"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, June 1, 2011

Cerita berkaitan telefon yang menakutkan

Assalammualaikum you ollssss.

Amaran: Kisah ini belum pernah aku ceritakan kecuali kepada family aku.



Pada suatu hari yang agak hening. Sekitar jam 2 hingga 3 petang. Cuaca hampir nak hujan. Aku stay dalam bilik sebab aku malas nak tengok tv. Tiba-tiba satu panggilan dari telefon rumah aku. 

Kriiiinngg!! Kriiinnggg!! Kriiinnngg!!

Berlari aku nak angkat telefon sebab aku fikir abah aku yang call. Kemudian...

Aku yang innocent (AYI) : Hello...
OTA : Ye, hellooo...(bunyi suara macam batuk la)
AYI : Siape ni...?? 
OTA : Tak kenai ke??...
AYI : Sape pulak aiiihh...(Jenuh memikirkan suara sape la ni)
OTA : Lupe dah ke...ce ingat balik.
AYI : Errrrmmm...Yob ke?? Abg Daud??... 
OTA : Laaa yob laa. Kamu ni...hehe (gelak pulak sambil tarik nafas bercampur hingus. HAHA)
AYI : Uhhhh yob, ingatkan sape. 

Aku pun bodoh layan jelah. Sebab yob tu panggilan abang aku. 

OTA : Kamu buat ape tu...???
AYI : Tak de buat ape-ape. Dok dalam bilik tengok cerite Korea. Hehehe. 
OTA : Ohhh cerite Korea yang bukan-bukan tu ye. Suke nengoknye ek..
AYI : Ishh...mane ade bukan-bukan. Kamu ni kenape tetibe telepon? Nak cakap dengan mak ke...
OTA : Mak mane?...
AYI : Mak pergi sekolah laa...adehh~ Weyh, yob kamu bukan ke ade exam. Pegilah study. Ish,ish,ish...
OTA : Yob, baru bangun tido ni. Tu tadi termimpi kamu. Terkejut yob. (tarik nafas lagi yang bercampur hinguss...)

Euuuuwwww...aku dah hampir musykil.

AYI : HAH???!!!!! Gileee~
OTA : Laaa betul laa ni. Yob mimpi kamu goda yob.

Ahhhh sudah! SAH, bukan yob yang aku kenal.

AYI : Weyhhh yob, kamu ni sedor ke tak sedor hah?? Cakap merepek-repek. GILE!!!!
OTA : Batui ni... mari sini meyh, dok sebelah yob. Buat balik cara kamu goda yob tadi.
AYI : BODOH KE KAMU NI YOB???? MEREPEK!!!
OTA : Apenye...( tarik nafas lagi...)

GELI laaa bodoh! Aku time tu dah tersangatlah musykil. Terus aku letak gagang telefon. Aku pergi pintu rumah aku. Nak pastikan pintu rumah berkunci. Sliding door tutup. Tingkap tutup. Arrrrggghhhh gile!!! Rasa nak menangis je sebab masih lagi terkejut dengan panggilan tadi.




Tiba-tiba, telefon berbunyi lagi. Aku diam. Kaku. Masuk bilik. Terus call abah. 

AYI : Helloo, abah...(suara tahan nangis ni)
Abah : Haa kenape kamu?
AYI : Abah, ada tak yob telefon tadi?
Abah : Abah baru telefon dia. 
AYI : Tadi, yob telefon rumah. Pastu dia cakap yang bukan-bukan. Merepek gileeee... 
Abah : HAH??? 



See, abah aku pun kaget.

Abah : Dia cakap ape?
AYI : Merepek-repek la. Macam-macam. Takut orang. Abah, try call yob. Tanya dia ade call rumah tak tadi. Pastu nanti abah call orang.
Abah : Tadi abah call rumah tak angkat.
AYI : Bile? Orang tak nak angkat. Abah, jangan telefon rumah, terus je call h/p orang. Senang.
Abah : Jap, abah call yob.



Sepuluh minit kemudian;

Abah : Dah call yob, dia tengah dalam lecture. Ada presentation. Tak ade pulak dia call rumah.
AYI : Waaaa orang takut. HukHukHuk ( Menangis aku...)
Abah : Dah, kunci pintu... bawa le mengaji ke, solat ke.
AYI : Haaa yelah.



Kemudian, yob aku yang sebenar call. Aku pun ceritalah seperti mana kisah kat atas ni.

Yob : Suara orang macam mana?
AYI : Serak-serak. Orang tanyalah "Apsal suara kamu serak?" Pastu dia balas " Baru bangun tido". Weyhhh kamu tak tido kan tadi. Kamu dalam lecture kan???

Soal aku bertube-tubi demi kepastian.

Yob : Tak adelah, yob dalam lecture. Ada presentation. 
AYI : Okeylah kalau macam tu. Orang takut...
Yob : Sudah lepas ni, jangan layan panggilan yang bukan-bukan. 
AYI : Ye...

Then, aku terus ambil wuduk. Aku baca Al-quran buat tenang jiwa. Segala doa aku baca. Memang berkat hari tu, sebab hujan. Alhamdulillah. Aku harap orang tersebut bawa-bawa le bertaubat.

After that, aku terus jadi penyenyap. Cewah! Sekejap jelah. Bukan lagi culture shock dah. Ini sudah terlebih shock!!! Lepas tu, memang aku sumpah-sumpah orang yang call aku tu. BODOH! Hye...sabor jelah~

Astaghfirullah halazim. Aku percaya itu bukan abang aku!


p/s : OTA>>>> Orang Tak daq Akal a.k.a pikir laa sendiri!

*******

Ohh ye, korang semua. Actually, entry ni aku terdetik nak tulis sebab aku terbaca belog Theotherkhairul. Entry pasal phone sex. Uhhhh no!! Rupanya kisah asal dari belog ni. Try laa baca kisah sebenar ni. Cuma kisah dia lagi teruk la. 


Ya Allah! Mengucap aku. Tu laa pasal apabila zaman teknologi dah maju, otak manusia pun semakin TER'maju'. Suka menyusahkan orang! Tak paham aku. Semoga semua berjaga-jaga dengan panggilan telefon.


Sebab tu laa aku tak suka jawab phone. Especially, kawan lelaki sama sekolah, sama U ke. Tak kesah laa, yang aku dah set dalam phone. Nombor sahaja tanpa nama. Lagilah. Tolonglah!!! Mak tak bagi answer the call. =)
LIKE it? Thanks for reading this entry.

4 100 gives support!!!:

sopiah said...

eeeeeeeeeiiiii. geli gilaaaaaa! aku tak sanggup kalau terima call macam tu. aku pun pernah dapat jugak call macam tu, terus aku hang up. wakakakak
:DD

khainisa said...

betul yoooongg. aku pun bengong percaye. ngeee~ HAHA.

Anonymous said...

seram kot nisaaaaa....!!!eeee

khainisa said...

tu arrr pasal!!!

copyright@khainisa.ahmad