"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Friday, February 22, 2013

Mengalah


Mengalah.

Satu perkataan yang ada banyak maksud. Hebat betul perkataan ini. Nama aku ada 2 je maksud. 'Sebaik-baik wanita' dengan 'wanita yang cantik' Kahkah. Ini semua buku yang kata, bukan aku. Okay berbalik kepada perkataan 'mengalah'. Mungkin boleh jadi beralah ataupun…sengaja mengalah. Mungkin juga mengaku kalah. Boleh juga didefinisikan sebagai 'men galah' (cara sebut: main galah) Hmm boleh jugalah kan... ... ... Atau erti kata lain bagi peluang pada orang lain. Senang! Sebagai contoh;

(situasi ke-1)

Adik La: Kakak Nisa pi la sana, ni adik punya bola.

Kakak Nisa: Pasai apa???!!!(Marah kemudian rampas dengan rakus)

Adik La: Huaaaaaaarrrrgggghhhh…mak, Kakak Nisa buat adik. Huaaaarrrrgggh. (Teriak bukan main)

Kakak Nisa: Ini yang aku maleh ni, nah ambik pi main jauh-jauh. (Mengalah, sambil balik bola jauuuuuuh nun)

Contoh ni mungkin nampak baik. Kakak mengalah kepada adik. Tapi kenapa mesti seorang kakak kena mengalah. Kenapa kenapa kenapa??? Aku rasa aku patut tukar contoh.

(situasi ke-2)

Kakak Nisa: Adik oi, bak mai bola tu!

Adik La: Kenapa adik kena kasi, padahal adik yang cop dulu.

Kakak Nisa: Ahh tak kire, aku nak bola, aku nak jugak, nak jugak, nak jugak. (Bengis tapi mengade)

Adik La: Alah…

Kakak Nisa: Kau…kalau tak kasi (sambil tunjuk penumbuk)

Adik La: (Tak sempat buat apa-apa) Nah... … …

Kakak Nisa: (Ketawa jahat) Ngahahahahaha.

Naaa…Ini baru contoh terbaik. Adik kena mengalah kepada kakak. Yes!! HAHA.



Note: About study, don’t ever give up ok! =)



LIKE it? Thanks for reading this entry.
Post a Comment
copyright@khainisa.ahmad