masih terase bahang kegembiraan semalam. ye! skuad Malaysia kini kembali hidup selepas banyak kali tewas di gelanggang. yeke?? haha. ntah aku jarang up-to-date pasal bola ni.
anyway, entry aku kali ni bunyinya serius sket. buat renungan kita semua. InsyaAllah.
rase-rasenye semua orang Islam tahu kan name2 malaikat. ish,kalau tak tahu... speechless aku!
***********
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca sholawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang bersholawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang bersholawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang bersholawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
so, kalau kita ingin express kan kasih dan sayang kita pade Nabi Muhammad hendaklah kita berselawat ke atasnya. InsyaAllah banyak reward yang bakal kita dapat.
**********
pss, pss...assignment aku maseh berlambak kome!...
0 100 gives support!!!:
Post a Comment