Assalammualaikum
Apa khabar semua? Kami semua di UIA tengah sedang exam final. And yeah aku masih busy menaip blog. Bagus bagus bagus exam lagi 3 papers weh. So uni. lain macam mana, dah nak exam juga kan. So kat sini aku nak share tips sedikit sempena exam untuk korang-korang. Cewah.
NO. 1
Tidur awal bangkit awal. Barulah tidur kita ada kelaih, bangun pagi segar je. Ye dak? Lepas solat Subuh jangan tiduq balik. Orang tua-tua kata, rezeki nanti tak masuk. But yeah I think tu sekadar nak suruh kita kerja pagi-pagi je. Barulah badan cergas minda cerdas. Tapi kalau dah chapter pun tak habis baca memang kau tidur pun tak lena. Termimpi-mimpi ingat dah terlepas exam. Takut punya pasai!
NO. 2
Buat solat sunat banyak-banyak. Solat Hajat, solat Dhuha, solat Taubat, semua solat sunatlah kalau sempat. Yang paling bagus buat solat sunat Dhuha. Mohon rezeki banyak-banyak agar exam nanti dipermudahkan. Jangan le pula kau belajaq sikit ja mintak lebih-lebih. Kenalah balance dua-dua. Usaha pun banyak, ibadah pun kena banyak baru hidup kau teratur. Gituuu
NO.3
Lepas dah solat bebanyak, doa mestilah kena berhikmah. Sebelum study kut kut setan kacau time belajo ke, selepas study doa mohon apa yang di baca berguna ketika exam, before exam jangan terus jawab baca bismillah dulu and after jawab exam doa agar lecturer nampak jawapan kita semua betul. =)
Doa haruslah yang baik-baik, yang bukan-bukan itu namanya sumpah seranah. Mohon kesenangan kita dan orang sekeliling especially kengkawan kau. Family tu ofcos lah kan! Kengkawan kau dah lah tolong ajaq kau, tak doa untuk depa memang la kan.
NO. 4
Ikatan silaturrahim tu sangat penting weh. Dengan kengkawan, lecturers, apatah lagi mak ayah. Allah itu wajib! Untuk menunjukkan kita anak yang baik soleh solehah kenalah telefon mak ayah selalu. Tak selalu pun tak apa, janji kita ingat mereka, mereka ingat kita. Haa tak pun mesej pun dah cukup ; "mommy daddy iollss nak exam ni, doakan yo" Kemain mommy daddy kau yeee
NO. 5
Mengantuk ketika belajo biasalah, aku yang normal gini pun selalu mengantuk hehe. Tak tak bukan aku sorang je, korang pun gitu kan. Kalau boleh cuba hilangkan ngantuk tu. Buatlah apa yang boleh buat kau kembali segar. Sebagai contoh, kalau di library kau mintak sat henpon kawan kau. Then sekali "kcik" Yes kau curi selca (self-camera) diri kau guna henpon kawan. Haha. Orang kata try online sekejap like 10 minutes macam tu. Yelah benda lagha gini memang menyegarkan mata. Aku pernah buat jugaklah berkesan gila but end up sejam aku melangut. Tak boleh jadi ni!
NO. 6
Aku suka study di library sebab tenang dan nyaman. Malah aku siap dapat study group secara free kot. Pergi sengsorang pun nanti jumpa geng kuat study di library juga kan. So berkawan rapatlah dengan diorang. Umpama kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan turut wangi. So kalau kawan dengan orang yang pandai bijaksana sini mestilah ilmunya melekat sikit kat kita. InshaAllah. Aku harap kengkawan aku tak menyesal dapat groupmate study yang datang tetibe ni. =P
NO. 7
Again kalau mengantuk sesangat pergi toilet basuh muka, ambik wudu'. Tampaq tampaq pipi. Check gigi depan cermin, and yes gigi pun dok gosok lagi memanglah kau mengantuk!
NO. 8
Minum air kosong banyak banyak. Buat air yassin pun bagus macam time sekolah dulu. Siap pensil pemadam kismis di baca yassin.
NO. 9
Korang ada gambar diri sendiri tak? Eh apa punye soalan daa, komfem komfem lah ade. Aku cadangkan korang tampal muke korang kat depan meja study, sebab ade spirit kot. And kau akan rasa semangat nak belajo. Betuiii sebab kita akan pastikan orang yang dalam gambar tu ade masa depan yang cerah terang benderang tak pernah malap. Itulah diri kau!
NO. 10
Semua orang suka hadiah. Tak kesah lah ape pun, kalau ikhlas semua orang suke. Kan... So after study try appreciate yourself. Yelah dah lah study dengan penuh semangat habis 5 chapters dalam masa 3 jam pulak tu. So,kalau aku... aku akan pergi cafe belanja makan lunch untuk diri sendiri. Beli air teh sejuk, buah honeydew, lauk penuh polistren bila kena charged 5.50 kau mengamuk. Haha memang kau tamak haloba ke ape. Makan biar sederhana supaya tak membazir ye kawan-kawan. Tapi cara treat aku ade kelebihan sedikit. After dah beli food, aku akan makan di bilik dan menonton Running Man dengan senang hati. Gelak gelak gelak
Harap tak keluar ilmu aku. Amiiiin. ;'(
Pesanan terakhir, dah berusaha, barulah berdoa okay.
"La hawla wala quwwata illabillahil aliyil 'azim" maksudnya kita berserah kepada Allah selepas berusaha.
Semoga Berjaya dan moga Allah redha kita semua.
0 100 gives support!!!:
Post a Comment