"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, July 25, 2011

Tiada lagi panggilan opah

Assalammualaikum. 


Segala puji bagi Allah tuhan yang menghidupkan dan mematikan hamba-hambanya. Al-fatihah untuk opah. Semoga arwah dicucuri rahmat oleh sang pencipta alam, Allah s.w.t. Ditempatkan dikalangan ummat Nabi Muhammad yang soleh. Para syuhada' dan anbiya'. InsyaAllah.

Semalam pada jam 2.20 petang Allah telah menjemput opah aku ke alam lain. Satu-satunya opah yang aku ada tatkala aku berumur sembilan belas tahun ini. Sayu je bila aku teringat balik kat opah aku. Speechless. 

Aku terkilan sebab tak sempat nak jumpa opah minggu lepas. Rugi sangaaattt. Alang-alang dah lalu jalan kampung memang patut aku singgah. Dah lama kut aku tak jumpa opah. Tapi kenapa ye...aku tak singgah rumah opah last week??? Kenapa??? Sesal tak guna dah. Semua dah berlalu. Pening.

Semalam, tengah study Accounting 2 sebab ada mid term besoknya...tiba-tiba abah call. Suara abah lain. Lain sangat. Abah tanya..." Kamu kat mane ni?" Dorm laa, kenape? "Tsk..tsk..opah dah meninggal tadi." HAH?? Innalillahhiwainnailaihirojiun. Memang terkedu aku dengar apa yang abah aku cakap, then phone terus terputus. Ok,aku tahu abah tak sanggup nak terus cakap kat aku. Aku bagai tersentap sekejap, terus tak study aku. Tapi, aku reda...
 
Bulan Ramadhan hampir tiba. Raya pula menyusul. Nanti tiada lagi istilah buka puasa dengan opah. Raya pun bukan lagi raya dengan opah. Nanti kampung sunyi sepi. Tiada kegembiraan. Mungkin ada, tapi sikit. Mungkin jugak tiada lagi istilah balik rumah opah, lepas ni balik kampung saje. Sedih. Tapi, aku reda...

Opah seorang yang sangat perisau. Risau sangat. Sampai...baru aku start enjin motor, mesti dia laung..." Nak ke mana tu cu... " Dulu, hampir-hampir aku fed up dengan opah sebab asyik risau jek. Tak minum air pun risau. Tapi aku tahu, opah sayang kat cucu-cucu dia.

Sepanjang hari semalam, bila terfikirkan opah mesti mata rasa panas. Terkilan sebab tak dapat balik rumah opah. Sangaat sedih, tapi aku reda...Ya, aku pasti ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Yang hidup pasti akan mati. Yang mati pasti kekal disana. Ajal dan maut Allah saja yang tahu bila. Bersabarlah hati.

Aku tahu, opah memang tiada. Opah tak boleh nak baca ape yang aku taip. Tapi, aku percaya opah tahu isi hati aku. InsyaAllah. Tak sempat kita bertemu di dunia, kita bertemu di SYURGA AGUNG ye Opah...

Kini, tiada lagi laungan dari opah. Tiada lagi suara sayu dari opah. Tiada lagi wajah tua opah. Tiada lagi ciuman salam dari opah. Tiada lagi suapan makan minum untuk opah. Tiada lagi ucapan "Balik dulu Opah!! Assalammualaikum" untuk opah. Tiada lagi panggilan OPAH untuk opah. 

Tapi kini, opah yang ucapkan " Pergi dulu cucu-cucu opah, Assalammualaikum! "

LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad