"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, April 22, 2011

Mungkin itu kebahagiaannya | CFSIIUM student passed away

Assalammualaikum you ollsss.



Alhamdulillah, dikesempatan ini kita masih lagi dapat melihat dunia yang berwarna-warni. Gas oxygen yang segar. Rupa kawan-kawan kita yang berada di sekeliling. Tanpa kita sedari ianya nikmat yang sangatlah bermakna dalam hidup kita. Sungguh indahnya bumi Tuhan ini. Syukur Ya Allah!

Sedang asyik berborak,bergumbire dengan member-member aku sambil makan dadih plus, ice blended choc... keseronokan itu ter'stop' tibe-tibe dengan sound dari speaker kat Kolej Kediaman aku ni. (ayat skema sikit)

"Perhatian kepada semua penghuni Mahallah, seorang sahabat kita Izzati Sofiahani Ishak, BEN student telah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tadi. Al fatihah."

 "E'ehh, ape orang tu cakap..??", aku agak kompius juga waktu mule-mule dengar announcement ni sebab aku hanya dapat tangkap word 'meninggal' jek. Then, that is... our friend was passed away eventhough, I've never met her yet. But as a student CFS, I should know laa...responsibility kan. Then, suasana kat court hostel ni menjadi sunyi...kedengaran suara angin sahaja yang menghembus. Keadaan, kembali reda... namun, aku masih tertanya-tanya siapa yang 'dah pergi'.

After borak-borak kat bawah, aku dengan member naik ke dorm. Aku terkezut kut, masuk-masuk dorm kawan aku dok search nama penyakit yang sahabat kita itu hidapi.

SLE atau nama panjangnya Systemic Lupus Erythematosus. Korang tahu penyakit ape ni? Aku yang terpinga-pinga ni pun tengoklah ape dah kawan aku tu tadi search about this disease. Actually, penyakit ni tak ramai yang menghidapinya. Hanya segelintir saja yang terkena penyakit ni. It seems like can spread rapidly unconciously. Serious...

Sahabat kita ni meninggal sebab virusnya dah merebak ke kidney dia. Kesian kan...tapi itulah kuasa Allah. Meninggal di usia muda, bukan lagi mustahil. Kalau dulu, mentaliti masyarakat yang tua je yang mati. Muda...masih berfoya-foya. Tapi, aku yakin kawan-kawan aku sentiasa ingat Allah yang menghidupkan dan mematikan kita. Alhamdulillah.

So, kita yang sihat mental dan fizikal ni jagalah diri dan kesihatan. Nikmat ini hanya sementara kan...

Kawan, sesungguhnya kau bertuah sebab kau tahu, bila tiba ajalmu...dan sesungguhnya kau pergi di hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah kawanku. Tapi bagaimana pula dengan takdirku...itu hanya Allah jualah yang mengetahui.


Semoga kau tenang di sana bersama-sama para syuhada'...
InsyaAllah.
Al-fatihah...

  


LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad