Assalammualaikum
Kalau boleh memang nak tukar sekolah sebab tak nak satu sekolah dengan kakak. Hampir setiap hari aku berdoa agar aku dapat SBP atau MRSM suatu hari nanti. Tapi memang tak dapatlah kan sebab now aku besar dan dah habis sekolah dah pun. Ini semua kisah dulu-dulu, waktu bodo-bodo zaman hingusan lagi. And now, I really miss the school life. Right now, I felt syukur bcs had the experience to do everthing at there. Really!
Almost everyday we will pray together, yes jemaah. Berdiri di atas saf yang sama. Bahu bersentuh bahu. "Luruskan saf, rapat-rapatkan saf" Ayat wajib before solat jemaah. Terasa sangat ada ukhuwah di situ. Even though selalu ambik kesempatan pergi lewat masjid sebab alasan main netball la kawad la. Macam-macam ragam aku rase kalau nak diingatkan. Pasti akak-akak BADRI menyampah tengok muka budak yang sama je. Kalaulah aku yang jadi akak-akak tu pasti aku akan kate "budak-budak ni memang muke tak ade mase depan le, solat pun nak lewat-lewat" Tapi nasib baik bukan aku le kakak-kakak tu. Haha kalau tak dah 40 kali cakap mahu jadi betul.
Terasa rindu sangat bila ingat balik waktu habis je kelas mesti nak makan dulu sebab dah lapo kan. Kalau boleh nak skip zohor jemaah tapi sebabkan that time dah nak spm so haruslah banyakkan benda baik. Nak jadi contoh baik kat adik-adik la kiranya. Hehe. Tapi still aku tak rasa aku dah buat yang terbaik waktu aku form 5 dulu. So sad
Setiap petang mesti tengok kawan-kawan baca ma'thurat. Kadang-kadang kawan yang kita rasa macam ntah ape-ape pun baca ma'thurat ingat Tuhan dia. Kenapa kita tidak kan. So kat situ dah terasa encourage nak buat. Tengok kawan-kawan ngaji before solat maghrib, kita ikut. Indahnya bukan? Oh rindu! Walaupun Al-Quran selalu kena ambil dengan orang lain tapi tak apa, ade juga saham kita pada yang membacanya. So, lepas ni ye adik-adik kalau tengok ade orang bace Quran kita, biar je kut kut Allah bagi ganjaran pada kita. Ye dak
Oh hati bertambah gembira bila tiba Ramadan, bulan mulia pulak tu. Tambah lagi sambut kat sekolah. Seronoknya dapat berbuka, bersahur dengan kawan-kawan. Gelak ketawa bersama, suka duka sekali, banyak sangatlah memori manis. 5 tahun kat sekolah asrama, sekolah agama pula tu memang banyak perubahan pada diri kerdil ini. We did a tadarus every dorm must read the whole Quran. Sound macam ish biar benor, mane sempat nak habis 30 juzuk. But yeah we made it true! Alhamdulillah. You know what I became a naqibah when I was form 5. Biasalah jadi senior mestilah ade jawatan sikit. Buat bulatan tengah-tengah dorm, conduct usrah, bagi kata-kata semangat sebab masing-masing nak exam besar tahun tu. Oh terasa sangat sweet sangat waktu tu. Apa khabarlah adik-adik dorm sekarang. Ingat Kak Nisak lagi tak?
Rasa nak nangis weh!!! Sebabnya biarpun aku menuntut di bumi penuh ilmu Islam ini, namun ianya masih tidak setanding dengan tarbiyah di sekolah dulu. Aku ingin pulang sana, bukan sebagai pelawat tapi sebagai penuntut ilmu Allah. Kalaulah aku sedar lebih awal akan keindahan belajar agama di sana terlebih dulu, pasti aku kutip sebanyak-banyaknya.
Harapnya kawan-kawan seperjuangan semua, junior, senior yang masih hidup ni... satu sahaja pesanan, kekalkan cara hidup Islam dalam diri kalian seperti mana ustaz ustazah kita ajar. Jaga solat, jaga perilaku, jaga maruah, jaga agama, jaga ukhuwah sesama kita. InshaAllah. Moga Allah reda dan kurniakan kita taufik dan hidayah. Dan yang pastinya aku merindui zaman 4 tahun yang lalu.
Salam Ramadan,
Nisa,
(Batch 20 @ SPM'10)
0 100 gives support!!!:
Post a Comment