Assalammualaikum semuaaaaaaaaaaaaaahhh!!
Hari yang ceria hari ini.
So what?
Hari yang ceria mestilah gembira kan. Ihik!
Selamat Hari Malaysia semua. Sudah 49 tahun Malaysiaku bersatu. Semoga terus maju dan membangun di bawah pemerintahan yang penuh dengan berkat.
Selain itu,
Selamat Hari Lahir buat diriku. Sudah 20 tahun jantung dan organ badan bersatu. Roh yang diberikan Allah akan ku hargai. Semoga setiap aspek yang aku lakukan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya.
Ahha! Sebab itulah ianya istimewa. Saya anak Malaysia ok! Jiwa saya besar. Besar sangat! Hebat bukan ciptaan Allah. Selalulah bersyukur. Alhamdulillah. ;)
Kadang-kadang aku bermimpi nak jadi Perdana Menteri supaya negara ini sentiasa sistematik. Tak banyak membazir. Kadang-kadang nak jadi Tentera supaya keamanan terjaga. Kadang-kadang juga nak jadi Doktor supaya dapat tolong ramai manusia dalam kesusahan. Kadang-kadang lagi berangan nak jadi Cikgu supaya budak-budak pandai kemudian dapat memerintah negara dengan hebat.
Dan kadang-kadang aku nak juga merasa jadi Permaisuri supaya aku dapat tinggal dalam istana yang bersinar-sinar. Kehkeh. Motif???
Sebab aku suka KUNING!!!
Di kesempatan ini, terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi ucapan. TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI KASI HADIAH SEKALI. Ngehehehhe.
Oh ya, sempena Hari Lahir ku ini. Aku buat muffin khas untuk kawan-kawan aku. Dan responnya sangatlah bagusssss....!! Aku suka! Sebab itulah aku ingin kasi sekali resipinya. Mungkin kalian boleh guna kaaaan~ uh uh uh uuuuu~
Ohhhh sedap!!! |
MUFFIN STRAWBERRY WITH CHOCCHIPS
BAHAN:
A. butter cup 250gm
gula caster 350 gm
B. telur 5 biji
esen vanila 1 sudu teh
C. tepung ros 500gm
baking powder 20gm
susu segar 350ml
CARA-CARA:
1. Putarkan bahan A dalam mixer selama 5 minit, sehingga mentega nampak putih.
2. Kemudian, masukkan bahan B. Kacau sampai rata sehingga nampak putih juga.
3. Ayak tepung sekali dengan baking powder.
4.Kemudian, mixer dihentikan. Masukkan pula bahan C, gaul guna senduk kayu. Gaul sehingga rata. Susu diselang selikan dengan tepung.
5. Pukul guna mixer semula. Sekejap saja.
6. Sudah siap masukkan dalam bekas muffin. Bubuh adunan lebih kurang 2 sudu. Ikut saiz bekas.
7. Bakar di oven, 160 darjah celcius selama 20 minit.
8. Sudah siap, MAKAN!!!!!
*** Chocchips boleh campurkan sekali sebelum masukkan dalam bekas.
*** Inti macam blueberry, strawberry, chocolate boleh juga diisi bersama.
*** Susu segar boleh choc, straw, or susu warna putih.
Jadi, itu sahaja resipi ringkas yang boleh aku kasi. Selamat mencuba!
p/s: Setiap masakan yang ikhlas kita lakukan demi orang lain,pasti ianya menjadi dan SEDAP!!!! Buatlah dengan hati yang gembira. SMILE! ;)
Tadi cuba nak bermesej dengan mak di Fb. Kemudian mak balas--------->>>
Mak saya sangat manis. Haha. sweeeeettt like butterfly~
ummmm! disitu bermaksud eksaited mungkin. Kehkeh.
Terima kasih Mak kerana telah melahirkanku di hari yang penuh bersejarah ini!!!
Terima kasih Malaysia kerana telah beri cuti kepada semua rakyatnya untuk sambut hari lahirku. Ngahahaha.
*Mak lahir pada 13 September. Jadinya, SELAMAT HARI LAHIR juga mak!!!!!!!!!! ;)
MALAYSIA adalah Seniorku (konon), AKU adalah Juniorku??? ;D
0 100 gives support!!!:
Post a Comment