"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, August 2, 2013

Sempat Kejar Tak Malam 1000 Bulan

Assalammualaikum


Masa'an khair? Jawabnya haruslah, masa'an nur. Eh dah mimpi ape cakap arab bagai ni. Belajaq arab pun dok takat form 5 jaa, ohh berabuk dah arab aku. Harap-harap adelah orang nak ajaq aku arab lepas ni, kan... dengar cerita hari ni ade budak Joghedan pulang ke Tanah Melayu. Hehe.

Masa'an khair: Selamat petang/malam.
Masa'an nur: Selamat petang/malam. (jwb utk balasan)

Eh dah macam buka tusyen pulok. =)

Hari ni dah masuk ramadan ke berape ye anak-anak? Haa dah ke 24 ramadan. Macam mane puase? Okay? Takpe slow-slow ye, biaselah puase tahan dahaga dan lapar. Kalau lapar, bace Quran ke berzikir ke at least dapat pahale ye dak. Takpun tido, harapnya itu dianggap ibadahlah ye. Sebab aku pun selalu buat. Mehmeh.

Eh jadinya lagi 5 hari la nak raye. Yeayyy!!!

Sabar anak-anak, hanya orang yang tak pernah rase nikmat ramadan je seghonok nak raye. Rase tak nikmat ramadan? Kalau rase tu, Alhamdulillah bolehlah puase lagi tahun depan. InshaAllah.

Allah cerita pada kita dalam kitabnya, malam-malam terakhir ramadan ni ade malam spesel. Apekah itu ye anak-anak? Haaa cube teka malam ape...

Malam al-qadr.

Allah berfirman dalam surat cintanya bab Surah Al-Qadr:


Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. (1)
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2)
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (3)

Malam yang mana, Rasullah saw pun kata:


"Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir Ramadan" 
(HR. Bukhari)

Ohh ye sebelum utajah terlupe ye anak-anak, utajah ade satu cerite nak diceritekan. Nak dengar tak?
Nak!! Nak!! Naaaakkkkk!! (suara sayup sayup gituuu)

Ceyyy gaye macam ade bebudak je depan mate aku. tuiih la kan haha

Hari tu, utajah pi dengaq tazkirah oleh pak imam tempat solat terawih utajah. Haa dia habaq pasai malam al-qadr. Dan dia habaq mai lagi, kalau ramadan datang pada hari rabu, nuzul quran hari jumaat. Mungkin lailatul qadar adalah pada malam 29 ramadan. InshaAllah. Jadinya pastikan anak-anak semua get ready pada malam tu, jangan nak sibuk test test baju raye bagai noh.

Makesure telekung, kopiah, sejadah ade kesan basah. Basah ayaq wuduk la, bukan ayaq basi. =')

Tapi itu taklah bermaksud kena ikut sebijik-bijik. Tak best arr, malam al-qadr ni kan spesel sikit. Jadi haruslah secret-secret dulu. Macam belajaq tungkuih lumuih nak final exam, hari result baru tahu berape A kan.Angka apa yang mula-mula kita nampak. 4.0 ke 3.0 atau 2.0. Haaa ini cgpa namenye. Samelah konsepnya dengan lailatul qadar ni, buat banyak-banyak nanti suatu hari nanti barulah tahu jawapannya. Tak gituu anak-anak.

Jadi semua, harapnya dapatlah kita kejar-mengejar dalam beribadah ye. Sebab kita pun tak tahu lagi bila kita boleh hidup kat dunia ni. Kalau Allah nak cabut nyawa kita sekarang, sekarang jugalah Dia suruh malaikat izrail mai cabut nyawa tahu.

Maka harapan utajah pada kalian semua, rebutlah peluang keemasan ini. Jangan lepaskan. Anggaplah ia seperti dapat kupon free makan kat Seoul Garden, yang mana banyak makanan dan minuman yang berlambak-lambak sampai kau pun tak tahu ianya banyaaaaaaaaaaaak. Haha dah kenape mesti Seoul Garden?

Sebelum kita bersurai, utajah ucapkan mana-mana yang pasang niat nak kuruih time puase ni memang taklah kan niat pun dah salah. Orang niat sebab nak beribadat, baghu baguih. Tapi utajah pun dah turun berat badan, macam mane tuuu. (Dalam hati niat nak pakai baju kebaya, mbhahahahhaha) Apa-apa pun, ucapan utajah before semua sambut cuti, selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat ye semua. InshaAllah.


Selamat mendapat lalilatul qadar.
Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.


Hari ni utajah, besok mak jemah pulak.


LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad