"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, May 23, 2011

Hanya dia emak aku

Peringatan: Entry ini ditulis dalam keadaan serius. Maka, anda mesti SERIUS. Ini seriiiuusss~

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Beliau seorang emak.

 Mom-to-be at 5 years later.

Bukan ibu mahupun mama sebab aku panggil beliau mak.
Apa-apa pun mak juga. Nak mak, nak mak!!!
Mak selalu pesan,

"Jangan buat macam tu..."

"Ish,kamu ni Nisa...suka sangat nyusah mak."

"Nanti buat keje rumah,jangan nak malas-malas..."

"Belajor benor-benor...nanti gaji besor."




Memang mak banyak pesan.
Mak juga pernah cakap, 
"Kamu ni buas...kecik-kecik dulu payah nak jage kamu. Tak boleh duduk diam ade jek nak berjalannye."
Hehe. Aku tertawa sekejap. Ingatan masa lampau masih ku ingat. (Cewah!!)


 
Aku pun kompius aku ke ni?? HAHA.


Beliau faham perangai aku.
Beliau faham kehendak aku. 
Tapi... 

"Orang nak handphone baru, alaaa..."

"Isshhh..tak payah membazir duit. Gune jek hp tu. Bukan teruk sangat..."

Dan sehinggalah sekarang aku masih guna yang sama.


Aku terfikir, mungkin mak nak ajar aku erti berjimat-cermat. 
Yelah,dulu kecil-kecil mak belikan aku tabung. 
Bentuknya macam tabung haji.
Okey,aku rasa itu percuma.
Itu aku tidak hairan, janji mesej mak sampai nak ajar aku menabung.


Beliau seorang guru.
Guru kepada aku juga.
Bukan di sekolah, tapi di rumah.
Mak suka marah aku, kadang-kala aku terasa.
Ada suatu ketika, di kantin sekolah. Beliau ajar aku Add Math.
The killer subject!!
Dia tabah. Tapi aku...


Sampai terngiang-ngiang aku suara beliau ketika menjawab soalan Mid Term.

"...Tolak bas naik turun bukit, bas 2 tingkat tolak 2 ekor anak cicak bahagi 2 ekor anak ayam..."

Mak, sampai sekarang Nisa ingat formula ni.

Mak jualah yang yakin Nisa boleh drive.
Walaupun, itu pertama kali aku bawa kereta gear auto. 
Sepanjang jalan aku sengiiih jek.
Dan aku tahu, mak mesti tumpang gembira kan??
Sebab mak dapat duduk sebelah sebagai tetamu.
Dan aku adalah driver.
Beliau...seorang cikgu yang baik buat aku.


Beliau garang.
Tapi aku suka gelak bila mak aku marah.


Sampai mak cakap, aku ini budak 'Happy Go Lucky'
Aku hanya mampu tersenyuuuum... Teehee...=)
Malu sebab mak puji.


Setiap petang, aku selalu tunggu mak balik dari sekolah.
(kalau aku cuti semester laa)
Ternanti-nanti aku.
Dan,
"Nah,ambik ni...ade mee rebus."


Yahooo...sedapnye~
Benda yang aku nanti-nantikan.
Sebab aku tahu, mak mesti beli untuk aku.






Dan sekarang
Alhamdulillah,kini aku hampir ke atas mak. Aku takut ke bawah.
Aku yakin dan percaya mak selalu tak lupa doakan kejayaan anak-anak mak.
Sebab dasyatnya doa mak!


You wrote my name. =.=


Terima kasih, mak!!!
 Selama sembilan belas tahun ini.





Sponsored by : Faridzulasyraf.com and Denaihati.com

LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad