Salam.
Hello
guys, after a long hiatus I’m back again to write what I wanna write. This time
I’m gonna share with you guys my travelogue to neighbourhood country,
Indonesia! Yep again, Indonesia, a big country with cheaper cost. Perhaps. I
love Indonesia! #tiber
Cuba
korang teka kali ni nak ke mana. Tajuk pun dah tau la nak pergi mana.
Terang-terang ko nak ke Bali kan, lagi mau tanya. Saje la nak soal kot korang
tak alert. Aku akan bawa korang ke syurga dunia iaitu Pulau Flores! Pulau yang
menjadi idaman semua pengembara terutamanya penggemar aktiviti menyelam. Orang
kata, melakukan aktiviti menyelam di Pulau Flores ini ibarat macam pergi
umrah.Kalau ke Raja Ampat pula macam naik haji la. Betapa cantik dan wajibnya
korang kena lawat sini.
Untuk
pengetahuan semua, tiada kapal terbang terus ke Pulau Flores. Jadi kalua yang
dari Malaysia boleh beli tiket kapal terbang dari Jakarta atau Bali untuk ke
sana. Nak mudah ke Bali la, maybe la murah sikit. Perjalanan mengambil masa
sejam dari Bali. Dan makuman korang juga, AirAsia dah buka route domestic baru
Bali-Labuan Bajo! Apa lagi check tiket sekarang! Bulan 7 lepas aku tengok
return ticket RM300++ saja. Mana nak dapat weh. Naik fight NAM Air pun dah
RM600++ return. Menangis aku terlepas beli tiket AA. T.T
Oh
lupe nak bagitahu, trip kalini aku pergi berdua. Tak lain dan tak bukan, the
one and only my partner in crime, Seha. Sepupu aku. Kitorang sebelum ni dah
pergi travel berdua ke Lombok juga. Pergi sana sebab nak naik Rinjani. Kali ni
pergi Flores pun sebab nak tengok Pulau Padar. A bit crazy but yeah bile lagi.
Hehehe
Tiket
flight dah beli setahun awal iaitu Sept 2018. Wkatu tu AA buat promo kaw kaw.
Tiket pergi Bali saja dalam RM100++ je, apalagi grab jelah. Lepas tu kitorang
beli tiket Bali ke Surabaya, pun tak sampai seratus. Dari Surabaya baru la
balik ke KL. Time ni tak pikir ape dah janji dapat merealisasikan impian Pulau
Flores.
Perjalanan
KL ke Bali lebih kurang 2 jam 30 min. Kalau rasa lapar belilah makanan on board
siap2 takde la boring dalam flight. Kitorang gerak 6.30 petang, sampai pun dah
malam. Pak supir aku booked dari Malaysia. Carian di Fb memang berguna.
Alhamdulillah pak supir bagus sangat, nama dia Issom. Baik je orangnya, peramah
dan rajin bercerita psl sejarah Bali. Majoriti orang Bali adalah beragama
hindu, tapi Issom ni orang Islam. So kalau nak minta supir bawa pergi makan,
jangan risau InshaAllah diorang bawa ke restoran muslim. Sebelum sampai hotel
kitorang singgah Restoran Ayam Malioboro. Sedap dan agak mahal, standard harga
KFC.
Untuk
malam pertama ni, kitorang stay di Tanaya Bed & Breakfast (sepatutnya la)
tetapi berlaku percanggahan di sistem diorang, tempahan aku terpaksa
dibatalkan. So, pihak hotel tempeh bilik kat hotel sebelah dia sebagai ganti. Malam
tu kitorang stay di Keola Hotel. Breakfast je dia bagi di Tanaya. I booked thru
AirBnB so the charges already deducted once booking. Agak rumit kalau korang
nak cancel last minute sebab kemungkinan besar refund tak dpt.
Btw,
kitorang stay di area Legian. Waktu malam sangat happening, dekat sini banyak
pub. Lepas check in, kitorang keluar saja jalan-jalan. Dan memang silap besar
la kitorang keluar jalan-jalan malam tu sebabnya ya Allah jalan tu penuh sesaja
pub. Speaker punyalah kuat, tarian tiangnya. Hmmm sis murung kejap malam tu. Kalau
korang datang ke Bali bersama-sama parents atau anak kecil, janganlah stay di
Legian ya. Better cari hotel di area Kuta, tenang sikit.
Esok
flight kitorang ke Labuan Bajo jam 10.35 pagi. Maka, selesailah hari pertama di
Bali. Supir pickup masih orang sama, Issom. Boleh la korang nanti nak ke Bali
contact Issom. Very recommended!
P/S:
jangan underestimated Bali k, harga barang sama je dengan Malaysia malah ade
jauh lagi mahal. Silakan bawa duit yang banyak, kalau tak nanti duk cucuk duit
je kat atm.
Klik sini untuk #tripdoubleL : Bali - Flores - Surabaya (Part 2)
0 100 gives support!!!:
Post a Comment