"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Monday, July 16, 2012

Saye anak Perak, tapi tak tahu jalan di Ipoh.

Assalammualaikum.

I LOVE THEM and THEY LOVE ME BACK.

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

***********

"Nevermind, I'll find someone like you, I wish nothing but the best for you, tooooo..."

Kedengaran lagu penyanyi yang aku tak kenal pun di corong-corong radio Estima warne biru kelabu hijau hijau, dan dia pun tak kenal aku. Haha. Itu semestinyalah kan. Aku di Malaysia, dia di negara matahari terbenam. Dan budak kecil sebelah aku yang dipanggil bos oleh pekerja Bangla, mengatakan "...itulah Adele,penyanyi blabla..suare dia sedap!" Ohhhhh ok...tak pernah dengar.Suara dia buatkan kereta Estima yang bukan Earas ini dah macam bilik karaoke. Havoc betol! Kehkeh. =)

Perjalanan menuju ke rumah Anis mengambil masa hanya 15minit sahaja dari rumah Musyi a.k.a bos kecik menjadi sejam dek disebabkan kami singgah dulu untuk bergumbira di sekolah lama kami. Yeah, sekolah kami memang menjadi kemestiaan buat kami untuk dikunjungi. If tak kunjung, bersalah pula rase di hati. Eceh! SMKASAS kini menjadi perhatian orang ramai okey. Sebab...tepi dia lebuh raya Ipoh-Lumut. Kau ade?? Hahaha.


Asrama: tempat kami gelak ketawa




Jumpa budak-budak jr yang kami tak pernah kenal. Agak awkward jugak. Tapi buat-buat gangster asrama jelah. Jalan-jalan buat macam asrama sendiri, tengok sini, tengok sane, tengok tempat kolah yang sekarang dah ade washing machine. Dulu! Tangan ni haaa yang kene berus. Budak sekarang inilah, manjekan bebenor. Haha bebel lebih pulak. Propa betol! Jalan punye jalan, sekali.... "Ahhhh...kerengge gigit aku!!" Padan muke, kerengge pun agaknye tak pelawe kau datang asrama. Tatkala nak turun tangga, rase sayu sebab rindu nak jerit-jerit kat asrama, buat announce merepek semua. Rindu!


Kemudian, kami bergerak ambil Syiqah dulu barulah si Peah yang semakin menawan sekarang. Passenger terakhir adalah, Anis yang muka dah semakin nampak cina nye. Hehe. Okey! Its now to depart to Ipooooohhh, our hometown!

Dalam kereta yang besar tapi still kena berhimpit. LOL

1st place, we went to Ipoh Parade. *sebutannye: Pe-red not Pa-rit or Pa-ra-de. Yaaah, bunyi dia sangat gah bukan. Tapi, tak pun sebenarnye sebab tempat makan sangaaaattlah tak variety. Hanya ada, Marrybrown, Sushi King, kedai roti yang tidak diketahui dan Kenny's Rodges yang aku pesan kat waiteress tu bagi kami masa untuk diskus ape nak dimakan. Haha. Tebal muke jelah waktu tu. Finally, kami makan di Marry-Coklat sahaja. Jadilah, janji perut kami semua terisi. So, aku suggest kat korang if nak makan kat tempat yang ade variety banyak pergilah ke mall-mall lain except Ipoh Parade.

Aizat the killer driver, kalau makan...laju je!

Sudah kenyang kami bergerak pula ke Jusco Ipoh yang terletak di jalan ke arah highway Utara-Selatan. Nasib baik ada cik Dayah pot pet pot pet yang sekarang dah pandai nyanyi ikut lirik. Kekeke. Dialah tukang tunjuk jalan. Yelah, kami semua memang orang Perak tapi.............. semua fail dalam menghafal jalan ke Jusco. Haha. Di sana, kawan kami seorang lagi Mai dah menunggu di sana. Dan kami berjumpa di surau untuk solat Zohor. Ya, sebagai seorang Muslim, solat itu suatu kewajipan bagi kita semua. And, alhamdulillah kawan-kawan aku ini saling ingat mengingati pasal solat. =)

