"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, July 8, 2011

Pengalaman mencabar

Assalammualaikum you ollsss.

Setiap hari sabtu dan ahad aku mesti keluar KL. Sebab ape? Nanti,suatu hari nanti aku akan explain. HAHA. Sekarang ni, bukan masanya kut. Okey, then aku ke sana macam biasalah mestilah dengan geng-geng sangat HEBAT! Takkannya laa aku nak pergi sorang-sorang. Bahaya!

Dipendekkan cerite laa senang skit. Semalam, aku baru je sampai kat tempat aku selalu hang-out dengan geng-geng hebat. Tiba-tiba ada laa sorang member aku juga tanya.."Weh ko reti drive x?" Erkk..jantung aku dup dap dup dap..sebab cuak nak drive. Padahal,nak pernah practice bawa kereta mak. Hehe. Hermmm aku pun cakap la. "Boleh jek. Tapi still cuak dowh..." Tak pe lah. Boleh punye... Dengan semangat dan dorongan member-member aku pun setuju la nak drive. Then, aku tanye mane kereta ko?Tue.... (jari telunjuk menunjukkan ke arah kereta Toyota Innova) Maakkk aiii...besaqnya kereta! Okey, I'll do the best.

Start engine. Reverse. Tapi, tak dapat agak lagi macam mana nak reverse. Gagaga. Nasib baik, aku buat muka yakin jek. Akhirnya, mulah pemanduan aku ke Sg Buloh. Bapak jauuhhh rumah member aku tu. Okey fine. Buat muka yakin lagi. Drive,drive and so on. Hatiku mula berbicara, tak pernah-pernah aku drive macam orang drift. Haha. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga destinasi. Walaupun, tak berapa nak pro sangatlah drive. At least, aku mencuba drive kereta MPV. Hehe. Yelah, persediaan untuk bawa kereta besar lepas ni. Yeaaaahhh!!! InsyaAllah.

Dan, kereta tu pun berehat laa di bawah porch rumah member aku tu. So, macam mana aku nak balik ni???? Okey, dia suruh aku bawak motor dia balik ke tempat aku hang-out. APA??? Drive motor pulak...Giiilleee. Tak pernah aku drift motor kat kawasan highway. Last-last terpakse jugaklah bawa. Aku jadik penunggang, member aku lagi sorang Anis as a 'pembonceng'. Haha. Tak dapat aku bayangkan macam manalah seorang budak perempuan berbaju kurung menunggan motorsikal dengan kelajuan 100km/hours. Peerrrrggghhh dah macam merempit pula aku ni. Tapi, ini serious aku tak tipuu. Hehe.

Tengah syiiookk ride motor ni, tengok-tengok lampu merah. Okey, takpe... Hijau. Aiikk, apsal tak bleh nak jalan.Ya Allah, enjin mati pulak. Malu gilaa.. nasib baik pakai helmet yang ada tutup kat depan. Haha. Kalau tak, memang aku buat-buat nangis. Hehe. So childish...chill laa der!!! Aku cepat-cepat start enjin, then buat muka selamber tunggang motor.Tapi,one of yang paling tak boleh blah nye...member aku yang ride motor satu lagi bawak laju, aku pun laaaajjjuuuuu jugak. Haha. Terbang-terbang baju aku. Okey, jangan bayangkan seorang anak gadis (cewah!) ayu berbaju kurung rempit. Tolonglah... Hehe ;)

Anyway,kami semua akhirnya sampai jua. Alhamdulillah, tak daq apa yang terjadi. Semuanya Allah protect kami. Thanks to Allah. Tak sangka aku bawak motor kat highway yang penuh dengan kereta besaq-besaq. Giiilleee!!! Tak terfikir dek akal aku. Haha. Okey dah, letih mengantuk. Tidur. Besok nak merantau ke negeri seberang. Gagaga.
LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad