjadi pendebat ni kenalah baca BANYAK lagi. Hehe. 


Anyway, aku memang seronok tahap tak ingat sebab ini pertama kali aku masuk liga debat. Dan, tak pernah aku sangka yang aku bakal kalah di separuh akhir. Before final tu. Okey arr. Haha. Harap, dapat masuk lagilah. Kan blogger Tina...??? Hehe. So, THANK YOU so much to my teammates, Azmi; dentisry student 2nd year macam aku juga and Darwis junior Sc Bio yang advance juga. Pengganti advace berkaliber, Aidid budak dentistry juga. Aku saja budak course tak glemer. Eeee-cons jek. TETAPI, Saya tetap bangga jadi student Econs! Hoy hoy.


teammates yang super dupa diva. 

penonton yang sangat prihatin. HAHA.





Pss, sampai presentation Econs aku tadi cakap pun gaya debat. Padah banyak cakap. Hehe.
Okey fine, nak buat assignment Account. 





LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad