"The world is a book and those who do not travel read only one page.”

Wednesday, September 1, 2010

mencari Lailatul Qadar...


In The Name of Allah, The Most Gracious ever Merciful


tak ku sangke dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. ustaz ustazah ak ckp,10 malam terakhir nie byk syafaatnye...antarenyer Lailatul Qadar. dan ramai jgak yg berkate malam Lailatul Qadar tue seronok...tenang jer rasenyer...rase mcm malaikat turun pd malam tue. seronok kan kalo kita taw malam tue Lailatul Qadar. Tapi, ade jugak kate "selalunye malam tue mesti kita malas nak buat ibadah.." betui ker tidak...tepuk dada,tanyelah IMAN!!!...

kat sini ak nak share laa skit kisah2 berkaitan Lailatul Qadar...

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh.


"Tips"

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam
Lailatul Qadr :

1.
Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhanmerebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2.
Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuanutama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk
Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan
teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda
bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang
pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk
Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa
asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.


semuge ape yg ak share beri faedah kat korang2 yg bace...InsyaAllah

daa daaa...ramadhan bakal tinggalkan kite,hargailah dia OK!!!

LIKE it? Thanks for reading this entry.

0 100 gives support!!!:

copyright@khainisa.ahmad