Salam.
Hello,
it’s second day!
Rise
and shine! Hari ni excited lebih sikit sebab kitaaaaa akaaaaan ke Pulauuuuu
Floresss!!!
Airport Domestik I Gusti Ngurah Rai |
Pulau
yang menjadi idaman semua orang. Lama dah aku perati pulau ni dekat Instagram
tengok ramai dah jejakkan kaki ke sana. Gambar semua view cecantik. Jeles tau
tak! Akhirnya dapat jugak aku tengok dengan mata aku sendiri. Alhamdulillah. So
kita mulakan perjalanan kita pada hari kedua dengan breakfast dulu.
Supir
pickup di hotel dan terus ke Lapangan Terbang Domestik Bali. Menurut Issom
bandaranya tak bagus. Aku masuk je airport, “elok je cantik… selesa je. Ish dia
ni” airport dia selevel la dengan Lapangan Terbang Johor Bahru. Flight domestic
ke Labuan Bajo tak banyak, yang ada cuma Garuda Airlines, NAM Air, Lions/Wings
Air dan terbaru ni AirAsia. So apelagi korang usha tiket sekarang!
Kitorang
beli tiket NAM Air. Return ticket dalam RM600++ seorang. Yes memang mahal. Aku
akui itu semua. Dah macam pergi Seoul dah. Takpe, demi pulau yang cantik aku
sanggup. Harga tu ko dpt makanan dan baggage 15kg seorang. Tempat duduk selesa
setaraf la dengan AA. Perjalanan dari Bali ke Labuan Bajo sejam sahaja.
Dari
atas ko dah boleh nampak view pulau yang terbentuk disebabkan letusan gunung
berapi. Subhanaallah cantik tahu tak! Personally bagi aku Indonesia sangat kaya
dengan alam semulajadi yang menjadi tarikan pelancong. Cumanya itulah harap
kerajaan diorang dapat bangunkan lagi insfrastruktur yang baik di Labuan Bajo.
The best part is diorang dah bawa masuk bas shuttle dari airport ke tempat yang
kita nak tuju. Diorang panggil, DAMRI. Murah dan berpatutan. Pastikan nanti dah
sampai airport naik bas ok.
Turun
je dari kapal terbang, perasaan gembira tu membuak-buak. Selfie, record video
macam vlogger terkenal. Haha tapi tak boleh lawan la bro sorang ni, I guess
he’s from Indonesia. Maybe first time sampai juga, so excited tu lain sikit la.
I feel you bro~~
Bandara Komodo ini kecil je, tapi fasilitinya okay la. Tak boleh nak expect lebih kan sebabnya bandara domestik je. Tambahan hanya beberapa flight je tiba sini kan macam yg aku dah sebut atas tadi. Btw, sebenarnya ini bukan Pulau Komodo tau, pulau tu jauh lagi dari sini. Tapi ini Pulau Flores, ibu kotanya Labuan Bajo. Pulau Flores pula terbahagi kepada 3 bahagian. Boleh tengok peta kat bawah ni kalau nak faham. Basically aku just cover sebelah barat Flores sahaja. Besar pulaunya wehhh tak cukup duit nak cover ;'(
Untuk
menuju ke hotel, kitorang naik DAMRI. Dalam bas tu kitorang berdua saja. Bas ni memang spesel buat kita! Asik banget. Tambang pulak Rp 36k untuk 2 orang hokey. Murah bukan? Hahaha
rasa macam vip sgt tp level vip naik bas la. Siap diorang berhenti tepi jalan
sebab ada spotview yang cantik. Apa lagi, turun la ambil gambar! Malam tu kami
stay di Centro Bajo Hotel. Agak jauh dari Kota Labuan Bajo. Don’t worry, hotel
ada menyediakan car shuttle ke kota kalau nak ke sana. Gratis!
Boleh nampak view pelabuhan Labuan Bajo dari atas bukit. |
Sampai
hotel dalam pukul 12 tgh hari. Check in, solat, tido dulu petang sikit baru
keluar. Pukul 4 kitorang keluar ke kota lepas tu minta supir hantar ke Bukit
Sylvia untuk tengok matahari terbenam. Caj transport pergi balik 100k. Dari
kota nak ke bukit tu dalam 30 15-20 minit. Jalan kaki jauh la cerita dia. Sebelum tu makan tengah hari (malam) dulu la, tahan lapor dari tadi sampai kot. Untuk senang mencari makanan halal, cari kedai makan masakan Padang. InshaAllah halal sebab kita yakin orang Padang adalah muslim. Oh lupa nak bagitau, Pulau Flores majoriti adalah muslim. Jadi kerisauan untuk mencari makanan halal kurang sikitlah berbanding di Bali.
Dah kenyang, jom jalan-jalan sekitar Kota Labuan Bajo. Banyak kedai jual pakej trip sailing diorang. So tak perlu booking dari Malaysia pun takpe. Datang sini sehari awal lepas tu survey mana pakej yg best dan bagi harga lumayan. Untuk peminat diving sinilah syurga anda! Boleh ambil kursus dive juga kepada yg berminat. Sambil-sambil tu yok cari topi dulu! Kekonon dapatlah elakkan muka dari terkena pancaran uv. Cari punya cari, jumpa la dua topi berkenan di hati. Langsung terus beli dan posing tepi jalan satu kaliiii!
Pukul 5 pak supir datang pickup untuk ke Bukit Sylvia. Kelebihan di bukit ni, korang boleh nampak flight nak mendarat di Bandara Komodo,
kapal-kapal berlabuh di tepi teluk, permukaan pulau yang cantik serta matahari
yang terbenam di ufuk barat. Puitis bukan? Tunggu dekat bukit tu dalam 30 minit
sampai matahari dh tak nampak lalu pulanglah kami ke hotel. Oh sebelum tu
singgah kejap di pasar malam kita-kita, beli makan malam dan jus buah. Sedap
gile! Harga pun kalah Starbucks hokeyyy. Aku nak try jual nanti harga pun level Starbucks haha #supportsispls
Balik
hotel, rehat dan kemas barang untuk trip sailing esok. Hari yang dinantikan
akan tiba. Trip sailing ni aku book siap-siap dari Malaysia melalui kawan aku yg pernah pergi sebelum ini. Tq Izzah kerana syorkan Kak Setia pada aku. Korang boleh check out Instagram @8elapantrip untuk tengok pakej yang diorang sediakan. Bukan sekadar Pulau Flores tau banyak lagi tempat menarik yang korang boleh pergi. Tunggu aku update pasal trip sailing ke pulau-pulau yang terdapat di
Flores ni. See you guys later!
P/S:
aku cuba untuk update secepat mungkin k… wish me luck.
Klik sini untuk #tripdoubleL : Bali - Flores - Surabaya (Part 3)