Usai, solat semua mulalah berbincang nak main bowling ke tengok wayang ke naik bot kat Gunung Lang yang Anis suggest tapi tak tahu nak pergi. Akhirnya, main bowling dulu then baru ke Gunung Lang yang tak tahu kat mana. Haha. Bowling! Yes! Rasenye itulah sukan permainan yang wajib korang main kalau pergi ke mall yang tak ade game lain. Lagi pun, game macam ni sangat sesuai untuk hilang se-tress dan menggumbirekan hati korang. Yeaaahhh, aku tak pandai nak main. Kalau netball itu, memang profession aku lah kan. Tapi, tak ku sangka aku dapat kalahkan pencabar terdekat aku Intan dengan 2 kali strike berpaksikan ke'fokusan' tahap melampau baru dapat skor. Haha.Yelah, inilah yang dikatekan "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siape pun nampak" Terdiam mulut-mulut propa kat belakang aku. especially Aizat, Musyi and Anis. Mbahahahhaa. Walaupun aku menang, diorang taknak pun belanje aku air! air mineral pun tak mau, kaaan Peah!!? *sigh*

Teacher-to-be Mai and Peah =)


Penat bermain bagai nak rak, terpakse dulu berpisah dengan Mai. Thanks Mai sebab sanggup pulang ke Ipoh awal dari hari-hari biase kalau ko nak balik ke IPG. Hehe. Tapi, ape kan daya tak dapat nak join kami ke Gunung Lang. Its sokay, nanti ko bagitahu tempat ape yang menarik lagi di Ipoh okay! =)



Kami teruskan perjalanan ke Gunung Lang. Akhirnya kami sampai juga di sana, berbekalkan GPS bercakap Dayah. Yaaaa...datang sane, cepat-cepat beli tiket nak naik bot. Sebab nak ke pulau yang mashaAllah cantik weh! Solat asar dulu, then bergegas naik bot. Sampai di pulau seberang sana, terus bergambar kau tahu! HAHA. Buruk perangai betol. Tapi takpe aku suke. Tambah-tambah gambar aku banyak dalam camera 'gah' korang kaan~

Port pertama kami, bawah pokok bunga kertas yang keguguran bunga di atas rumput. Bak bunga sakura di Jepun. Berangan kami bermula~~~~


Samarinda : 'Peah the blue' mengantikan Ameera di tv3

Kami di negara Sakura !!


Eh, taman permainan pun ada!! Muka semua teruje. Berebut naik buaian. Bergayut macam style beruk pun semacam dah. Aku bergayut memang kaki tak terapung, statik je atas tanah. Haha. Tak layak tergolong dalam geng-geng Anis, Musyi. Tengah dok syiiiooook berjimba di taman, sekali kau... "Mak!!! Beroooookkkk....!!!" Berlari semua. Gile. Menyeramkan. Makanan ikan yang harganya RM3 lesap macam tu je. Mengekek jelah mampu nak kejor takut. Lawak sungguh.

Tapi, ketaksuban kami terhadap camera masih ada. 'sini pulak, sana pulak, situ!!' Bergambar pun penat okey! Propa lebih... Kami terkandas di pulau selama 15 minit macam tu dek hujan turun. Masa rasmi tidak direkod hanya anggaran. Bila bot dah sampai cepat-cepat selit kat barisan orang. Haha. Akhirnye, dapat jugak bergerak balik dalam bot yang ade pertandingan kuiz oleh pakcik bot.





Dalam hujan-hujan pun kami redah je bergambar kat depan air terjun buatan. Maka inilah, keindahan di Pusat Rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak. Jangan lupa berkunjung ke sana ye! Tahun ni kan lawat Perak. =)



Sebenarnya ada satu perkare yang I tak beritahu dari awal lagi u ollss. Sempena Cuti-cuti Malaysia ke Negeri Perak tahun ni, tahun 2012 ni kaaaann.. Actually, I dengan my friend sorang ni jadi duta Cuti-cuti Malaysia for Perak. Kami dipilih berdasarkan tahap ketinggian dan gaya candid kami yang menawan bak buluh perindu. Tak percaye? See this !

"Jom lawat Perak 2012 !!!" Dari kami, duta untuk pelancongan Perak tercinte.=)

#Anyway, last picture adalah the beautiful ever picture I like! Thanks camerawoman. ;)))))


Save the date for the next 'date' okey, my girlfriendssss ! Such the beauty moment I had. =)



LIKE it? Thanks for reading this entry.

2 100 gives support!!!:

Amoychanteks said...

propa ! habis cantik laa gmbr last tuh? ishhhh ! untunglaa strike 2 kali. tolong laa amik makanan ikan aku tuhh.. :(

khainisa said...

@Amoychanteks haha itu perkare luar biase kot! 2 kali strike. lawak betol. takpe, sedekah jelah pd berok. =)

copyright@khainisa.ahmad